Petisyen

Batalkan Perancangan Pembinaan Lebuh Raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link)

Batalkan Perancangan Pembinaan Lebuh Raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link)

2,105 Tandatangan

2,895 lagi diperlukan untuk mencapai 5,000

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 29/06/2022 - Disunting : 29/06/2022

Petition to

Batalkan Perancangan Pembinaan Lebuh Raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link)

Pembinaan Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia pada 22 Mei 2022. Melalui PJD Link, pengguna jalan raya dapat memintas kesesakan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan. PJD Link dianggarkan sepanjang 34.3km, dan akan bermula dari lebuh raya SPRINT di Damansara sehingga ke Bukit Jalil Highway Interchange. Namun begitu, pembinaan lebuh raya ini ditentang penduduk di kawasan yang akan terkesan.

Sebuah bantahan telah dilakukan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam pada 24 Jun yang lalu, Tracy Toh, ahli jawatankuasa Say No To Kidex, menyatakan bahawa lebuh raya yang baru dibina akan turut mengalami kesesakan. Daniel Tan, seorang penduduk di SS2 Petaling Jaya, percaya bahawa pengangkutan awam yang berkesan akan menangani masalah kesesakan jalan raya. Beliau turut berkata bahawa negara maju akan menambah baik pengangkutan awamnya, manakala negara tidak maju akan membina lebih banyak lebuh raya.

Kredit gambar: Sharifah Nur Syafiqah

 

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, tegas menentang pembinaan PJD Link. Beliau bersetuju bahawa tindakan harus diambil terhadap kesesakan jalan raya, tetapi melalui pembinaan pengangkutan awam. Mengambil contoh seperti di India dan Amerika Syarikat (AS), pembinaan lebuh raya tidak menyelesaikan isu kesesakan jalan raya, tetapi memindahkan masalah tersebut ke tempat lain. Malaysia Bersuara juga telah mengeluarkan sebuah artikel semak fakta yang membuktikan pembinaan lebuh raya tidak mengurangkan kadar kesesakan jalan raya.

Ini bukanlah kali pertama penduduk Petaling Jaya membantah pembinaan lebuh raya. Pada sekitar tahun 2013, mereka telah membuat bantahan terhadap pembinaan lebuh raya Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) sehingga ia dibatalkan pada tahun 2015. Tracy berkata penduduk penat kerana perlu melawan isu yang sama sekali lagi, namun mereka tetap berjuang untuk menolak pembinaan PJD Link. Tan Gim Tuan, pengerusi cawangan Damansara MCA, menegaskan bahawa kerajaan seharusnya mengadakan sesi perundingan awam dan tidak mengetepikan kebimbangan rakyat tempatan.


Rujukan:

1. https://www.therakyatpost.com/news/malaysia/2021/09/01/tldr-what-is-pjd-link-and-why-are-residents-protesting-it/
2. https://themalaysianreserve.com/2022/05/25/rethink-unnecessary-highway-developments-says-maria-chin/
3. https://www.facebook.com/saynokidex/

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago
2,895 lagi diperlukan untuk mencapai 5,000

Tandatangan Sekarang

Dengan menandatangani, anda bersetuju untuk menerima emel berkala dari Malaysia Bersuara mengenai kempen-kempen. Anda boleh tarik diri dari melanggan emel-emel ini pada bila-bila masa.