Petisyen

Hak Warganegara Bagi Kanak-kanak Kelahiran Ibu Warganegara Malaysia

Hak Warganegara Bagi Kanak-kanak Kelahiran Ibu Warganegara Malaysia

893 Tandatangan

1,107 lagi diperlukan untuk mencapai 2,000

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 02/06/2022 - Disunting : 02/06/2022

Petition to

Hak Warganegara Bagi Kanak-kanak Kelahiran Ibu Warganegara Malaysia

Kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu berwarganegara Malaysia dengan bapa bukan warganegara tidak akan mendapat kerakyatan secara automatik seperti kanak-kanak yang mempunyai bapa berwarganegara Malaysia.

Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan berkenaan Kesamarataan menjelaskan bahawa setiap individu adalah sama rata di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, Perkara 14(1)(b) dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bagi kanak-kanak yang lahir di luar negara, hanya mereka yang mempunyai bapa warganegara Malaysia akan mendapat kewarganegaraan secara automatik.

Pada 9 September 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengiktiraf hak ibu Malaysia berkenaan hak kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut berpendirian supaya prosedur dan syarat permohonan kewarganegaraan kanak-kanak bagi ibu dan bapa warganegara sepatutnya sekata. Oleh itu, pindaan kepada Perkara 14(1)(b) harus dilakukan supaya hak warganegara kanak-kanak secara kuat-kuasa undang-undang turut diberikan kepada ibu berwarganegara Malaysia.


Rujukan:

1. https://www.therakyatpost.com/news/malaysia/2021/09/09/kl-high-court-rules-malaysian-mothers-can-now-confer-citizenship-to-children-born-abroad/

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 10 months ago
1,107 lagi diperlukan untuk mencapai 2,000

Tandatangan Sekarang

Dengan menandatangani, anda bersetuju untuk menerima emel berkala dari Malaysia Bersuara mengenai kempen-kempen. Anda boleh tarik diri dari melanggan emel-emel ini pada bila-bila masa.