Adakah Pemakaian Seragam Sekolah Membawa Kebaikan Kepada Murid-murid?

Benar
Adakah Pemakaian Seragam Sekolah Membawa Kebaikan Kepada Murid-murid?

Pemakaian seragam sekolah diwajibkan di sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 05/09/2022 - Disunting : 05/09/2022

Keputusan:Benar

Petition to

Adakah Pemakaian Seragam Sekolah Membawa Kebaikan Kepada Murid-murid?

Umum sedia maklum bahawa sekolah kerajaan di Malaysia mewajibkan pemakaian seragam sekolah bagi murid-muridnya. Apabila sekolah dibuka semula setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 3 Oktober 2021, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memberikan kelonggaran kepada murid-murid untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah jika pakaian mereka sudah tidak muat. Namun begitu, murid-murid diwajibkan memakai uniform sekolah kembali bermula 12 Jun 2022. Persoalannya, apakah kepentingan pemakaian seragam sekolah ini?

Selepas Radzi Jidin mengumumkan bahawa murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah semula, terdapat segelintir pihak yang mempersoalkan kepentingannya seperti yang dikongsi oleh Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan di laman Facebooknya. Rahmat mempercayai bahawa pemakaian seragam sekolah dapat menyelamatkan maruah murid-murid yang datang dari golongan B40 dan M40. Katanya lagi, pemakaian yang bebas boleh menyebabkan beban terhadap keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyediakan pelbagai stail pakaian. Orang ramai rata-rata bersetuju dengan kebaikan pakaian seragam sekolah yang diwajibkan. 

 

Kajian ke atas pemakaian seragam sekolah

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti kepentingan uniform sekolah terhadap murid-murid. Satu tinjauan yang dijalankan di Nevada, Amerika Syarikat ke atas sekolah yang baru mengenakan pemakaian seragam sekolah mendapati walaupun 90% murid-murid tidak gemar terhadapnya, tetapi ia dilihat membawa kebaikan. Antara kebaikan memakai pakaian seragam adalah mengurangkan masalah disiplin, mengurangkan penglibatan murid di dalam geng dan membuli, serta meningkatkan keselamatan dan keyakinan diri murid-murid. 

Laporan polis berkaitan murid-murid sekolah juga menurun sebanyak 63% selepas setahun pengenalan polisi uniform sekolah. Perkara ini disokong oleh dapatan kajian lain bahawa guru menyedari kadar kemunculan geng dalam kalangan murid-murid yang lebih rendah. Pasa masa yang sama, murid-murid Latino dan murid-murid perempuan merasakan mereka lebih menerima kebaikan memakai uniform berbanding murid-murid Kaukasia dan lelaki.

Kredit gambar: Ron Lach/ Pexels

Kebaikan pemakaian seragam sekolah terhadap pembelajaran murid-murid turut dikaji melalui kajian ke atas 39 negara. Ia mendapati polisi pakaian seragam sekolah memberikan tahap disiplin yang lebih tinggi, terutamanya di negara-negara Asia Timur. Selain itu, murid-murid dengan prestasi pembelajaran tertinggi mempunyai tahap disiplin tertinggi. Negara yang mewajibkan pemakaian pakaian seragam mempunyai murid-murid yang mendengar dengan lebih baik, kadar bising yang rendah dan masa menunggu guru yang rendah. Dalam sebuah kajian lain ke atas sekolah-sekolah di kawasan barat daya Amerika, polisi pakaian seragam sekolah didapati memberi kesan positif ke atas kehadiran pelajar di sekolah menengah dan mengekalkan guru-guru di sekolah rendah, yang menunjukkan ia berkaitan dengan disiplin pelajar.

 

Pemakaian seragam sekolah membawa kebaikan kepada murid-murid

Berdasarkan kajian yang dilakukan, jelas bahawa terdapat kebaikan dalam mewajibkan murid-murid memakai pakaian seragam sekolah, walaupun jika murid-murid tidak menggemarinya. Perkongsian di media sosial juga menunjukkan bahawa kebanyakkan ibu bapa lebih selesa dengan polisi pemakaian uniform sekolah. Dari segi sosiologi, sememangnya penggunaan uniform setiap organisasi dilihat dapat menyingkirkan konflik status antara ahli-ahli uniform

 


Rujukan:

1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/863053/boleh-hadir-ke-sekolah-tanpa-pakaian-seragam
2. https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1080/15388220.2012.706873
3. https://journals.sagepub.com/doi/abs/10.1177/0013124503255002
4. https://www.unr.edu/nevada-today/news/2013/school-uniform-study
5. https://www.emerald.com/insight/content/doi/10.1108/IJEM-09-2015-0118/full/html
6. https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0094119011000611
7. https://www.journals.uchicago.edu/doi/epdf/10.1086/225197v

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago