Adakah Penggunaan Dua Skrin Monitor Meningkatkan Produktiviti? 

Benar
Adakah Penggunaan Dua Skrin Monitor Meningkatkan Produktiviti? 

Ramai orang mula menggunakan konfigurasi dua monitor bagi melakukan kerja-kerja mereka

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 01/09/2022 - Disunting : 01/09/2022

Keputusan:Benar

Petition to

Adakah Penggunaan Dua Skrin Monitor Meningkatkan Produktiviti? 

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi keratan artikel yang menerangkan bahawa penggunaan dua monitor akan meningkatkan produktiviti pengguna. Rata-rata pengguna yang lain bersetuju bahawa penggunaan dua monitor banyak membantu dalam kerja dan meningkatkan tahap produktiviti mereka. Hantaran hari ini akan semak sama ada perkara ini benar atau tidak.

 

Kajian penggunaan dua skrin monitor

Berdasarkan sebuah kajian oleh Jon Peddie Research terhadap lebih 1,000 orang pengguna, penggunaan lebih daripada satu monitor dapat meningkatkan produktiviti seseorang sebanyak 42%. Antara pengguna yang mendapati peningkatan produktiviti ini adalah pengurus produk, pembangunan dan pemasaran serta ahli profesional dan penganalisa kajian yang menggunakan komputer untuk menjalankan simulasi atau bermain permainan elektronik. Laporan oleh Dell mendapati produktiviti untuk tugasan berasaskan penulisan meningkat sebanyak 44%, manakala tugasan berasaskan spreadsheet meningkat 29% apabila menggunakan dua monitor

Penggunaan skrin kedua juga mengurangkan keperluan seseorang untuk sentiasa menukar antara aplikasi. Sebagai contoh, seorang penulis fakta perlu menukar antara aplikasi untuk membuat rujukan sewaktu menulis. Di dalam sebuah tinjauan ke atas 17,000 orang pekerja dalam bidang ilmu pengetahuan, 56% daripada mereka melaporkan bahawa keperluan untuk menukar antara aplikasi menyukarkan mereka untuk menyelesaikan tugas yang mustahak. Malah, 68% melaporkan bahawa mereka mengambil masa keseluruhan 30 minit sehari hanya untuk penukaran aplikasi. 

Antara konfigurasi dua monitor yang boleh diguna pakai. Kredit gambar: Kirill Martynov/ Unsplash

Sebuah kajian lain mendapati bahawa pengguna dua monitor menukar antara aplikasi 15% kurang berbanding pengguna satu monitor. Skrin kedua membantu mereka untuk melihat dan membandingkan lebih banyak maklumat pada masa yang sama. Oleh itu, pengguna dua skrin dapat menyiapkan tugasan dengan lebih cepat dan tepat, seterusnya meningkatkan kecekapan mereka sebanyak 18% berbanding mereka yang hanya menggunakan satu monitor. 

 

Kelebihan menggunakan dua skrin monitor

Sememangnya menggunakan dua skrin monitor memberi banyak kelebihan kepada pengguna. Penggunaan dua monitor memberikan pengguna resolution multiplier yang tidak dapat dicapai dengan menggunakan sebuah skrin besar. Hal ini bermakna pengguna dapat merujuk kepada dua skrin pada masa yang sama dan menerima lebih banyak maklumat dalam masa yang sama. Di samping itu, meletakkan salah satu monitor dalam mode potrait dapat meningkatkan produktiviti dengan mengurangkan keperluan pengguna untuk menatal tetikus atau scrolling. Skrin kedua juga amat berguna ketika mesyuarat dalam talian seperti melalui Zoom atau Google Meet, terutamanya jika seseorang perlu memaparkan skrinnya bagi tujuan pembentangan. 

 

Penggunaan dua skrin monitor meningkatkan produktiviti seseorang

Jelas bahawa mereka yang menggunakan dua skrin mempunyai kecekapan dan tahap produktiviti yang lebih tinggi. 91% pengguna yang telah menggunakan konfigurasi dua skrin lebih berpuas hati dengannya berbanding menggunakan konfigurasi satu skrin. Pengguna juga lebih gemar menggunakan dua monitor yang lebih kecil berbanding satu monitor bersaiz besar. Mungkin ini adalah salah satu langkah yang boleh diambil oleh majikan dalam meningkatkan produktiviti pekerja. 

 


Rujukan:

1. https://www.jonpeddie.com/press-releases/jon-peddie-research-multiple-displays-can-increase-productivity-by-42/
2. https://copperbandtech.com/5-reasons-you-should-consider-a-2-monitor-setup/
3. https://slack.com/blog/transformation/the-app-era-is-here
4. https://i.dell.com/sites/doccontent/shared-content/data-sheets/en/Documents/Dual_Monitors_Boost_your_productivity.pdf
5. https://quantumpc.com/two-monitors-better-productivity/

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago