Adakah Kebebasan Bersuara di Malaysia Semakin Merudum?

Benar
Adakah Kebebasan Bersuara di Malaysia Semakin Merudum?

Beberapa individu telah didakwa atas tuduhan mengeluarkan perucapan atau perbuatan yang dikatakan melanggar hak kebebasan bersuara

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 06/09/2022 - Disunting : 06/09/2022

Keputusan:Benar

Petition to

Adakah Kebebasan Bersuara di Malaysia Semakin Merudum?

Pada 14 Julai 2022, pengasas Crackhouse Comedy Club, Rizal van Geyzel telah ditahan selepas laporan polis dibuat terhadapnya berkenaan video komedi berdirinya yang dikatakan menghina agama. Tidak lama kemudian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menarik lesen perniagaannya dan menyenarai hitam Rizal daripada dibenarkan mendaftar bagi sebarang perniagaan di Kuala Lumpur. Ramai yang merasakan tindakan sebegini merupakan satu bentuk salah guna kuasa dan mengekang kebebasan bersuara. 

 

Laporan antarabangsa ke atas kebebasan bersuara di Malaysia

Laporan oleh Bank Dunia mendapati bahawa kebebasan bersuara di Malaysia telah meningkat dengan mendadak selepas pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2018. Salah satu perkara yang menyumbang kepadanya adalah pemansuhan Akta Anti Berita Tidak Benar 2018. Namun begitu, Reporters Without Borders (RSF) melaporkan Malaysia sebagai negara paling merudum dalam konteks kebebasan media dengan penurunan 18 anak tangga daripada kedudukan 101 ke 119 dalam Indeks Kebebasan Media 2021. Kejatuhan ini berkait secara langsung dengan pembentukan kerajaan baru pada Mac 2022 yang menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih melalui proses demokrasi. 

Kebebasan bersuara dan sumber informasi alternatif. Sumber: Bank Dunia

 

RSF berkata undang-undang mengekang berita palsu melalui Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang “membenarkan kerajaan untuk menentukan kebenarannya sendiri” menjadi salah satu punca kepada kejatuhan ini. RSF turut menyenaraikan beberapa akta lain yang dilihat menyekat kebebasan media seperti Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Media Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya berkata Ordinan Darurat diwujudkan berkenaan  informasi COVID-19 dan vaksinisasi

Walau bagaimanapun, Tricia Yeoh dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyatakan bahawa Ordinan itu turut berhubung kait dengan Proklamasi Darurat. Tricia berkata Ordinan tersebut “memberikan kerajaan kuasa mutlak untuk mendefinisikan sebarang bentuk bahan sebagai ‘berita palsu’.” Malah, memandangkan ia sebuah Ordinan Darurat, sebarang pegawai yang diberi kuasa di bawah Ordinan ini tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana melaksanakan peruntukannya, seperti yang dapat dilihat di dalam infografik di bawah. Ordinan Darurat ini dirasakan lebih teruk berbanding Akta Antiberita Tidak Benar 2018 kerana ketiadaan proses demokrasi dalam penguatkuasaannya. Tambahan lagi, pembatalan ordinan ini pada 21 Julai yang lalu juga tidak melalui proses parlimen yang betul.

Sumber: Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri

 

Mengikut dapatan oleh Freedom House, Malaysia dikategorikan sebagai negara separa bebas dengan skor 51 pada 2021. Kebebasan media di bawah kategori Kebebasan Awam mendapat markah rendah kerana terdapat tekanan dari pihak kerajaan terhadap media bebas dan tidak membenarkan media bebas membuat liputan peristiwa-peristiwa penting dalam negara ketika COVID-19. Kerajaan juga menjalankan siasatan dan dakwaan terhadap saluran berita dan wartawan yang dikatakan atas dasar provokasi, fitnah dan pelanggaran undang-undang Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Antara tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan adalah serbuan ke atas pejabat saluran berita antarabangsa, Al-Jazeera yang mendedahkan salah laku pihak berkuasa terhadap golongan migran ketika pandemik. 

 

Kebebasan bersuara di Malaysia semakin disekat

Berdasarkan laporan-laporan antarabangsa yang dikeluarkan, jelas bahawa media serta rakyat Malaysia secara umumnya makin kurang bebas untuk bersuara. Kekangan kebebasan bersuara turut dihadapi oleh aktivis seni seperti Fahmi Reza yang telah berkali-kali didakwa kerana menghasilkan karya-karya satira ke atas figura politik serta monarki. Tindakan menutup Crackhouse Comedy Club juga merupakan satu bentuk kekangan ke atas kebebasan bersuara individu. 

Chamil dahulunya mencadangkan supaya undang-undang yang berkenaan dimansuhkan dan mewujudkan Akta Kebebasan Pengaliran Maklumat dapat bagi menjamin kebebasan media. Katanya, kebebasan media tidak boleh dikongkong kerana wujudnya akses yang lebih besar terhadap internet dan media sosial. Menurut peguam Syahredzan Johan, sememangnya undang-undang boleh digubal menurut Perkara 10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan berkenaan penyekatan kebebasan bersuara atas sebab yang munasabah. Akan tetapi, akta-akta yang wujud sekarang dilihat terlalu luas dan boleh menyekat kebebasan bersuara secara menyeluruh. 


Rujukan:

1. https://www.therakyatpost.com/news/2022/07/15/crackhouse-comedy-co-founder-rizal-van-geyzel-arrested-over-old-videos-allegedly-insulting-islam/
2. https://www.therakyatpost.com/news/2022/08/17/dbkl-revokes-crackhouses-license-permanently-bans-owner-from-setting-up-business-in-the-city/
3. https://rsf.org/en/2021-world-press-freedom-index-journalism-vaccine-against-disinformation-blocked-more-130-countries
4. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/813154/adakah-benar-dakwaan-kebebasan-media-di-malaysia-disekat
5. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ordinan-darurat-menindas-kebebasan-bersuara-ideas-287671
6. https://www.malaysiakini.com/news/584537
7. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/923586/fahmi-reza-didakwa-lagi
8. https://www.sinarharian.com.my/article/94660/berita/nasional/rakyat-malaysia-bebas-bersuara

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago