Petisyen

Rakyat Malaysia menolak Generation Endgame (GEG)

Rakyat Malaysia menolak Generation Endgame (GEG)

1,004,253 Tandatangan

747 lagi diperlukan untuk mencapai 1,005,000

Oleh : Badrul bin Badri

Diterbitkan : 27/07/2022 - Disunting : 27/07/2022

Petition to

Rakyat Malaysia menolak Generation Endgame (GEG)

Kerajaan sedang berusaha untuk menghasilkan satu undang-undang Generation Endgame (GEG) untuk melarang individu yang lahir selepas 2007 daripada menggunakan produk tembakau dan vape untuk selama-lamanya walaupun mereka mencapai dewasa pada masa depan.

Tabiat merokok atau menggunakan vape adalah tidak sihat. Ia tidak patut digunakan oleh sesiapa yang berumur bawah 18 tahun.

Namun tidakkah terlalu keterlaluan untuk menguatkuasakan undang-undang yang akan melarang seorang dewasa memilih untuk merokok atau menggunakan vape?

Rokok dan vape bukannya dadah untuk dikenakan larangan sebegini.

GEG mewujudkan generasi penjenayah

Larangan ini bakal mewujudkan satu generasi baru penjenayah apabila perokok atau pengguna vape dewasa bakal dikenakan tindakan undang-undang akibat membeli dan memiliki rokok atau vape.

Mereka juga akan berhadapan dengan situasi ditahan, diperiksa, dan dirampas milikan tanpa sebarang waran umpama penjenayah berat yang memiliki, menghisap dan mengedar dadah.

Malah, mereka yang menjual rokok dan vape kepada individu dewasa pada masa depan juga bakal dikenakan tindakan berat.

 

GEG bercanggah hak kesamarataan dan kebebasan

Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan mengenai hak kesamarataan dan hak kebebasan kepada individu di Malaysia.

Bayangkan dua individu dewasa pada 10 tahun akan datang di mana satu dilahirkan pada 1 Januari 2007 dan satu lagi dilahirkan pada 31 Disember 2006. Undang-undang ini bukan sahaja menyebabkan diskriminasi ke atas satu individu dewasa sebab tarikh lahirnya, malah ia meragut kebebasannya untuk memilih penggunaan sesuatu produk yang tidak diharamkan di negara ini.

Tidakkah pelaksanaan GEG ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?

 

GEG meletuskan aktiviti produk haram

60% rokok yang dijual di Malaysia adalah rokok haram murah yang tidak ada kelulusan KKM.

Pakar-pakar ekonomi juga telah membuat kesimpulan bahawa larangan sepenuhnya ke atas rokok dan vape hanya akan mengakibatkan sebuah letusan dalam aktiviti produk haram dan peningkatan aktiviti jenayah kerana akan ada golongan yang mencari produk ini dari sumber haram untuk merokok atau menggunakan vape.

Kalau KKM serius untuk kurangkan tabiat merokok, buatlah sesuatu untuk tangani rokok haram. Janganlah jadikan GEG sebagai alat untuk sembunyikan kegagalan menangani masalah rokok haram.

Vape bukannya rokok

Banyak bukti saintifik antarabangsa yang menunjukkan vape adalah kurang memudaratkan berbanding rokok tembakau. Dan banyak negara telah menggunakan vape untuk mengurangkan kadar perokok negara termasuk New Zealand dan UK. Ini adalah fakta yang tidak boleh diabaikan KKM.

Di Malaysia pula, terdapat 1.2 juta pengguna vape yang mempunyai sejarah merokok dan menggunakan vape sebagai alternatif kurang mudarat untuk berhenti atau kurangkan merokok.

Dengan mengenakan GEG ke atas vape, ia adalah tindakan yang salah dan memberikan mesej tidak tepat bahawa vape adalah sama dengan rokok.

Perokok masa ini pun ada hak untuk diberikan mesej berdasarkan sains untuk berhenti atau kurangkan merokok melalui alternatif kurang mudarat.

Jika anda tidak setuju dengan pelaksanaan GEG, tandatangan petisyen ini dan dapatkan sokongan ramai bersama untuk menolak pelaksanaan GEG.


Updates

More updates...
Badrul bin Badri
Badrul bin Badri
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago
747 lagi diperlukan untuk mencapai 1,005,000

Tandatangan Sekarang

Dengan menandatangani, anda bersetuju untuk menerima emel berkala dari Malaysia Bersuara mengenai kempen-kempen. Anda boleh tarik diri dari melanggan emel-emel ini pada bila-bila masa.