Adakah Kutipan Cukai Pendapatan Individu Oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Bagi Tahun 2022 Meningkat?

Benar
Adakah Kutipan Cukai Pendapatan Individu Oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Bagi Tahun 2022 Meningkat?

LHDN menerima kutipan cukai langsung keseluruhan sebanyak RM175.4 bilion pada tahun 2022

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 31/05/2023 - Disunting : 31/05/2023

Keputusan:Benar

Petition to

Adakah Kutipan Cukai Pendapatan Individu Oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Bagi Tahun 2022 Meningkat?

Pada tahun ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima kutipan cukai langsung keseluruhan sebanyak RM175.4 bilion. Jumlah ini menunjukkan peningkatan kutipan cukai sebanyak 21.75% berbanding tahun 2021.

Kutipan cukai bagi tahun 2021 turut menunjukkan peningkatan sebanyak 17% berbanding tahun 2020, dengan kutipan lebih RM140 bilion dan melebihi sasaran RM132 bilion yang ditetapkan. Pada tahun itu, kutipan cukai menyumbang hampir separuh daripada jumlah pendapatan negara. 

 

Kutipan cukai pendapatan individu

Sehubungan dengan itu, LHDN melaporkan pungutan cukai pendapatan individu sebanyak RM39.26 bilion bagi tahun taksiran 2022. Daripada jumlah ini, 85% atau RM33.68 bilion cukai disumbang oleh golongan T20 menjadikan mereka sebagai penyumbang tertinggi.

Sebaliknya, 13% atau RM5.38 bilion disumbangkan oleh golongan M40, manakala baki 2% oleh pelbagai kategori lain. Perkara ini juga bermaksud golongan T20 telah menyumbang 19% daripada jumlah keseluruhan cukai RM175 bilion, manakala golongan M40 hanya menyumbang 3%.  

Dibandingkan dengan tahun 2021, LHDN hanya menerima kutipan cukai pendapatan individu sebanyak RM27.05 bilion ketika itu. Nilai ini merangkumi lebih kurang 19% daripada jumlah kutipan cukai. Oleh itu, kutipan cukai pendapatan individu bagi tahun 2022 jelas meningkat dengan kenaikan sebanyak 45% berbanding kutipan bagi tahun taksiran 2021.

Menurut laporan penyata kewangan kerajaan 2021, kutipan cukai pendapatan individu bagi tahun itu jatuh RM11 bilion daripada tahun 2020 akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik COVID-19. Ia menyebabkan ramai pekerja dipotong gaji, terpaksa cuti tanpa gaji atau diberhentikan kerja seterusnya menjejaskan kutipan cukai melalui potongan cukai bulanan (PCB). 

 

Pembayar cukai pendapatan individu

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata LHDN menyasarkan kutipan cukai sebanyak RM139 bilion pada tahun 2022. Menurutnya, terdapat seramai tiga juta individu dan 400,000 perniagaan yang aktif membuat pembayaran cukai. 

Berdasarkan Newsletter oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020, terdapat sejumlah 2.78 juta bilangan isi rumah B40, 2.78 juta isi rumah M40 dan 1.33 juta isi rumah T20. 

Berdasarkan data tahun 2020 oleh Jabatan Perangkaan Negara.

Daripada jumlah 4.11 juta isi rumah M40 dan T20, boleh disimpulkan bahawa lebih 70% membuat pembayaran cukai pendapatan individu. Setakat tahun 2021, kumpulan M40 merangkumi 50% daripada 15 juta golongan pekerja, menjadikan golongan M40 kumpulan pembayar cukai terbesar

 

Sasaran LHDN tahun 2023

Bagi tahun 2023 pula, LHDN menyasarkan kutipan cukai sejumlah RM176.1 bilion. Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi, berkata pada bulan Mei, kutipan cukai menunjukkan tren positif dengan 20% peningkatan kutipan harian berbanding tahun 2022. 

Namun begitu, Cukai Pendapatan Petroleum yang merekodkan sumbangan sebanyak RM23.42 bilion bagi kutipan cukai 2022 dijangka akan berkurangan kepada RM18.24 bilion kerana harga petroleum mentah dunia yang merudum. 

Nizom juga berkata, setakat ini LHDN telah mengutip jumlah cukai lebih tinggi berbanding dalam masa yang sama tahun lalu. LHDN dilihat akan turut berjaya melepasi sasaran kutipan cukai bagi tahun 2023. 

 

Kutipan cukai pendapatan individu bagi tahun taksiran 2022 meningkat

Walaupun kutipan cukai pendapatan individu menunjukkan penurunan yang mendadak bagi tahun taksiran 2021 berbanding tahun 2020, ia telah meningkat semula bagi tahun 2022. Cukai pendapatan individu tahun 2022 merangkumi lebih 22% daripada jumlah kutipan cukai yang diterima LHDN. 

Menurut Nizom, kejayaan kutipan cukai oleh LHDN ini dapat dikaitkan dengan pendekatan A.E.S iaitu awareness (kesedaran), education (pendidikan) dan services (perkhidmatan). 


Rujukan:

1. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kutipan-cukai-tunjuk-trend-positif-yakin-sasaran-rm176-bilion-dapat-dicapai-lhdn-418926
2. https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/01/927688/lhdn-berjaya-pecah-rekod-kutipan-hasil-cukai
3. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/905299/lhdn-yakin-kutipan-cukai-akan-lebihi-sasaran-rm132-bilion
4. https://www.therakyatpost.com/trpbm/gaya-hidup/2023/05/31/t20-sumbang-85-cukai-pendapatan-peribadi-pada-tahun-2022-lhdn/
5. https://rnggt.com/202330254/
6. https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kutipan-cukai-individu-2021-jatuh-rm11-bilion-ketua-audit-negara/
7. https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202020/DOSM_BPHPP_3-2020_Siri_28.pdf
8. https://www.hmetro.com.my/utama/2022/09/885342/m40-pembayar-cukai-paling-ramai
9. https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2023/04/1094860/lhdn-sasar-kutipan-hasil-rm17614-bilion
10. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/05/30/t20-contributed-85-of-personal-income-tax-last-year-says-lhdn/

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 10 months ago