Adakah Masa di Semenanjung Malaysia Telah Dipercepatkan?

Benar
Adakah Masa di Semenanjung Malaysia Telah Dipercepatkan?

Waktu Piawai Malaysia adalah melebihi 8 jam berbanding Waktu Universal Selaras

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 09/09/2022 - Disunting : 09/09/2022

Keputusan:Benar

Petition to

Adakah Masa di Semenanjung Malaysia Telah Dipercepatkan?

Waktu di seluruh dunia ditentukan berdasarkan longitud sesebuah negara yang diselaraskan dengan Waktu Universal Selaras (UTC) seperti yang boleh dilihat di dalam gambar di bawah. Umum sedia maklum bahawa Malaysia menggunakan UTC +8 untuk mengukur masanya. Namun begitu, apabila merujuk kepada peta masa, Malaysia sebenarnya berada di dalam dua zon masa yang berbeza, dengan Semenanjung Malaysia sepatutnya mengikut zon masa UTC +7. Adakah ini bermakna zon masa di Malaysia pada mulanya tidak serupa?

Sumber: timeandate

 

Pengenalan Waktu Piawai Malaysia

Zon masa Malaysia yang digunakan kini telah diselaraskan oleh Perdana Menteri ke-4 Dr Mahathir Mohamad pada malam terakhir tahun 1981. Melalui Akta Waktu Piawai Malaysia (1981), masa di Semenanjung Malaysia dipercepatkan 30 minit mengikut masa Sabah dan Sarawak pada 11.30pm 31 Disember 1981. Penyelarasan ini bukan sahaja dilakukan bagi memudahkan urusan rasmi dan pentadbiran ekonomi negara antara kedua-dua kawasan, tetapi juga mengambil kira negara ekonomi besar seperti Hong Kong dan Perth yang menggunakan zon masa UTC +8

Sebelum perubahan ini dilakukan, Dr Mahathir telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew mengenai rancangan ini. Singapura mengambil keputusan untuk turut sama menerima pakai perubahan ini atas dasar hubungan rapat antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara. Ia juga bertujuan untuk memudahkan urusan ahli perniagaan dan perantau di antara Malaysia dan Singapura. Perubahan waktu ini bermakna rakyat di Semenanjung Malaysia dan Singapura merayakan Perayaan Tahun Baru 1982 setengah jam lebih awal. 

Kredit gambar: Jisun Han/ Unsplash

 

Sejarah Perubahan Waktu di Tanah Melayu

Itu bukanlah kali pertama Semenanjung Malaysia atau Tanah Melayu mengalami perubahan masa. Semasa mula-mula waktu diperkenalkan di rantau ini, Tanah Melayu mengikut zon masa UTC +6.46 yang kemudiannya diubah menjadi UTC +6.55 mengikut Waktu Min Singapura dan digelar sebagai Waktu Min British Malaya. Selepas dibundarkan mengikut Zon Waktu Piawai, Tanah Melayu mengguna pakai UTC +7.00, yang kemudiannya ditambah menjadi UTC +7.30 selepas mengambil kira daylight savings time atau waktu jimat siang untuk memberikan lebih banyak masa lapang kepada pekerja selepas waktu bekerja. Malah, Tanah Melayu pernah mengikut Waktu Piawai Tokyo iaitu UTC +9.00 ketika zaman Pendudukan Jepun.

Kredit gambar: Louie Martinez/ Unsplash

Masa di Semenanjung Malaysia diselaraskan mengikut masa Sabah dan Sarawak

Pada malam tahun baru 1982, jutaan rakyat berkumpul untuk menyaksikan jam di menara Bangunan Sultan Abdul Samad dipercepatkan. Disebabkan oleh penyelarasan ini, Semenanjung Malaysia mengalami masa yang lebih ‘lewat’ berbanding negara lain seperti Thailand dan Indonesia yang menggunakan UTC +7.00. Waktu seragam bagi 10 negara-negara Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) sebenarnya pernah dicadangkan oleh Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong pada tahun 1995, tetapi ia belum dilaksanakan lagi

 


Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago