Petisyen

Memudahkan Penggunaan Marijuana Bagi Tujuan Perubatan dan Nyah Jenayah Penggunaan Marijuana dari Kesalahan Dadah Kecil

Memudahkan Penggunaan Marijuana Bagi Tujuan Perubatan dan Nyah Jenayah Penggunaan Marijuana dari Kesalahan Dadah Kecil

8,790 Tandatangan

1,210 lagi diperlukan untuk mencapai 10,000

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 20/06/2022 - Disunting : 20/06/2022

Petition to

Memudahkan Penggunaan Marijuana Bagi Tujuan Perubatan dan Nyah Jenayah Penggunaan Marijuana dari Kesalahan Dadah Kecil

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengesahkan bahawa penggunaan marijuana perubatan adalah dibenarkan di Malaysia. Akan tetapi, pengguna haruslah mendapatkan preskripsi doktor terlebih dahulu. Produk marijuana perubatan yang dibenarkan pula hanyalah produk yang berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Buat masa ini, tiada sebarang produk perubatan berasaskan marijuana yang telah didaftarkan dan boleh didapati di pasaran Malaysia. KKM pernah meluluskan produk perubatan marijuana Sativex pada tahun 2014, tetapi pengeluar produk tersebut telah menghentikan penjualan di Malaysia kerana ia tidak mendatangkan keuntungan.

Berikutan dengan itu, individu yang didapati menggunakan marijuana yang tidak berdaftar boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, berkata penggunaan marijuana perubatan telah diluluskan di lebih 40 buah negara, termasuk di negara jiran, Thailand. Penggunaan marijuana untuk perubatan turut mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia. Beliau turut berkongsi dapatan kajian yang membuktikan bahawa industri rokok dan arak adalah lebih memudaratkan berbanding marijuana. 

 

Kajian oleh Prof. Madya Dr. Rusdi Abd Rashid, Pengarah Pusat Pengajian Sains Ketagihan Universiti Malaya (UMCAS), mendapati cannabidiol (atau CBD) di dalam marijuana mempunyai banyak potensi sebagai rawatan alternatif. Malahan, penggunaan marijuana boleh membantu dengan masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan gangguan bipolar. Khairy Jamaluddin berkata Kementerian Kesihatan Malaysia mengalu-alukan kajian ke atas penggunaan CBD dalam perubatan. 

Syed Saddiq percaya Malaysia perlu mengikut jejak langkah negara lain seperti Thailand, Argentina, dan Australia, yang bukan sahaja membenarkan penggunaan marijuana tetapi juga penanaman marijuana supaya tidak ketinggalan dalam industri ini. Industri marijuana kini bernilai RM60 bilion dan akan meningkat ke RM400 bilion dalam masa empat tahun. 

 

Pengasas bersama NADI Centre, Rizal Hamdan, di dalam penulisannya di kolum New Straits Times, berkata bahawa kerajaan harus mengkaji semula undang-undang berkenaan dadah dan menyahjenayahkan penggunaan marijuana. Penggunaan marijuana bukan semata-mata atas dasar rekreasi, tetapi sebagai perubatan alternatif, dan penggunaanya dalam jumlah yang kecil tidak sepatutnya dikenakan tindakan. 

Rujukan:

1. https://twitter.com/NewsBFM/status/1443119418788118528
2. https://codeblue.galencentre.org/2021/11/12/npra-previously-approved-cannabis-medicine-for-muscle-spasms/
3. https://www.therakyatpost.com/news/2022/05/18/time-to-recognise-medicinal-marijuana-says-syed-saddiq/
4. https://twitter.com/NewsBFM/status/1509402565351378951

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago
1,210 lagi diperlukan untuk mencapai 10,000

Tandatangan Sekarang

Dengan menandatangani, anda bersetuju untuk menerima emel berkala dari Malaysia Bersuara mengenai kempen-kempen. Anda boleh tarik diri dari melanggan emel-emel ini pada bila-bila masa.