Adakah Papan Iklan Digital Berbahaya Bagi Pengguna Jalan Raya?

Benar
Adakah Papan Iklan Digital Berbahaya Bagi Pengguna Jalan Raya?

Ramai individu merasakan papan iklan digital terlalu terang terutamanya pada waktu malam

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 19/01/2023 - Disunting : 19/01/2023

Keputusan:Benar

Petition to

Adakah Papan Iklan Digital Berbahaya Bagi Pengguna Jalan Raya?

Semakin banyak papan iklan digital digunakan bagi menggantikan papan iklan tradisional.  Pada tahun 2018, Datul Aznil Hj Nawawi pernah mendakwa lampu LED papan iklan terlalu terang dan menyebabkan pemandu silau terutamanya pada waktu malam. Selain itu, pengguna Facebook, Ryan Ng, turut mengecam papan tanda LED di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang terlalu terang. Selain daripada menyebabkan silau, adakah papan iklan digital berbahaya bagi pengguna jalan raya?

 

Kecerahan papan iklan digital

Penulis Automotif, Paul Tan, menerusi bebenang di Twitter telah berkongsi ujikaji yang dijalankan olehnya terhadap kecerahan papan iklan digital di beberapa tempat iaitu di LDP (berhampiran stesen Kelana Jaya), Bangsar Village, Bangsar Shopping Centre, Lebuhraya Sprint (persimpangan Seksyen 17) dan Sheraton Petaling Jaya pada waktu malam.

Menurut Paul, kadar kecerahan maksimum bagi papan iklan digital di Malaysia telah ditetapkan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Memandangkan ujikaji dijalankan pada waktu malam dan terhadap papan iklan digital di kawasan yang mempunyai lampu jalan, kadar kecerahan maksimum yang dibenarkan adalah 300 cd/m2

Hasil ujikaji mendapati bahawa kecerahan kesemua papan tanda digital melepasi tahap maksimum sekiranya diukur dari jarak 1 meter seperti sepatutnya, dan bukan dari jarak 20-30 meter yang dilakukan. Paul yakin bahawa kesemua papan tanda tersebut adalah terlalu cerah dan tidak sepatutnya diizinkan untuk dipaparkan.

 

Gangguan terhadap pengguna jalan raya

Terdapat tiga komponen bagi gangguan terhadap pemandu iaitu gangguan visual (mata tidak memandang jalan raya), gangguan manual (tangan tidak memegang stereng) dan gangguan kognitif (minda memikirkan benda lain selain memandu). Pengguna jalan raya boleh terganggu sekiranya mempunyai dua atau ketiga-tiga komponen gangguan tersebut. Pada tahun 2018, di Amerika Syarikat, seramai 400,000 orang telah tercedera dan 2,800 terbunuh akibat pemandu yang terganggu.

Kajian mendapati bahawa kemalangan kenderaan boleh disebabkan oleh papan iklan biasa di tepi jalan yang mengganggu fokus pengguna jalan raya. Pada masa yang sama, papan iklan digital lebih mengganggu pemandu, seterusnya mendatangkan bahaya. Dua sebab utama yang menjadikan papan iklan digital lebih mengganggu adalah kecerahannya dan imejnya yang pantas berubah-ubah, atau penukaran dari satu iklan ke iklan yang lain. 

Papan iklan digital kelihatan terang pada waktu malam. Kredit gambar: Stevodisposable/ Unsplash

Di dalam sebuah kajian ke atas gangguan oleh papan iklan digital, 41 orang pemandu memandu sebuah kenderaan melepasi empat papan iklan digital. Kajian mendapati bahawa pemandu lebih lama memandang papan iklan digital berbanding papan tanda lain di tepi jalan, tidak kira ketika waktu siang atau malam.

Papan iklan digital mengganggu pemandu lebih lagi berbanding papan iklan tradisional. Di United Kingdom, data mendapati bahawa 40% daripada kemalangan jalan raya yang berlaku adalah kerana pemandu gagal melihat dengan betul. Maka, jelas bahawa kewujudan papan iklan digital adalah sebuah ancaman terhadap pengguna jalan raya.

 

Papan iklan digital boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya

Papan iklan digital jelas boleh mengganggu fokus pemandu seterusnya mendatangkan bahaya kepada mereka dalam bentuk kemalangan. Haji Jofri Jaraiee Pesuruhjaya III PAS berkata jika penggunaan telefon bimbit dilarang ketika memandu, apatah lagi penggunaan papan iklan yang boleh menyebabkan pemandu lalai dan mendatangkan risiko kemalangan lebih tinggi.

Papan iklan digital bukan sahaja mengganggu fokus pemandu, malah boleh mencetuskan reaksi terhadap individu yang sensitif dengan cahaya terang dan berkedip-kedip seperti individu dalam spektrum autisme dan mereka yang mengalami sawan. Malah, papan iklan digital yang dipasang di kawasan perumahan turut menyebabkan pencemaran cahaya dan mengganggu penduduk terutamanya ketika ingin tidur. 


Rujukan:

1. https://gempak.com/berita-terkini/buka-mulut-isu-papan-iklan-led-pak-nil-dapat-sokongan-netizen-12460
2. https://pandulaju.com.my/papan-iklan-led-cimb-cerah-sangat-di-ldp-macam-kena-high-beam/
3. https://www.belsky-weinberg-horowitz.com/do-digital-billboards-distract-drivers
4. https://www.diva-portal.org/smash/record.jsf?pid=diva2%3A759074&dswid=2636
5. https://adblockleeds.co.uk/2021/09/16/are-digital-billboards-more-dangerous-for-road-users-than-paper-ones/
6. https://www.scenic.org/wp-content/uploads/2019/09/eebdd.pdf
7. https://buletinonlines.net/v7/index.php/16030/
8. https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2019/02/22/bright-lights-of-contention/
9. https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2022/10/05/residents-may-bring-led-billboard-issue-to-state-level

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 1 year ago