Adakah Manusia Hanya Mempunyai 5 Deria?

Salah
Adakah Manusia Hanya Mempunyai 5 Deria?

Aristotle telah memperkenalkan 5 deria manusia

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 27/07/2022 - Disunting : 27/07/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Adakah Manusia Hanya Mempunyai 5 Deria?

Sejak di bangku sekolah, kita diajar tentang deria manusia. 5 deria asas manusia telah dikenal pasti oleh Aristotle, seorang ahli falsafah zaman Yunani Kuno, di dalam bukunya ‘De Anima’. Deria-deria tersebut adalah sentuhan, penglihatan, pendengaran, bau dan rasa, yang masing-masing dikenal pasti oleh organ deria kulit, mata, telinga, hidung dan lidah. Persoalannya, adakah deria manusia terbatas kepada 5 deria ini sahaja?

 

Deria-deria lain yang dimiliki oleh manusia

Selain daripada 5 deria yang disebut di atas, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyenaraikan deria propriosepsi dan vestibular. Propriosepsi adalah deria rasa kedudukan otot dan sendi yang memberikan persepsi tentang kedudukan bahagian badan kita. Sebuah kajian mendapati gen PIEZO2 merangsang sel-sel untuk menghasilkan protein ‘mekanosensitif’. Deria mekano adalah kebolehan badan untuk mengesan daya yang dikenakan ke atas tubuh badan.

Deria vestibular, atau keseimbangan, dapat dikenal pasti oleh sistem vestibular yang berada di bahagian telinga dalam. Apabila kita memusingkan kepala, telinga dalam akan ikut serta pusing. Sistem ini mempunyai tiga saluran separa bulatan yang mengandungi cecair dan sel-sel rambut halus. Cecair di dalam saluran itu akan menolak sel rambut halus yang kemudiannya menghantar isyarat kepada otak. Deria vestibular membantu manusia untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan daya seimbang, dan membantu bayi untuk menegakkan kepalanya serta belajar berjalan.

Satu lagi deria lain adalah thermoception yang menggunakan pengesan haba (thermal sensors) untuk merasa haba di sekitar tubuh badan. Pengesan haba bukan sahaja terlibat dalam merasa suhu, tetapi juga menghasilkan tindak balas autonomi dan tingkah laku manusia terhadap persekitaran yang panas. Ada yang mempercayai manusia mempunyai deria selain thermoception untuk mengesan persekitaran yang sejuk.

Nociception pula merupakan deria manusia yang mengesan kesakitan. Neuron khas di dalam ganglia akar dorsal (DRG) dihantar ke kawasan kulit dan tisu lembut untuk mengesan isyarat-isyarat berupa kepanasan dan kesejukan melampau, serta mekanikal dan kimia, dan memberi amaran kepada tubuh badan tentang bahaya yang dihadapi.

 

Manusia mempunyai lebih daripada 5 deria

5 deria asas manusia yang diketahui ramai telah dikenal pasti sebagai deria tradisional. Namun begitu, melalui pelbagai penyelidikan dan kajian yang dilakukan, lebih banyak deria manusia telah ditemui. Saintis kini mengenal pasti 9 deria manusia seperti yang telah diperkenalkan dan diterangkan di atas. Kumpulan deria ini boleh dibahagikan lagi kepada 21 deria

 


Rujukan:

1. https://www.sensorytrust.org.uk/blog/how-many-senses-do-we-have
2. https://www.livescience.com/60752-human-senses.html#section-the-sense-of-space
3. https://www.livescience.com/56223-sixth-sense-genes.html
4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279394/
5. https://pathways.org/what-is-the-vestibular-sense/#:~:text=The%20vestibular%20sense%2C%20also%20known%20as%20the%20movement%2C%20gravity%20and,when%20we%20sit%20and%20stand.
6. https://link.springer.com/chapter/10.1007/978-1-4684-7697-2_8
7. https://www.sciencedirect.com/topics/neuroscience/nociception#:~:text=Nociception%20is%20the%20detection%20of,the%20body%20of%20potential%20dangers.
8. https://www.press.jhu.edu/newsroom/how-many-senses-do-we-have
9. https://www.psy.gla.ac.uk/~steve/best/senses.html

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago