Perlukah Enjin Kereta Dipanaskan Sebelum Memulakan Perjalanan?

Salah
Perlukah Enjin Kereta Dipanaskan Sebelum Memulakan Perjalanan?

Memanaskan enjin kereta sebelum membawa kereta sudah menjadi amalan harian ramai orang

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 15/08/2022 - Disunting : 15/08/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Perlukah Enjin Kereta Dipanaskan Sebelum Memulakan Perjalanan?

Perlukah Enjin Kereta Dipanaskan Sebelum Memulakan Perjalanan?

Kita sering diberitahu supaya tidak terus membawa kereta dan membiarkan enjin kereta panas terlebih dahulu. Hal ini dikatakan dapat menjaga jangka hayat enjin supaya bertahan lebih lama. Persoalannya, adakah perkara ini benar dan perlu dipraktikkan?

 

Jenis Enjin Kereta

Sebelum menjawab persoalan itu, mari lihat dua jenis enjin yang digunakan di dalam kereta. Enjin karburator dicipta oleh pengasas Mercedes, Karl Benz, dan merupakan enjin yang digunakan di dalam model kereta lama. Ia merupakan sebuah enjin yang menggunakan udara untuk menyedut bahan api dari tangki. Satu lagi adalah enjin yang menggunakan kaedah fuel injection atau sistem suntikan bahan api yang mula dipakai dengan meluas di Eropah sejak tahun 80-an. Berbanding dengan enjin karburator, enjin fuel injection menggunakan petrol yang ditekan sehingga menjadi halus supaya dapat dibakar dengan lebih mudah. 

 

Perlukah panaskan enjin kereta?

Enjin kereta yang menggunakan sistem karburator perlu dipanaskan kerana ia memerlukan suhu yang stabil untuk berfungsi dengan baik. Sebaliknya, pakar kenderaan, Didi Ahadi berkata kereta baru yang menggunakan teknologi enjin baru iaitu fuel injection tidak perlu dipanaskan terlebih dahulu

Enjin fuel injection menggunakan unit kawalan elektronik (electronic control unit atau ECU) yang boleh melaraskan enjin berdasarkan cuaca dan keadaan di sekitar walaupun pada suhu bawah 0ºC. Apabila enjin kereta sejuk, ECU akan memastikan lebih banyak petrol disalurkan ke enjin. Jumlah petrol yang dipam akan berkurang ketika enjin dalam keadaan panas. Memanaskan enjin tanpa menggerakkan kereta boleh mengakibatkan lebih banyak masalah terhadap enjin serta alam sekitar. 

 

Tidak perlu panaskan enjin kereta 

Kebanyakan kereta moden kini sudah menggunakan enjin jenis fuel injection. Oleh itu, penting untuk tahu jenis enjin yang digunakan kerana enjin moden tidak perlu dipanaskan terlebih dahulu. Enjin lebih cepat dipanaskan dan capai suhu optimum apabila kereta bergerak.  Untuk kereta buatan Malaysia, mungkin kereta original Proton Saga dan Perodua Kancil sahaja yang masih menggunakan enjin karburator. Selain daripada enjin yang lebih moden, penghasilan petrol moden juga membantu minyak untuk melekat di bahagian tertentu enjin tanpa menyebabkan ia menitik ke dalam lubang. 

 


Rujukan:

1. https://pandulaju.com.my/tahukahanda-mari-bermanja-bersama-karburetor-dan-ketahui-fungsinya/
2. https://auto.howstuffworks.com/fuel-injection.htm
3. https://www.baterihub.com/ms-perlu-ke-panaskan-enjin-kereta-sebelum-nak-memandu
4. https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2020/09/21/tak-panaskan-kereta-sebelum-guna-punca-enjin-rosak-betul-ke
5. https://says.com/my/tech/should-you-warm-up-your-car-before-driving-it
6. https://paultan.org/2021/09/20/should-you-warm-up-your-car-engine-every-morning/

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago