Petisyen

Kami mahu Kerajaan untuk fokus terhadap pengurangan inflasi dan ekonomi negara, berbanding daripada beraksi sebagai polis moral

Kami mahu Kerajaan untuk fokus terhadap pengurangan inflasi dan ekonomi negara, berbanding daripada beraksi sebagai polis moral

64,328 Tandatangan

172 lagi diperlukan untuk mencapai 64,500

Oleh : Nazlan Nasir

Diterbitkan : 08/07/2022 - Disunting : 08/07/2022

Petition to

Kami mahu Kerajaan untuk fokus terhadap pengurangan inflasi dan ekonomi negara, berbanding daripada beraksi sebagai polis moral

Sementara kadar inflasi meningkat, kita juga menghadapi kekurangan bekalan ayam serta nilai mata wang yang paling rendah dalam sejarah. Kebanyakan daripada kita sedang bersusah-payah dengan kos yang semakin meningkat melibatkan petrol dan sayur-sayuran, serta kekurangan bekalan barangan asas. Pada masa yang sama, gaji tidak meningkat dan kita boleh melupakan impian untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan. Walaupun setelah mendapatkan ijazah sarjana muda, masih ramai yang berusaha keras untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Sementara itu, tindak balas Kerajaan adalah dengan memberikan fokus terhadap perkara yang tiada kepentingan kepada kita untuk mengalih perhatian kita daripada isu sara hidup.

Menteri Kesihatan Malaysia akan membentangkan sebuah akta baru di parlimen untuk melarang aktiviti merokok dan pemilikan produk-produk tembakau, termasuk vape, untuk generasi yang seterusnya.

Melalui tindakan yang digelar sebagai ‘Pemutusan Generasi’ atau ‘generation end game’, individu yang dilahirkan selepas tahun 2005 dilarang untuk melakukan sebarang pembelian rokok. 

Dasar ini adalah sebuah sekatan terhadap autonomi/ kemerdekaan, kebebasan dan privasi yang tidak wajar.

Adakah Malaysia sebuah negara yang mengawal hak peribadi seseorang?

Agenda politicking/ mendapatkan sokongan politik sebegini membuahkan persoalan apakah yang akan kerajaan lakukan seterusnya? Penyakit jantung adalah pembunuh nombor 1 di Malaysia dan seringkali disebabkan oleh pengambilan produk-produk yang mengandungi gula. Adakah Kerajaan akan beralih kepada larangan gula selepas ini?

Kanser adalah nombor 3 dan ini termasuk semua jenis kanser, bukan hanya tertakluk kepada kanser paru-paru.

Mengapakah Kerajaan percaya bahawa mereka boleh menjadi polis moral ke atas apa yang kita lakukan di dalam privasi rumah kita sendiri?

Terdapat pelbagai kes rasuah yang sedang dibicarakan sekarang, tetapi kita cuba dikawal oleh kerajaan. Adakah undang-undang ini hanya tertakluk kepada golongan bukan VIP? Adakah Kerajaan merasakan kita sudah lupa bahawa sementara kita duduk di rumah dan menuruti SOP, terdapat banyak kes VIP melanggar SOP.

Kenapa anda harus ambil tahu dan tandatangan petisyen ini?

1. Adalah bahaya jika kita membenarkan Kerajaan mengawal tindakan kita.

Jika undang-undang ini diluluskan, ia akan menjadi suatu slippery slope/ ruang untuk lebih banyak larangan dilakukan terhadap produk atau aktiviti yang Kerajaan rasakan tidak bermoral. Saya tidak mengatakan merokok adalah sesuatu yang bagus, tetapi saya mengatakan bahawa kita sepatutnya diberikan hak untuk memilih apa yang kita mahu lakukan di dalam ruang kita sendiri, dengan wang sendiri dan tanpa campur tangan Kerajaan.

2. Meluluskan undang-undang ini mungkin membuka ruang untuk lebih banyak cukai dikenakan terhadap orang ramai atau kualiti perkhidmatan yang lebih rendah daripada Kerajaan.

Pada tahun 2019, Kerajaan menerima anggaran 4.4 bilion dari cukai rokok di Malaysia (https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/risiko-hilang-hasil-cukai-lebih-rm10-bilion/

Kementerian Kewangan dijangkakan akan menghasilkan RM26.5 bilion dari SST di seluruh negara. Dengan mengecualikan rokok, yang mempunyai antara kutipan cukai tertinggi di Malaysia, kita menjangkakan kekurangan hasil pendapatan ini akan perlu ditampung kembali.

Ia adalah pengiraan matematik mudah, anda hilang pendapatan hasil cukai di sebelah lain, jadi anda hanya mempunyai dua pilihan, iaitu sama ada meningkatkan cukai lain untuk menampung defisit (memperkenalkan GST atau meningkatkan cukai persendirian), atau menurunkan kualiti perkhidmatan Kerajaan Malaysia. Perkara ini adalah jelas kerana jika kurang hasil cukai, jabatan-jabatan Kerajaan lain akan menerima kurang pendapatan untuk perkhidmatannya. 

*https://budget.mof.gov.my/pdf/2022/hasil/seksyen2.pdf

3. Penguatkuasaan di Malaysia adalah sebuah masalah. Produk tembakau boleh didapati dengan mudah di dalam pasaran. Bukan sahaja ia dijual di kedai-kedai, malah boleh dibeli secara dalam talian walaupun ia menyalahi undang-undang. Perkara ini adalah sebuah masalah kerana jika pembelian dilakukan secara dalam talian, tiada sebarang cara yang wujud untuk peruncit menyemaknya. Malah, untuk pembelian di kedai sekalipun, apakah jaminan bahawa peruncit tidak akan mementingkan keuntungan berbanding kesihatan awam?

Meletakkan halangan terhadap para peruncit mungkin akan membantu, tetapi ia akan menjadi tugas yang amat sukar untuk menguatkuasakan undang-undang yang bakal diwujudkan ini. Jika kita ingat kembali larangan merokok di tempat makan, masih ramai yang melanggar larangan tersebut oleh kerana penguatkuasaan yang kurang daripada pemilik restoran serta pelanggan. 

Kehendak kami: Undang-undang tersebut mempunyai tujuan yang bagus, tetapi ia perlu difikirkan semula dan dijalankan langkah demi langkah. 

Tujuan memperkenalkan dasar ini adalah sesuatu yang terpuji, namun keputusan yang tergesa-gesa untuk melaksanakannya boleh menyebabkan kegagalannya. Tujuan yang bagus perlu dijalankan dengan baik untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. 

Sebagai contoh, New Zealand turut menetapkan langkah-langkah lain untuk mencapai endgame ini. Ia termasuk mewajibkan penggunaan kotak pembungkusan yang kosong untuk rokok dan menaikkan harga rokok dengan mendadak sehingga mencapai USD20 sekotak. Produk vape juga dilarang untuk dijual kepada sesiapa di bawah umur 18 tahun. 

Akhir sekali, menyingkirkan sumber cukai yang besar untuk meluluskan sebuah undang-undang yang mungkin tidak akan dikuatkuasakan secara baik adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Ini adalah dasar politik yang tidak bagus. Mengapakah orang yang tidak merokok perlu membayar lebih banyak cukai hanya kerana perokok tidak lagi membayar cukai rokok?

Kelulusan undang-undang ini juga akan membuka ruang untuk lebih banyak kawalan oleh Kerajaan terhadap kehidupan orang ramai. Adakah selepas ini mereka akan melarang minuman bergula, karaoke atau panggung wayang?

Tandatangan dan kongsikan petisyen ini jika anda setuju bahawa Kerajaan perlu fokus terhadap kos sara hidup dan ekonomi, berbanding daripada beraksi sebagai polis moral. 


Updates

More updates...
Nazlan Nasir
Nazlan Nasir
Mengemukakan petisyen ini 5 months ago
172 lagi diperlukan untuk mencapai 64,500

Tandatangan Sekarang

Dengan menandatangani, anda bersetuju untuk menerima emel berkala dari Malaysia Bersuara mengenai kempen-kempen. Anda boleh tarik diri dari melanggan emel-emel ini pada bila-bila masa.