Petisyen

Tubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

Tubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

5,230 Tandatangan

2,770 lagi diperlukan untuk mencapai 8,000

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 09/06/2022 - Disunting : 09/06/2022

Petition to

Tubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis atau Independent Police Complaint and Misconduct Committee (IPCMC) adalah sebuah suruhanjaya bebas yang dicadangkan supaya dapat mengawal selia anggota polis. Ia telah dicadangkan oleh satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada Februari 2004 akibat tentangan orang ramai terhadap kes kematian tahanan polis dan keganasan polis yang semakin meningkat.

Kerajaan Pakatan Harapan telah membentangkan rang undang-undang berkenaan IPCMC pada 2019, tetapi ia telah ditunda dan perlu diteliti semula oleh jawatankuasa pilihan parlimen setelah dikritik.

Kredit gambar: Farid Iqbal Ibrahim/ Flickr

 

Ketika sidang Dewan Rakyat 26 Ogos 2020, Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan, mengumumkan penarikan rang undang-undang IPCMC dan memperkenalkan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang bakal menggantikan IPCMC. Walau bagaimanapun, anggota PDRM boleh menjadi sebahagian daripada ahli IPCC, menjadikan IPCC sebuah suruhanjaya yang tidak bebas daripada kuasa PDRM. Perkara ini sejurusnya mengekang kuasa IPCC untuk menjatuhkan hukuman atau tindakan tata tertib terhadap anggota PDRM yang didapati bersalah.

Kredit gambar: Niu Niu/ Unsplash

 

Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan seperti SUHAKAM, Transparency International Malaysia, dan Amnesty International mempercayai bahawa rang undang-undang IPCC adalah lebih lemah dan kurang efektif berbanding IPCMC. Adalah jelas bahawa IPCMC mempunyai lebih kuasa dan akan lebih berkesan dalam menangani kes kematian dalam tahanan dan keganasan polis. Oleh itu, marilah sama-sama kita memainkan peranan dalam penubuhan segera IPCMC.


Rujukan:

1. http://www.eaic.gov.my/media/berita/ipcmc-what-you-need-know-and-why-it-matters-now-more-ever-0
2. https://www.malaysiakini.com/news/595177
3. https://www.therakyatpost.com/news/malaysia/2020/08/26/govt-withdraws-phs-bill-to-study-police-misconducts-and-is-replacing-it-with-ipcc/
4. http://transparency.org.my/pages/news-and-events/press-releases/ti-malaysia-repeats-call-for-ipcmc-to-improve-police-image

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago
2,770 lagi diperlukan untuk mencapai 8,000

Tandatangan Sekarang

Dengan menandatangani, anda bersetuju untuk menerima emel berkala dari Malaysia Bersuara mengenai kempen-kempen. Anda boleh tarik diri dari melanggan emel-emel ini pada bila-bila masa.