Adakah Malaysia Mengalami Kadar Inflasi pada Tahap yang Merisaukan?

Salah
Adakah Malaysia Mengalami Kadar Inflasi pada Tahap yang Merisaukan?

The Rakyat Post telah mengeluarkan sebuah artikel pada 21 Mei 2022, berkenaan harga roti canai yang semakin meningkat

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 14/06/2022 - Disunting : 14/06/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Adakah Malaysia Mengalami Kadar Inflasi pada Tahap yang Merisaukan?

The Rakyat Post telah mengeluarkan sebuah artikel pada 21 Mei 2022, berkenaan harga roti canai yang semakin meningkat. Artikel tersebut memaparkan sebuah tangkap layar dari laman media sosial Twitter, bertarikh 25 Ogos 2021, yang menyatakan harga roti canai telah meningkat sehingga RM2 sekeping di Kuala Lumpur, dan RM1.30 di kawasan Shah Alam, berbanding 80 sen sebelum pandemik COVID19. Ramai yang mengaitkan peningkatan harga makanan dengan kadar inflasi negara. Oleh itu, hantaran kali ini akan melihat sama ada Malaysia bakal menghadapi kadar inflasi pada tahap yang berbahaya atau tidak.

 

Indeks Harga Pengguna (IHP) merupakan perkara utama yang digunakan dalam mengukur kadar inflasi di Malaysia. Sehingga Mac 2022, IHP Malaysia berada di paras tertinggi dalam tempoh satu tahun iaitu pada 125.6%. Ia telah meningkat 2.2% dalam tempoh setahun, iaitu dengan kadar yang lebih tinggi berbading purata inflasi 1.9% bagi Januari 2011 hingga Mac 2022. Penyumbang utama bagi kenaikan ini adalah kenaikan IHP dalam kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol sebanyak 4% berbanding Mac 2021. Gambar rajah di bawah menunjukkan kategori ini mempunyai IHP tertinggi berbanding lain-lain kategori.

 

Inflasi mengikut kumpulan utama, Mac 2022 (Sumber: Jabatan Perdana Menteri, 2022)

 

IHP Makanan & Minuman Bukan Alkohol meningkat 2.2% dalam masa satu tahun (Sumber: Jabatan Perdana Menteri, 2022)

Salah satu punca kenaikan IHP ini adalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga makanan ternakan. Dedak ayam yang merupakan makanan utama bagi ayam telah meningkat sebanyak 20 sen sekilogram pada awal Mei daripada RM2.60 sebelum Aidilfitri. Peningkatan ini, bersama-sama kekurangan bekalan ayam, telah menyebabkan harga ayam mencecah sehingga RM12 sekilogram di sebuah pasar borong di Selangor. Kenaikan harga makanan ternakan turut dirasai oleh penternak lembu yang menghadapi kenaikan mendadak sebanyak RM13 bagi satu guni dedak seberat 50kg, berbanding RM27 sebelum itu. Keadaan ini sekaligus menyebabkan harga jualan seekor lembu naik dari RM4,000 hingga RM5,000 kepada RM5,500 bagi seekor lembu.

Pada masa yang sama, data oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan kadar inflasi di Malaysia telah menurun pada 2022 berbanding dengan suku tahun keempat 2021, dengan penurunan dari 3.2% pada Disember 2021 kepada 2.2% pada Mac 2022. Kadar inflasi tidak meningkat sejajar dengan IHP oleh kerana kawalan harga barangan mentah dan subsidi yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Antara subsidi yang diberikan adalah subsidi minyak petrol, serta ayam dan telur di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang akan berlangsung sehingga 5 Jun 2022. Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, mengesahkan bahawa pemberian subsidi mengekang kadar inflasi negara daripada terus melonjak. Beliau berkata subsidi oleh kerajaan dijangkakan akan mencecah sehingga RM71 billion pada tahun ini.

 

Kadar Inflasi Malaysia Berada di Paras yang Normal

Kadar inflasi yang berlaku di Malaysia adalah sebahagian daripada fenomena global yang dihadapi oleh banyak negara-negara lain. Amerika Syarikat menghadapi kadar inflasi sebanyak 8.5% pada Mac 2022, kadar tertinggi negara itu sejak tahun 1982. Ia hanya menunjukkan penurunan pertama sejak Ogos 2021, iaitu sebanyak 0.2% pada April. Zon Euro turut mengalami peningkatan kadar inflasi selama enam bulan berturut-turut, sehingga mencecah 7.5% pada bulan April. Setakat Mei 2022, kadar inflasi di Malaysia lebih rendah berbanding negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (8.3%) dan United Kingdom (9%), yang mempunyai kadar yang selaras dengan unjuran IMF selaku negara-negara maju.

 

Kadar inflasi di Malaysia masih terkawal dan dijangkakan akan berlegar sekitar 2.2% hingga 3.2% bagi tahun 2022

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan satu siaran media pada 23 April 2022 berkenaan nilai mata wang Ringgit Malaysia dan kadar inflasi. Dalam siaran tersebut, Kementerian Kewangan berkata kadar inflasi di Malaysia dijangkakan akan berlegar sekitar 2.2% hingga 3.2% bagi tahun 2022, dengan kadar terendah dalam kalangan negara-negara ASEAN. Kementerian Kewangan juga menerangkan bahawa pada masa ini, terdapat peningkatan harga barangan, terutamanya bagi makanan dan bahan api di seluruh dunia. Sehubungan itu, Kementerian Kewangan yakin bahawa program-program bantuan dalam bentuk subsidi dan dasar kawalan harga oleh kerajaan dapat membendung kadar inflasi yang tinggi di Malaysia.


Rujukan:

1. https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/5_Gallery/2_Media/4_Stats%40media/4-Press_Statement/2022/02.%20FEBRUARI/CPI%20JAN%202022.pdf
2. https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/harga-dedak-naik-lagi-penternak-terus-terhimpit/
3. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bekalan-terhad-harga-sekilo-ayam-segar-cecah-rm12-di-lembah-klang-362450
4. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenaikan-harga-dedak-beri-kesan-pada-harga-ternakan-355954
5. https://www.malaysianow.com/news/2022/05/27/subsidies-may-touch-rm71-billion-in-2022-inflation-contained-says-tengku-zafrul/
6. https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/02/926386/harga-makanan-lonjak-kadar-inflasi-malaysia
7. https://www.theguardian.com/business/2022/may/11/us-inflation-consumer-price-index-figures
8. https://www.cnbc.com/2022/04/29/inflation-latest-eurozone-breaks-another-record-in-april-2022.html#:~:text=Inflation%20in%20the%20euro%20zone%20has%20hit%20a%20record%20high,Europe's%20statistics%20office%20released%20Friday.
9. https://www.sinarharian.com.my/article/203800/BERITA/Nasional/Kadar-inflasi-rendah-kerana-ada-subsidi-kawalan-harga-barangan

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago