Adakah Penyakit Cacar Monyet Hanya Menjangkiti Golongan Homoseksual?

Salah
Adakah Penyakit Cacar Monyet Hanya Menjangkiti Golongan Homoseksual?

Wabak cacar monyet atau lebih dikenali sebagai ‘monkeypox’ mulai tercetus dan dilaporkan pada 13 Mei 2022 oleh beberapa negara yang tidak endemik terhadap wabak itu

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 10/06/2022 - Disunting : 10/06/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Adakah Penyakit Cacar Monyet Hanya Menjangkiti Golongan Homoseksual?

Wabak cacar monyet atau lebih dikenali sebagai ‘monkeypox’ mulai tercetus dan dilaporkan pada 13 Mei 2022 oleh beberapa negara yang tidak endemik terhadap wabak itu. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan bahawa penyakit itu banyak menjangkiti lelaki homoseksual dan biseksual yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan seksual. Namun, benarkah wabak cacar monyet hanya menjangkiti golongan tersebut?

Di dalam laporan oleh NBC News, ketua bahagian kecemasan WHO, Dr. David Heymann, mempercayai bahawa wabak cacar monyet mulai menular melalui hubungan seksual yang berlaku antara lelaki homoseksual dan biseksual di dua festival LGBT yang diadakan di Sepanyol dan Belgium. Perkara ini menerangkan mengapa ramai individu yang dijangkiti berasal daripada golongan homoseksual dan biseksual. Hasil carian di laman media sosial Twitter menggunakan kata kunci ‘monkeypox’, ‘homosexual’, ‘gay’ serta ‘LGBT’, menunjukkan yang ramai individu mengaitkan penyakit cacar monyet hanya dengan golongan homoseksual.

Salah satunya adalah ciapan di akaun Twitter RightWingWatch, di mana seorang doktor mengaitkan wabak cacar monyet dengan kepentingan mewujudkan undang-undang anti golongan homoseksual. Terdapat juga akaun yang berkongsi peta negara di mana wabak cacar monyet telah menular dan membandingkannya dengan peta negara yang menghalang diskriminasi terhadap golongan LGBT. Namun begitu, peta yang dikongsi pada 22 Mei 2022 itu boleh dinafikan kerana terdapat beberapa negara yang tiada sebarang jangkitan tetapi turut dipaparkan sebagai mengalami jangkitan. Sebagai contoh, sehingga 25 Mei, Kementerian Kesihatan New Zealand melaporkan tiada sebarang jangkitan cacar monyet di negara itu. Brazil pula baru sahaja melaporkan kes yang disyaki pada 30 Mei.

Peta negara yang didakwa dijangkiti wabak cacar monyet

 

Peta negara yang didakwa melarang diskriminasi terhadap golongan LGBT (Ungu – tidak melarang; Maroon – melarang)

 

Wabak cacar monyet tidak hanya berjangkit melalui hubungan seksual seperti yang dipercayai sesetengah individu. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), virus ini boleh berjangkit melalui sentuhan cairan dari badan atau kudis dari orang yang dijangkiti. Ia juga boleh tersebar melalui kumuhan pernafasan jika seseorang bersemuka dengan individu yang dijangkiti dalam tempoh masa yang lama. Malah, ia juga boleh berjangkit tanpa sebarang sentuhan secara langsung, tetapi melalui barang-barang yang telah dipegang dan terkena cairan dari luka individu yang dijangkiti.

 

Wabak Cacar Monyet Tidak Eksklusif kepada Golongan Homoseksual

Walaupun wabak ini kelihatannya banyak tersebar dalam kalangan golongan homoseksual dan biseksual, WHO sendiri menjelaskan yang ia tidak hanya berlaku dalam kalangan mereka. Seorang pakar penyakit berjangkit, Dr. Boghuma Titanji, menegaskan virus berjangkit senang membiak di dalam waktu dan keadaan yang tertentu, seperti yang mungkin terjadi di festival-festival yang dikatakan. Virus berjangkit boleh tersebar melalui kontak rapat di tempat yang sesak dan melalui sentuhan fizikal seperti ketika hubungan seksual. Oleh yang demikian, jelas bahawa wabak cacar monyet bukanlah suatu penyakit kelamin yang hanya menjangkiti golongan tertentu, tetapi boleh menjangkiti sesiapa sahaja dalam keadaan yang membolehkan wabak itu menular.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bahawa jangkitan cacar monyet antara manusia adalah terhad. Kadar keberjangkitan virus ini ke Malaysia adalah rendah sekiranya tiada individu yang mempunyai kontak rapat atau langsung dengan pesakit. Walau bagaimanapun, Malaysia akan mengikut rapat keadaan ini dan turut mengaktifkan semula aplikasi MySejahtera untuk menjejak sebarang jangkitan cacar monyet di Malaysia.


Rujukan:

1. https://www.who.int/emergencies/disease-outbreak-news/item/2022-DON385
2. https://brazilian.report/liveblog/2022/05/30/first-suspected-monkeypox-case/
3. https://www.ebar.com/index.php?id=315859
4. https://www.therakyatpost.com/news/malaysia/2022/05/22/monkeypox-malaysians-fear-another-pandemic-health-dg-says-no-need-to-panic/
5. https://www.therakyatpost.com/news/2022/05/27/mysejahtera-is-reactivated-to-track-monkeypox-as-precautionary-measure/

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago