Petisyen

Rakyat Malaysia menentang kemasukan alternatif lain di dalam Generation Endgame (GEG)

Rakyat Malaysia menentang kemasukan alternatif lain di dalam Generation Endgame (GEG)

161,186 Tandatangan

814 lagi diperlukan untuk mencapai 162,000

Oleh : Ram Arumugam

Diterbitkan : 21/07/2022 - Disunting : 21/07/2022

Petition to

Rakyat Malaysia menentang kemasukan alternatif lain di dalam Generation Endgame (GEG)

Kerajaan sedang berusaha untuk menghasilkan sebuah undang-undang larangan merokok atau Generation Endgame (GEG) untuk melarang individu yang lahir selepas 2005 daripada menggunakan produk tembakau dan vape dengan harapan untuk mengurangkan jumlah perokok di Malaysia.

Kita semua tahu bahawa merokok adalah tabiat yang tidak sihat, tetapi adakah kerajaan sehingga perlu menguatkuasakan undang-undang yang akan melarang seorang dewasa untuk menghisap rokok? Dan adakah GEG ini akan menghasilkan sebuah zaman yang penuh dengan jenayah dan pembaziran?

 

Zaman Jenayah

Ekonomi Malaysia sedang berkembang maju. Sebuah laporan oleh Oxford Economics pada 2019 mendapati bahawa 59% rokok yang dijual di Malaysia adalah rokok haram dan rokok seludup murah yang dibawa masuk oleh kumpulan jenayah dan sindiket.

Rokok haram itu terlalu murah dan senang didapati sehingga ia dikaitkan dengan peningkatan tren merokok bawah umur. Kerajaan pula sukar untuk menguatkuasa dan mengawal masalah ini. 

Perkara ini menyebabkan pakar-pakar ekonomi membuat kesimpulan bahawa larangan sepenuhnya ke atas produk tembakau dan vape hanya akan mengakibatkan sebuah letusan di dalam pasaran gelap dan peningkatan aktiviti jenayah apabila orang ramai berebut-rebut mencari sumber haram untuk memuaskan ketagihan nikotin mereka.

Beberapa pakar kriminologi juga berpendapat bahawa larangan ini akan memakan diri dan menggalakkan lebih ramai orang untuk merokok bagi mendapatkan kenikmatan terlarang dengan memberontak, berbanding mencegah orang ramai daripada tabiat itu.

Dan tahukah anda bahawa menggunakan vape adalah secara teknikalnya haram di Malaysia? Di bawah Akta Racun, ‘jus vape’ mengandungi kadar nikotin yang tidak boleh dijual oleh sesiapa melainkan ahli farmasi berlesan dan pengamal perubatan berdaftar, tetapi ia dijual di mana-mana selain daripada di klinik.

Walaupun kerajaan telah bersetuju pada tahun 2015 untuk tidak melarang vape dan rokok elektronik, dalam masa 6 tahun kebelakangan ini, kerajaan tidak dapat membuat keputusan berkenaan kaedah kawal selia dan pencukaian, dan jelas gagal dalam mengelakkan golongan muda daripada tabiat itu.

 

Zaman Pembaziran

Terdapat 1.2 milion pengguna vape di Malaysia. Kebanyakan daripada mereka mempunyai sejarah merokok dan lebih separuh menggunakan vape sebagai alternatif yang kurang merbahaya untuk berhenti merokok — iaitu tujuan penggunaan vape yang sebenar.

Bukankah ia akan menjadi kerugian jika kerajaan melarang salah satu cara terbaik untuk mengurangkan kadar merokok? Kita telah melihat kegagalan yang lepas dengan penguatkuasaan kerajaan dalam kempen ‘Tak Nak Rokok’ dan percubaan melarang orang ramai daripada merokok di khalayak ramai. Apakah keyakinan bahawa cubaan GEG ini tidak akan turut gagal? 

Tambahan lagi, industri vape Malaysia adalah sangat besar sehingga ia diketahui seluruh dunia. Dianggarkan bahawa industri vape berjumlah sekitar RM2.27 bilion, dan menggaji lebih 15,000 orang. 

Bukankah kita akan kerugian besar jika Malaysia melepaskan tempatnya dari pasaran dunia, menghentikan orang daripada mencari rezeki dan tidak mengaut keuntungan ekonomi yang mencukai produk vape dengan betul, berbanding daripada melarang penggunaannya?

Jika anda setuju, tandatangan petisyen ini dan dapatkan sokongan ramai untuk membantah tindakan mendadak kerajaan menubuhkan undang-undang larangan merokok. 


Updates

More updates...
Ram Arumugam
Ram Arumugam
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago
814 lagi diperlukan untuk mencapai 162,000

Tandatangan Sekarang

Dengan menandatangani, anda bersetuju untuk menerima emel berkala dari Malaysia Bersuara mengenai kempen-kempen. Anda boleh tarik diri dari melanggan emel-emel ini pada bila-bila masa.