Adakah Penggunaan Wearable Air Purifier atau Rantai Pembersih Udara Berkesan?

Salah
Adakah Penggunaan Wearable Air Purifier atau Rantai Pembersih Udara Berkesan?

Rantai pembersih udara telah menjadi popular semenjak pandemik COVID-19

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 18/07/2022 - Disunting : 18/07/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Adakah Penggunaan Wearable Air Purifier atau Rantai Pembersih Udara Berkesan?

Penapis udara merupakan sebuah alat yang berfungsi untuk menghilangkan pencemaran udara dalam sesebuah ruang. Semenjak pandemik COVID-19, makin ramai orang yang menggunakan penapis udara untuk mencegah penularan virus tersebut. Pada masa yang sama, wearable air purifier atau rantai pembersih udara turut menjadi popular, malah digunakan oleh Presiden Filipina Rodrigo Duterte.

Secara umumnya, penapis udara berfungsi membersihkan udara sekitar dengan menarik kotoran dari udara ke dalamnya. Walaupun penapis udara berkesan dalam mengurangkan pencemaran udara, rantai pembersih udara yang dipakai berkemungkinan akan menarik bahan cemar dalam udara menghampiri seseorang. Perkara ini kemudiannya mencemarkan pakaian dan kulit pengguna, serta menyebabkan dia menyedut lebih banyak bahan cemar. Jabatan Kesihatan Filipina menegaskan bahawa tiada sebarang bukti ke atas keberkesanan rantai pembersih udara serta ia tidak berkesan terhadap pencegahan virus COVID-19.

Dalam satu kajian, 3 daripada 4 rantai pembersih udara yang diuji didapati hanya menghilangkan 10 peratus partikel bahan cemar yang berada dalam lingkungan 20cm daripadanya. Memandangkan kajian tersebut dijalankan di dalam sebuah kamar khas, para penyelidik merasakan bahawa rantai pembersih udara berfungsi dengan lebih teruk dalam situasi dunia sebenar. Sesetengah rantai pembersih udara juga mungkin tidak berfungsi sama sekali dalam menghilangkan pencemaran udara.

 

Risiko penggunaan rantai pembersih udara

Rantai pembersih udara yang menggunakan proses pengionan berkemungkinan meningkatkan kandungan bahan kimia ozon di sekitar kawasan kepala pengguna. Ozon boleh berinteraksi dengan bahan kimia terpena yang terkandung di dalam produk kebersihan dan wangian. Interaksi ini boleh menghasilkan bahan kimia berbahaya seperti formaldehid. Selain itu, terdapat juga rantai pembersih udara yang menggunakan kaedah pelepasan ion negatif yang akan meneutralkan ion positif. Walau bagaimanapun, menurut Institute of Clinical Epidemiology, University of the Philippines National Institutes of Health, ion negatif tersebut boleh berinteraksi dengan molekul udara lain dan turut menghasilkan ozon.

Menurut Food and Drug Administration (FDA), had ozon yang dibenarkan dalam alatan perubatan adalah 0.05 ppm (“parts per million” atau bahagian/juta). Ozon mempunyai fungsi untuk mengurangkan pencemaran udara tetapi pada kadar yang lebih tinggi berbanding had yang dianggap selamat untuk seseorang. Sesetengah syarikat penapis udara mendakwa bahawa ozon yang dihasilkan oleh penapis udara adalah berbeza dengan ozon di dalam asap, walhal kedua-duanya adalah serupa. Pendedahan kepada ozon boleh menyebabkan asma, meningkatkan risiko kematian akibat penyakit pernafasan, dan turut menyebabkan kerosakan otak tikus pada kadar pendedahan yang rendah.

 

Penggunaan rantai pembersih udara tidak berkesan dan berisiko

Rantai pembersih udara hanya mengurangkan pencemaran udara dalam kadar yang rendah. Pada masa yang sama, terdapat jenis rantai pembersih udara yang boleh menghasilkan ozon yang berbahaya kepada kesihatan pengguna. Tambahan lagi, tiada bukti bahawa ia berkesan terhadap pencegahan virus COVID-19. Pengguna harus memilih alatan yang sesuai untuk mengurangkan pendedahan terhadap bahan cemar di dalam udara. Dr Mohd. Izzar Anwari, Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Kawalan Pesakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, menyatakan bahawa alat penapis udara terbaik adalah yang menggunakan penapis jenis High Efficiency Particulate Air (HEPA).


Rujukan:

1. https://newsinfo.inquirer.net/1474897/as-wearable-air-purifiers-grow-popular-science-cant-show-proof-it-works-vs-covid
2. https://www.digitaltrends.com/home/wearable-air-purifiers-guide/
3. https://www.aosmith.com.ph/blog/doh-necklace-air-purifiers-not-effective-against-covid-19
4. https://smartairfilters.com/en/blog/personal-necklace-air-purifier-review/
5. https://www.tandfonline.com/doi/pdf/10.1080/02786826.2016.1139045
6. https://www.aosmith.com.ph/blog/doh-necklace-air-purifiers-not-effective-against-covid-19
7. https://www.epa.gov/indoor-air-quality-iaq/what-are-ionizers-and-other-ozone-generating-air-cleaners
8. http://physicsbuzz.physicscentral.com/2016/05/the-fresh-air-buddy-understanding-ozone.html
9. https://www.tandfonline.com/doi/pdf/10.1080/02786826.2016.1139045
10. https://m.sinarharian.com.my/mobile-article

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 5 months ago