Adakah Pembinaan Lebih Banyak Lebuh Raya Dapat Mengurangkan Kesesakan Jalanraya?

Salah
Adakah Pembinaan Lebih Banyak Lebuh Raya Dapat Mengurangkan Kesesakan Jalanraya?

Kerajaan telah meluluskan pembinaan tiga lebuh raya baru pada 22 Mei 2022

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 27/06/2022 - Disunting : 27/06/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Adakah Pembinaan Lebih Banyak Lebuh Raya Dapat Mengurangkan Kesesakan Jalanraya?

Kerajaan telah meluluskan pembinaan tiga lebuh raya, Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link), Putrajaya – Bangi Expressway (PBE) dan Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL-NODE) pada 22 Mei 2022. 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata bahawa pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) bertujuan untuk menyelesaikan masalah lalu lintas yang berterusan. Namun begitu, benarkah pembinaan lebuh raya baru dapat mengurangkan kesesakan jalan raya sedia ada?

Terdahulu, penduduk Petaling Jaya khususnya pernah membantah perancangan lebuh raya  Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) yang dirancang sejak 2010, dan dibatalkan pada tahun 2015. Kajian mendapati bahawa Kidex hanya akan mengurangkan masa sebanyak 2.6% untuk semua perjalanan antara Petaling Jaya dan kawasan lain Lembah Klang. Tracy Toh, ahli jawatankuasa Say No To Kidex, berkata perancangan PJD Link hampir sama dengan Kidex dahulu, dan bahawa ia telah jelas ditentang oleh penduduk tempatan. 

Ketika sesi bantahan di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor, Shah Alam (Kredit gambar: Sharifah Nur Syafiqah)

 

Kajian hubungkait lebuh raya dan kesesakan jalan raya

Sebuah kajian yang dilakukan di bandar-bandar di Amerika Syarikat (AS) membuktikan bahawa pembinaan lebuh raya tidak akan mengurangkan kesesakan jalan raya. Kajian tersebut menyatakan bahawa pembinaan jalan raya yang baru akan mewujudkan pemandu-pemandu kenderaan baru, menyebabkan kesesakan jalan raya kekal. Sebuah persatuan polisi di AS, Transportation for America, mendapati lebuh raya yang dilebarkan hanya berkesan dalam jangka masa pendek. Sebagai contoh, hampir sejumlah 50,000 km jalan raya baru telah dibina di kawasan-kawasan bandar terbesar di AS antara 1993 dan 2017. Hasilnya, kesesakan jalan raya melonjak sehingga 144%. 

Manakala di China, lebuh raya di Beijing telah dipanjangkan dari 16,300 km kepada 70,000 km pada 2013, tetapi masa perjalanan telah menaik lebih 25 minit berbanding pada tahun 2012. Perkara ini turut terjadi di Sydney Habour Bridge, Australia. Setelah terowong pelabuhan dibina, terdapat peningkatan kenderaan yang melintas sebanyak 38%, walhal jumlah populasi hanya meningkat sebanyak 4%.

Kredit gambar: Lynac/ Flickr

 

Pembinaan Lebuh Raya Baru Tidak Akan Mengurangkan Kesesakan

Terbukti bahawa pembinaan lebuh raya baru akan menarik minat orang ramai menggunakannya dan menyebabkan kesesakan di sana. Ia juga mempromosikan penggunaan kenderaan persendirian yang akan menghasilkan lebih banyak cap kaki karbon berbanding penggunaan pengangkutan awam. Hal ini sejajar dengan konsep induced-demand, yakni apabila sesuatu perkara dibekalkan, lebih banyak permintaan terhadapnya daripada orang ramai.

Menteri Kanan Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Fadhillah Yusof, dan bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, bersetuju bahawa pembinaan lebuh raya baru tidak menjamin akan mengurangkan kadar kesesakan. Salah satu cara untuk mengurangkan kesesakan jalan raya adalah dengan memastikan penggunaan pengangkutan awam mencapai 40% jumlah pengguna.


Rujukan:

1. https://malaysia.news.yahoo.com/report-selangor-mb-says-unfair-054102072.html
2. https://www.yeobeeyin.com/2015/02/putting-end-to-kidex-in-response-to.html
3. https://www.nber.org/papers/w15376
4. https://www.guideautoweb.com/en/articles/54474/study-expanding-highways-doesn-t-fix-traffic-congestion/
5. https://www.goget.com.au/blog/do-new-roads-reduce-traffic-congestion/
6. https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2022/05/25/highways-to-ease-congestion-or-generate-revenue/
7. https://www.wired.com/2014/06/wuwt-traffic-induced-demand/
8. https://careta.my/article/pembinaan-lebuhraya-tak-jamin-selesai-isu-kesesakan-menteri-kanan
9. https://www.malaysiakini.com/news/622693

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 5 months ago