Petisyen

Kami Gesa McDonald’s Malaysia Tarik Balik Saman Ke Atas BDS Malaysia

Kami Gesa McDonald’s Malaysia Tarik Balik Saman Ke Atas BDS Malaysia

5,703 Tandatangan

297 lagi diperlukan untuk mencapai 6,000

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 05/01/2024 - Disunting : 05/01/2024

Petition to

Kami Gesa McDonald’s Malaysia Tarik Balik Saman Ke Atas BDS Malaysia

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia telah menerima satu saman sivil daripada Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd selaku pemilik lesen McDonald’s Malaysia. 

Saman telah difailkan atas dakwaan bahawa BDS Malaysia dan Pengerusi Mohd Nazari Ismail melakukan beberapa hantaran yang bersifat fitnah mengenai restoran makanan segera tersebut. 

Melalui saman tersebut, McDonald’s Malaysia mengemukan beberapa tuntutan antaranya pembayaran ganti rugi khas berjumlah RM6 juta, yang tidak termasuk ganti rugi am dan ganti rugi teladan.

McDonald’s Malaysia telah mengesahkan bahawa pihaknya telah memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia demi melindungi hak dan kepentingan mereka mengikut undang-undang.

 

“McDonald’s Malaysia ‘buli’ aktivis solidariti Palestin” – BDS Global

Lantaran dengan itu, BDS Global mengecam McDonald’s Malaysia dan menyifatkan tindakan syarikat gergasi itu memfailkan Saman Strategik Terhadap Penyertaan Awam (SLAPP) ke atas BDS Malaysia sebagai ‘membuli’ pihak yang bersolidariti dengan Palestin.

Sebagai makluman, SLAPP adalah saman yang dilakukan dengan tujuan untuk memaksa pengkritik membayar kos pembelaan undang-undang sebagai satu cara mengekang suara mereka.

BDS Global menegaskan bahawa di bawah Prinsip Panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia, syarikat induk boleh dipertanggungjawabkan jika gagal mengambil tindakan terhadap pihak mereka yang terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

“Tindakan yang dilakukan oleh pemegang francais McDonald’s ini tidak boleh diketepikan daripada undang-undang pengoperasian syarikat di seluruh dunia. Ini kerana McDonald’s Corporation yang mempunyai HQ di Amerika Syarikat perlu bertanggungjawab bagi memastikan pemegang francais mereka tidak terlibat dalam sebarang kelakuan yang merosakkan imej syarikat tersebut.”

BDS Global

Tingkat kempen boikot McDonald’s

Oleh yang demikian, Jawatankuasa Kebangsaan BDS Palestin (BNC) menyeru orang ramai agar meningkatkan kempen boikot terhadap McDonald’s seluruh dunia. 

Ia hanya akan dihentikan sekiranya McDonald’s menamatkan perjanjian dengan pemegang francais di Israel dan Malaysia, kecuali jika tuntutan mahkamah terhadap BDS Malaysia ditarik balik dan permohonan maaf dilakukan atas sebab memburuk-burukkan kumpulan dan pemimpinnya.

Terdahulu, McDonald’s Israel telah membekalkan makanan percuma kepada tentera di sana semasa menjalankan serangan ke atas lebih 2.3 juta rakyat Palestin. Perkara ini jelas menunjukkan sokongan francais restoran segera itu terhadap jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai.

 

McDonald’s perlu tarik balik saman ke atas BDS Malaysia

Menurut Mohd Nazari, bukan BDS Malaysia yang melakukan kempen boikot terhadap McDonald’s, sebaliknya ia dimulakan oleh rakyat Malaysia sendiri dan pihaknya hanya memberikan sokongan. 

Exco Lajnah Isu Rakyat dan NGO Dewan Pemuda PAS Gombak, Mohd Iqman Iberahim berkata tindakan syarikat gergasi itu memfailkan saman kepada BDS mengecewakan kerana seolah-olah membuktikan mereka menyokong Israel.

Dia berpendapat tindakan tersebut sebenarnya akan menyebabkan lebih ramai penduduk terus membenci dan memboikot McDonald’s di sini. Ini adalah kerana tindakan memfailkan saman akan meyakinkan rakyat Malaysia bahawa McDonald’s Malaysia memberikan sokongannya kepada Israel.

 

Sehubungan dengan itu, kami menggesa McDonald’s Malaysia agar menarik semula fail saman ke atas BDS Malaysia. Kami bersetuju dan menyokong kenyataan BDS Global bahawa tindakan ini boleh disifatkan sebagai ‘membuli’ NGO tempatan yang bersolidariti dengan rakyat Palestin, di samping mengekang kebebasan bersuara.

Tandatangan petisyen ini untuk menunjukkan solidariti anda terhadap BDS Malaysia serta rakyat Palestin yang berhadapan kezaliman dalam bentuk kuasa dan mata wang.


Rujukan:

1. https://www.therakyatpost.com/trpbm/2023/12/29/isu-boikot-bds-malaysia-berdepan-saman-dari-mcdonalds-malaysia/
2. https://bdsmovement.net/Boycott-McDonalds
3. https://www.malaysiakini.com/news/691808
4. https://harakahdaily.net/index.php/2024/01/02/tindakan-mcdonalds-malaysia-saman-bds-jerat-diri-sendiri/

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 4 months ago
297 lagi diperlukan untuk mencapai 6,000

Tandatangan Sekarang

Dengan menandatangani, anda bersetuju untuk menerima emel berkala dari Malaysia Bersuara mengenai kempen-kempen. Anda boleh tarik diri dari melanggan emel-emel ini pada bila-bila masa.