Petisyen

Jangan Kembalikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Jangan Kembalikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

93,473 Tandatangan

6,527 lagi diperlukan untuk mencapai 100,000

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 15/06/2022 - Disunting : 15/06/2022

Petition to

Jangan Kembalikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Cukai Barangan dan Perkhidmatan telah diperkenalkan di Malaysia pada 1 April 2015 dengan jumlah cukai sebanyak 6%. Cukai ini dikenakan kepada pengguna bagi semua jenis barangan dan perkhidmatan, selain sebahagian kecil yang diberikan pengecualian. Melalui pelaksanaan GST, peniaga boleh membuat tuntutan kredit cukai ke atas cukai yang dibayar oleh mereka kepada pembekal. Walau bagaimanapun, kos pembayaran cukai ini sering kali diturunkan kepada pengguna selaku pembeli akhir.

GST merupakan sebuah cukai yang bersifat regresif, bermaksud ia dikenakan kepada semua golongan tanpa mengira status ekonomi mereka dan cukai yang perlu dibayar oleh kumpulan masyarakat B40 dan T20 adalah sama. Pelaksanaan GST sebelum ini juga tidak cukup untuk memberi jaminan kepada peniaga. Peniaga pada mulanya dijanji akan dibayar semula oleh kerajaan bagi cukai yang dibayar dalam tempoh 14 hari, tetapi kerajaan gagal berbuat demikian dalam pelaksanaan yang lepas. Peniaga sejurusnya berhadapan dengan kos perniagaan lebih tinggi dan terpaksa menaikkan harga yang memberi impak secara langsung kepada pengguna.

Kredit gambar: 652234/ Pixabay

Selepas penukaran kerajaan kepada kerajaan Pakatan Harapan sejurus pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), kadar GST telah diturunkan kepada 0% mulai 1 Jun 2018. GST seterusnya dimansuhkan sama sekali dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuatkuasa sejak 1 September 2018 sehingga kini. Berbeza dengan GST, walaupun peniaga mungkin boleh dikenakan cukai yang lebih tinggi berdasarkan jenis barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan, cukai SST tidak dikenakan kepada banyak barangan seperti GST. Dahulu, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata SST hanya dikenakan kepada 38% barangan ‘bakul’ berbanding 60% barangan yang dikenakan GST. Antara perkhidmatan yang dikecualikan daripada SST adalah penjagaan kesihatan, bahan binaan, serta pembelian peralatan seperti bot nelayan dan traktor petani.

Pelaksanaan semula GST telah dicadangkan sejak tahun lepas lagi. Terkini, Perdana Menteri Ismail Sabri, telah berucap di sebuah wawancara khas bersama media Nikkei Asia di Tokyo, bahawa beliau melihat GST sebagai suatu cara yang mampu meningkatkan pendapatan asas Malaysia. Walau bagaimanapun, cadangan pelaksanaan semula GST telah mendapat tentangan dari orang ramai, terutamanya dari pihak pembangkang. Beberapa pakar ekonomi turut mengatakan bahawa GST tidak seharusnya dilaksanakan dalam keadaan ekonomi yang belum cukup mampan. Buat masa ini, status ekonomi isi rumah masih berada di tahap pemulihan selepas terjejas ketika pandemik COVID-19 dengan kos sara hidup yang tinggi.

Berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa Malaysia, pendapat pakar, dan pelaksanaan GST sebelum ini, jelas bahawa Malaysia masih belum bersedia untuk menerima GST semula. Lebih banyak kajian perlu dilakukan terutamanya berkenaan mekanisme pelaksanaan yang lebih bersesuaian. Oleh itu, kerajaan digesa untuk menangguhkan pelaksanaan semula GST kepada masa yang lebih sesuai kelak. Ahli Ekonomi OCBC Bank, Wellian Wiranto, turut berkata bahawa pelaksanaan GST hanya boleh dipertimbangkan sebelum pertengahan 2023, iaitu selepas pemulihan ekonomi negara.


Rujukan:

1. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/850755/sebab-gst-tak-popular
2. https://www.malaysiakini.com/news/435234
3. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/961513/kerajaan-timbang-kembalikan-gst-untuk-tampung-subsidi
4. https://www.malaysiakini.com/news/623416
5. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/06/01/dont-bring-back-gst-prices-of-goods-will-rise-says-ph/
6. https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/10/879502/gst-boleh-dilaksana-dua-tahun-lagi

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago
6,527 lagi diperlukan untuk mencapai 100,000

Tandatangan Sekarang

Dengan menandatangani, anda bersetuju untuk menerima emel berkala dari Malaysia Bersuara mengenai kempen-kempen. Anda boleh tarik diri dari melanggan emel-emel ini pada bila-bila masa.