Adakah Kewujudan ‘Baby Hatch’ Menggalakkan Pembuangan Bayi?

Salah
Adakah Kewujudan ‘Baby Hatch’ Menggalakkan Pembuangan Bayi?

11 buah baby hatch telah dibuka di seluruh Malaysia untuk mengatasi masalah pembuangan bayi di merata tempat.

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 23/06/2022 - Disunting : 23/06/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Adakah Kewujudan ‘Baby Hatch’ Menggalakkan Pembuangan Bayi?

Baby hatch adalah sebuah tempat yang selamat untuk wanita meninggalkan bayinya tanpa perlu mendedahkan diri mereka. Konsep baby hatch telah wujud sejak tahun 1198, apabila ruota diperkenalkan oleh Pope Innocent III untuk mengatasi masalah pembuangan bayi ke dalam Sungai Tiber. Di Malaysia, baby hatch yang pertama telah dibuka pada 2010 oleh Yayasan OrphanCare. Terkini, terdapat 11 baby hatch yang beroperasi di seluruh Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, berkata kewujudan terlalu banyak baby hatch akan menggalakkan lebih banyak bayi ditinggalkan.

 

Sejak penubuhannya sehingga Januari 2022, sejumlah 77 bayi telah ditinggalkan di dalam peti baby hatch di seluruh negara. Untuk perbandingan, PDRM melaporkan 424 kes pembuangan bayi bagi tempoh 2018 hingga September 2021, dengan lebih 60% daripada jumlah bayi ini ditemui dalam keadaan yang tidak bernyawa. Ini menunjukkan perbezaan yang ketara dan membuktikan bahawa baby hatch tidak menggalakkan pembuangan bayi, tetapi wujud sebagai satu alternatif menyelamatkan bayi terabai. Kebanyakan bayi yang dibuang pula diletakkan di tempat berbahaya, seperti yang dapat dilihat di dalam jadual di bawah. Hal ini menunjukkan ibu tiada niat untuk membiarkan bayinya hidup, sekali lagi menyangkal kenyataan bahawa baby hatch meningkatkan jumlah pembuangan bayi.

Statistik Pembuangan Bayi Berdasarkan Lokasi, 2018-2021

Pembuangan bayi bukan hanya terjadi di Malaysia, malah di seluruh dunia. Oleh itu, penyerahan bayi secara selamat boleh diwujudkan supaya nyawa mereka boleh diselamatkan dan mereka mendapat jagaan yang sepatutnya. Tambahan lagi, baby hatch turut berfungsi sebagai pusat transit sebelum bayi diserahkan kepada keluarga angkat. Racheal Kwacz, seorang pakar perkembangan kanak-kanak dan keluarga, menyatakan bahawa pelaku memilih untuk membuang anak di tempat yang tidak sepatutnya kerana tidak mengetahui tentang baby hatch.

 

Baby Hatch Tidak Menggalakkan Pembuangan Bayi

Tiada sebarang bukti yang boleh mengaitkan jumlah pembuangan bayi dengan penubuhan baby hatch. Tanpa kewujudan baby hatch sekalipun, bayi masih akan dibuang, malah dalam keadaan yang berbahaya. Kenyataan bahawa kewujudan baby hatch menggalakan pembuangan bayi merupakan satu bentuk stigma terhadap baby hatch itu sendiri. Stigma ini harus dihapuskan supaya lebih banyak bantuan dapat diberikan kepada bakal ibu yang memerlukan, sama ada dalam bentuk kemudahan baby hatch atau bantuan psikologi dan kaunseling.

Bekas mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli, menyatakan bahawa terdapat kewajipan ke atas negara untuk menjaga anak-anak yang dibuang. Beliau turut mencadangkan supaya kemudahan baby hatch diwujudkan dalam skala besar, terutamanya di kawasan yang sebelum ini mencatatkan banyak kes pembuangan bayi. Bekas Menteri Undang-undang, Zaid Ibrahim, juga merasakan bahawa lebih banyak baby hatch perlu dibuka untuk mengelakkan kejadian pembuangan bayi secara tidak selamat. Walaupun membuang bayi adalah satu jenayah, meninggalkan bayi di baby hatch adalah dibenarkan dan tidak salah di sisi undang-undang.

Rujukan:

1. https://orphancare.org.my/history-of-baby-hatches/
2. https://worldofbuzz.com/welfare-dept-mothers-will-be-more-encouraged-to-abandon-their-babies-if-there-are-too-many-baby-hatches/
3. https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2022/01/915381/77-bayi-ditinggalkan-di-dalam-peti-khas
4. https://www.rmp.gov.my/arkib-berita/keratan-akhbar/2021/10/27/keratan-akhbar-pilihan-sembilan-bayi-dibuang-sebulan---kpp-d11
5. https://www.infantjournal.co.uk/pdf/inf_052_one.pdf
6. https://www.hotfm.audio/jadikan-baby-hatch-lebih-dipercayai-kata-pakar/

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 3 years ago