Benarkah Bateri iPhone Akan Cepat Rosak Jika Mengecas iPhone Secara Berlebihan?

Salah
Benarkah Bateri iPhone Akan Cepat Rosak Jika Mengecas iPhone Secara Berlebihan?

Sebuah untaian oleh akaun Twitter theIrfanZaki menceritakan tentang cara mengecas iPhone

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 10/06/2022 - Disunting : 10/06/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Benarkah Bateri iPhone Akan Cepat Rosak Jika Mengecas iPhone Secara Berlebihan?

Sebuah untaian oleh akaun Twitter theIrfanZaki menceritakan tentang cara mengecas iPhone yang diamalkan olehnya supaya kapasiti bateri kekal pada tahap maksimum bagi tempoh yang lebih lama. Dia memberi tips kepada orang ramai supaya mengecas telefon pintar ketika bateri masih 20% ke atas dan mengecas hanya sehingga 80% setiap hari.

Dia turut menegaskan supaya telefon pintar dicas sehingga 100% hanya sebulan sekali dan menutup fungsi ‘optimized charging’ supaya iPhone dapat dicas dengan lebih laju. Tambahannya, telefon pintar juga tidak harus dibiarkan cas semalaman supaya tidak dicas secara berlebihan. Benarkah tahap kapasiti bateri boleh dijaga melalui tips-tips mengecas telefon pintar yang diberikan olehnya?

Lawrence Finch, menerusi hantarannya di laman komuniti rasmi Apple, menyatakan bahawa beberapa tips yang sering dikongsikan berkenaan penjagaan bateri adalah sebenarnya sesuai untuk bateri lama, seperti bateri nikel-kadmium, dan tidak sesuai untuk bateri litium yang digunakan secara meluas sekarang.

Bateri jenis litium di dalam telefon pintar baru seperti iPhone tidak akan dicas secara berlebihan walaupun dicas sepanjang malam. Malahan, cara terbaik untuk mengecas iPhone adalah dengan mengecasnya sepanjang malam dan memastikan fungsi ‘Optimized Charging’ digunakan.

Fungsi ini akan mengecas iPhone sehingga 80%, berhenti seketika untuk membiarkan bateri ‘rehat’, dan menyambung cas sehingga 100% pada masa yang tertentu. Tempoh masa ini akan ‘dipelajari’ oleh iPhone tersebut berdasarkan pola penggunaannya.

Lawrence berkata iPhone boleh mula dicas pada bila-bila masa, dan tidak perlu tunggu sehingga bateri berkurangan pada tahap tertentu. Akan tetapi, bateri iPhone tidak sepatutnya dibiarkan sehingga kosong sebelum dicaj kerana ia akan menyebabkan bateri tersebut tidak boleh berfungsi jika tidak dicas dalam jangka masa yang lama.

Kredit gambar: Torsten Dettlaff/ Pexels

Apa jenis bateri sekalipun tidak akan kekal pada tahap maksimum kerana ia merupakan sejenis bahan habis guna. Laman web rasmi Apple menyatakan kapasiti bateri akan merundum disebabkan oleh bahan kimia yang semakin lama tidak dapat lagi menyimpan jumlah cas yang banyak.

Kapasiti bateri iPhone akan menurun sebaik sahaja ia mula digunakan, dan dijangkakan akan kekal melebihi tahap 80% untuk 500 kitaran cas penuh. Perkara ini bermaksud kapasiti bateri akan terkesan dengan jumlah cas penuh dan bukan cara cas. Kapisiti yang semakin rendah akan mengurangkan tempoh masa penggunaan sebelum iPhone harus dicas semula.

Penurunan Kapasiti Bateri iPhone Tidak Disebabkan oleh Cas Secara Berlebihan

Benar, kapasiti bateri iPhone boleh dijaga dan tahan lebih lama dengan cara cas yang betul. Walau bagaimanapun, dengan teknologi bateri litium yang baru, tiada lagi istilah cas telefon pintar secara berlebihan. Malahan, seperti perkongsian di laman komuniti rasmi Apple, adalah paling bagus jika iPhone dibiarkan cas semalaman dengan menggunakan fungsi ‘Optimized Charging’.


Rujukan:

1. https://discussions.apple.com/docs/DOC-9732
2. https://support.apple.com/en-us/HT208387

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago