Adakah Ekonomi Malaysia Terkesan dengan Perang Rusia-Ukraine

Benar
Adakah Ekonomi Malaysia Terkesan dengan Perang Rusia-Ukraine

Perang antara Ukraine dan Rusia yang bermula pada 24 Februari 2022 masih berterusan sehingga sekarang.

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 21/06/2022 - Disunting : 21/06/2022

Keputusan:Benar

Petition to

Adakah Ekonomi Malaysia Terkesan dengan Perang Rusia-Ukraine

Pada 24 Februari 2022 yang lalu, Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine atas alasan menjalankan sebuah “operasi ketenteraan khas”. Perang antara Rusia dan Ukraine kemudiannya berlarutan hampir 4 bulan sehingga kini. Adakah perang Rusia-Ukraine memberikan kesan buruk kepada keadaan ekonomi global, dan seterusnya ekonomi Malaysia?

Menurut Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), perang Rusia-Ukraine telah memberi impak kepada ekonomi dunia, terutamanya dalam isu kenaikan harga minyak mentah dan gangguan kepada rantaian bekalan makanan. 

 

Kenaikan Harga Minyak Mentah

Data oleh Trading Economics menunjukkan yang harga minyak mentah berada di paras yang tertinggi, iaitu USD114.67 bagi satu tong minyak mentah, bagi bulan Jun 2022 dalam tempoh 10 tahun. Economist Intelligence Unit (IEU) menyatakan di dalam laporannya bahawa harga minyak mentah akan kekal berada di atas USD100 setong selagi konflik Rusia-Ukraine berterusan. Perkara ini berlaku kerana Rusia merupakan pengeksport utama minyak mentah di dunia. Malaysia turut terkesan apabila kerajaan perlu memberikan subsidi minyak petrol yang lebih tinggi sejajar dengan kenaikan harga tersebut.

Sumber: Trading Economics

 

Gangguan Kepada Rantaian Bekalan Makanan

Ekonomi global akan terkesan dengan konflik Rusia-Ukraine yang akan membantut pertumbuhan ekonomi dan menaikkan harga barangan. Kenaikan harga ini akan meningkatkan kadar inflasi. Kedua-dua Ukraine dan Rusia merupakan antara pengeksport terbesar gandum, yang merangkumi sebanyak 30% eksport antarabangsa. Harga gandum menunjukkan peningkatan yang mendadak dan berada pada tahap yang tertinggi dalam masa 10 tahun selepas peperangan tersebut tercetus kerana kedua-dua negara itu berhenti mengeksport gandum. Perkara ini seterusnya akan mengganggu bekalan makanan yang berasaskan gandum. 

Sumber: Blog Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

 

Di Malaysia sendiri, harga tepung gandum telah meningkat sejak sebelum Raya Aidilfitri lagi, iaitu dari RM2.50 hingga RM3.10 atau RM3.50 sekilogram bergantung kepada jenama. Peniaga makanan seterusnya menaikkan harga makanan yang dijual mereka bagi mengelakkan kerugian. Gandum juga merupakan kandungan utama dalam dedak haiwan ternakan yang diimport oleh Malaysia. Oleh itu, kenaikan harga gandum, bersama-sama dengan gangguan bekalannya, memberi kesan kepada harga dedak haiwan ternakan yang telah meningkat lebih kurang 70% sejak perang di Ukraine bermula. Kenaikan harga ini meningkatkan harga ayam mentah dari Rm8.10 sekilo sebelum raya kepada RM10.10 sekilo sekarang. 

 

Malaysia Terkesan Dengan Konflik antara Ukraine dan Rusia

Berdasarkan penerangan yang diberikan, jelas bahawa perang Rusia-Ukraine telah memberi impak kepada keadaan ekonomi di Malaysia, terutamanya berkenaan harga minyak mentah dan kenaikan harga bagi sesetengah barangan harian. Peperangan tersebut telah membantutkan pemulihan ekonomi global. Walau bagaimanapun, governor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata bahawa impak terhadap pembangunan ekonomi Malaysia akan dapat dikurangkan dengan kewujudan struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai.


Rujukan:

1. https://economictimes.indiatimes.com/industry/energy/oil-gas/oil-prices-will-remain-above-100/barrel-as-long-as-ukraine-war-rages-on/articleshow/91065993.cms
2. https://university.taylors.edu.my/en/campus-life/news-and-events/news/how-the-russia-ukraine-war-affects-us.html
3. https://blogs.imf.org/2022/03/15/how-war-in-ukraine-is-reverberating-across-worlds-regions/
4. https://www.utusan.com.my/berita/2022/05/harga-tepung-gandum-naik-lebih-50-sen-sejak-sebelum-ramadan/
5. https://www.theedgemarkets.com/article/gdp-projections-include-impact-russiaukraine-conflict-and-supply-chain-disruptions-%E2%80%94-bnm

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 6 months ago