Petisyen

Mendesak Calon Ahli Parlimen Isytihar Harta Mengikut Undang-undang

Mendesak Calon Ahli Parlimen Isytihar Harta Mengikut Undang-undang

325 Tandatangan

675 lagi diperlukan untuk mencapai 1,000

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 31/10/2022 - Disunting : 31/10/2022

Petition to

Mendesak Calon Ahli Parlimen Isytihar Harta Mengikut Undang-undang

Dengan ketibaan Pilihan Raya Umum ke-15 dan penamaan calon tidak lama lagi, penting untuk kita mengenali calon tempat mengundi supaya kita dapat memilih calon yang betul. Selain daripada memperhatikan gerak kerja calon di kawasan bertanding, salah satu isu yang dirasakan penting adalah berkenaan pengisytiharan harta oleh calon-calon.

 

Calon-calon Ahli Parlimen isytihar harta pada PRU ke-14

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Parti Keadilan Rakyat telah mewajibkan calon-calonnya supaya mengisytiharkan harta mereka. Ketua Penerangan Keadilan ketika itu, Syed Ibrahim Syed Noh berkata ia adalah tindakan yang penting untuk membuktikan keseriusan parti dalam menangani salah guna kuasa dan rasuah dalam kalangan wakil rakyat. Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli konsisten mengisytiharkan harta setiap tahun selepas mula-mula melakukan sedemikian pada tahun 2015

Invoke turut mengadakan sebuah Majlis Pengisytiharan Harta sebelum PRU ke-14, dengan 36 calon Pakatan Harapan mengisytiharkan harta dan menandatangani Akujanji Khidmat Rakyat. Antara calon adalah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Setiausaha Agung AMANAH Anuar Tahir, dan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional Faiz Fadzil. Rafizi selaku pengasas Invoke berkata mereka mengambil masa yang lama untuk meyakinkan calon mengisytiharkan harta, dengan sesetengah calon merasakan ia adalah isu privasi.

Calon-calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut mengisytiharkan harta mereka dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall bagi PRU ke-14. Setiausaha Agong PSM pada waktu itu, Sivarajan Arumugam, berkata keputusan itu dibuat kerana rakyat ingin tahu jika wakil mereka menjadi semakin kaya sewaktu tempoh khidmat. Sebenarnya, PSM adalah parti pertama yang meminta calon mengisytiharkan harta mereka, iaitu sejak mereka mula mengambil bahagian dalam pilihan raya pada tahun 1999.

 

Pengisytiharan harta

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata bahagian pengisytiharan yang tidak merangkumi data-data peribadi patut dibuka kepada orang awam. Selain itu, ia juga harus dilakukan sebelum seseorang menjadi wakil rakyat, sewaktu berkhidmat dan selepas menamatkan tempoh perkhidmatannya. 

Ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020, Pengerusi Tetap Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Liew Vui Keong mencadangkan supaya calon-calon mengisytiharkan harta serta sumber pendapatan kepada presiden parti masing-masing. Vui Keong berkata pengisytiharan harta oleh calon adalah satu polisi yang bagus dan bertujuan untuk menghindarkan salah guna kuasa sekiranya mereka dilantik menjadi wakil rakyat. 

Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata pengisytiharan harta adalah sebahagian cara untuk memantau harta wakil rakyat. Apa yang diisytiharkan pada mulanya tidak menjadi isu, tetapi sekiranya terdapat lonjakan aset yang mendadak pada tahun-tahun akan datang, ia akan diselidiki. Katanya lagi, ahli politik perlu telus dalam mengisytiharkan pendapatan dan harta lain.

 

Calon-calon pilihan raya harus mengisytiharkan harta

Tidak dinafikan lagi bahawa pengisytiharan harta penting dalam memantau ketelusan ahli politik dan patut menjadi kayu ukur dalam pemilihan wakil rakyat. Suruhanjaya Pilihan Raya patut menegaskan atau menggunakan kuasa undang-undang dalam mendesak calon-calon pilihan raya untuk mengisytiharkan harta mereka sebaik sahaja penamaan calon dibuat pada 5 November 2022. Rakyat harus bijak menilai calon-calon berdasarkan kehendak atau keengganan mereka dalam mengisytiharkan harta sebagai langkah pertama dalam melawan salah guna kuasa.


Rujukan:

1. https://malaysiagazette.com/2017/05/08/pkr-wajibkan-calon-pru-14-isytihar-harta/
2. https://suarapakatandaily.com/archives/17206
3. https://malaysiadateline.com/36-calon-pakatan-harapan-isytihar-harta/
4. https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/04/20/psm-candidates-declare-assets-wealth-of-16-hopefuls-range-between-rm3000-and-rm3mil/
5. https://www.facebook.com/psm.sosialis/photos/a.268006483358616/1022643891228201/
6. https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=113185
7. https://www.nst.com.my/news/nation/2018/11/434289/ph-mps-gave-breakdown-assets

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 1 year ago
675 lagi diperlukan untuk mencapai 1,000

Tandatangan Sekarang

Dengan menandatangani, anda bersetuju untuk menerima emel berkala dari Malaysia Bersuara mengenai kempen-kempen. Anda boleh tarik diri dari melanggan emel-emel ini pada bila-bila masa.