Petisyen

Nyah Jenayah Cubaan Bunuh Diri Dengan Segara

Nyah Jenayah Cubaan Bunuh Diri Dengan Segara

2,013 Tandatangan

987 lagi diperlukan untuk mencapai 3,000

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 09/06/2022 - Disunting : 09/06/2022

Petition to

Nyah Jenayah Cubaan Bunuh Diri Dengan Segara

Cubaan bunuh diri adalah satu jenayah di Malaysia mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Pelaku boleh dikenakan hukuman penjara selama satu tahun maksimum atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Menurut hantaran oleh The Rakyat Post, undang-undang ini diwujudkan berdasarkan undang-undang ketika zaman pertengahan British. Cubaan bunuh diri dijadikan sebagai satu jenayah kerana bunuh diri dianggap berdosa dan merupakan jenayah terhadap Tuhan dan Raja. Malahan, undang-undang itu juga diwujudkan untuk mengelak pesalah daripada cuba membunuh diri untuk melepaskan diri daripada hukuman yang dikenakan.

Kredit gambar: Counselling/ Pixabay

 

Terdapat beberapa kes di Malaysia, yang mana pelaku telah dihukum dan dikenakan tindakan undang-undang di atas cubaan membunuh diri. Tan Sim Chuan dipenjara selama tujuh hari kerana mengugut keluarganya ingin membunuh diri menggunakan sepasang gunting. Sopiyan Syarifuddin yang merupakan seorang pesakit di Bahagian Psikiatri Hospital Duchess of Kent telah dipenjara lima bulan atas cubaan menggantung diri di rumahnya. Shahfirul Hakim Shahidan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret kerana cuba terjun bangunan dari balkoni rumahnya. Sehubungan dengan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Akmal, meminta mahkamah untuk menjatuhkan hukuman pada lelaki itu kerana merasakan dia telah menyusahkan ramai pihak. Dalam ketiga-tiga kes ini, kesemua pelaku dipercayai mengalami tekanan atau masalah mental yang mendorong mereka cuba mengambil tindakan sebegitu.

Jika benar undang-undang berkenaan cubaan bunuh diri berkesan dalam mengelakkan kes bunuh diri, mengapakah perkara ini masih terjadi? Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menegaskan yang menjenayahkan cubaan bunuh diri hanya akan mengelakkan pelaku daripada mendapatkan bantuan dan meningkatkan lagi risiko bunuh diri.

Kredit gambar: Anemone124/ Pixabay

 

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga merupakan doktor perubatan, mengatakan individu yang cuba membunuh diri tidak sepatutnya dihukum, tetapi perlu diberikan rawatan dan sokongan mental. Beliau turut menggesa kerajaan supaya segera mengeluarkan cubaan bunuh diri dari Kanun Keseksaan.

Perkara ini turut diusulkan oleh bekas Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di dalam laman web rasminya. Beliau menekankan bahawa jenayah berkenaan cubaan bunuh diri tidak pernah dibincangkan di dalam mana-mana kitab Islam. Terkini, kerajaan Selangor menggesa supaya kerajaan persekutuan menyegerakan moratorium terhadap jenayah cubaan membunuh diri sementara menunggu ia dinyahjenayahkan.


Rujukan:

1. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/573037/penjara-tujuh-hari-kerana-cuba-bunuh-diri-metrotv
2. https://www.utusanborneo.com.my/2018/12/27/dipenjara-lima-bulan-kerana-cuba-bunuh-diri
3. https://www.sinarharian.com.my/article/95155/BERITA/Mahkamah/Lelaki-tular-cuba-bunuh-diri-didenda-RM3000
4. https://www.malaysiakini.com/news/614986

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago
987 lagi diperlukan untuk mencapai 3,000

Tandatangan Sekarang

Dengan menandatangani, anda bersetuju untuk menerima emel berkala dari Malaysia Bersuara mengenai kempen-kempen. Anda boleh tarik diri dari melanggan emel-emel ini pada bila-bila masa.