Adakah Sistem Meritokrasi Bagi Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Lebih Menguntungkan Golongan Minoriti Berbanding Sistem Kuota?

Salah
Adakah Sistem Meritokrasi Bagi Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Lebih Menguntungkan Golongan Minoriti Berbanding Sistem Kuota?

Kemasukan pelajar ke IPTA kini ditentukan berdasarkan sistem meritokrasi

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 27/09/2022 - Disunting : 27/09/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Adakah Sistem Meritokrasi Bagi Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Lebih Menguntungkan Golongan Minoriti Berbanding Sistem Kuota?

Pengambilan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui sistem UPU telah menggunakan prinsip meritokrasi sejak tahun 2006. Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), prinsip meritokrasi yang dijalankan adalah mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Melalui kaedah ini, semua calon dengan merit tertinggi layak mendapatkan tempat di IPTA tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal.

Melalui sistem ini, pengambilan pelajar ke IPTA dilihat lebih adil dan tidak memberi sebarang hak keistimewaan kepada Bumiputera. Sebelum berubah ke kaedah meritokrasi, sistem kuota iaitu sebahagian daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digunakan dengan pembahagian 55% bagi Bumiputera, 35% kaum Cina dan 10% kaum India.

Kredit gambar: Green Chameleon/ Unsplash

Penggunaan sistem meritokrasi menggunakan 90% markah akademik dan 10% lagi markah kokurikulum. Ia adalah selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat. Melalui sistem ini, merit diambil kira tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, dan sebagainya. Persoalannya, adakah sistem meritokrasi lebih efektif berbanding sistem kuota?

 

Kritikan terhadap sistem meritokrasi
Menurut bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sistem meritokrasi sebenarnya hanya menjamin tempat di IPTA bagi golongan berduit. Di dalam sebuah artikel oleh Ekonomi Rakyat, dikatakan pelajar berpendapatan rendah perlu bersaing dengan pelajar kaya yang mempunyai akses kepada kualiti pendidikan yang lebih tinggi dan kemudahan lain.

Kredit gambar: Nishaan Ahmed/ Unsplash

Sebuah kajian ke atas sistem meritokrasi yang dijalankan ke atas pelajar semester 1 sesi 2004/2005 Universiti Utara Malaysia (UUM) mendapati bahawa sememangnya pelajar dari latar belakang sosio-ekonomi rendah kurang mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di IPTA. Hal ini adalah kerana pelajar dari keluarga sosio-ekonomi tinggi mempunyai gred yang lebih tinggi melalui persekitaran pembelajaran mereka.

 

Sistem meritokrasi menurunkan kuota pelajar bukan Bumiputera
Dalam kajian yang sama, didapati seramai 67.6% daripada responden adalah pelajar berbangsa Melayu, 21.4% Cina, 4.2% India dan 4.2% lain-lain etnik Bumiputera. Perkara ini menunjukkan bahawa tanpa sistem kuota, lebih 70% daripada pelajar semester 1 UUM ketika itu adalah dalam kalangan Bumiputera. Malah, sejak sistem meritokrasi digunakan kemasukan pelajar India ke IPTA semakin merosot. Datuk Jaspal Singh, senator MIC, berpendapat bahawa sistem kuota perlu digunapakai semula bagi menjamin kuota pelajar India sebanyak 10%.

Perkara ini juga sama bagi kaum Cina yang melihat kemasukan ke IPTA semakin merosot dengan hanya 19% daripada pelajar IPTA berbangsa Cina, berbanding dengan kuota 35% sebelum itu. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata ia disebabkan oleh ketidakadilan dalam membandingkan keputusan matrikulasi dan gred Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Kedua-duanya tidak seharusnya dibandingkan bersama kerana menggunakan sistem dan prosedur penilaian yang berbeza, dengan matrikulasi mempunyai kerja kursus 30% manakala STPM diiktiraf oleh Cambridge Local Examinations Syndicate.

 

Sistem meritokrasi harus dijalankan bersama sistem lain bagi menjamin kemasukan ke IPTA yang lebih telus

Ternyata bahawa sistem meritokrasi mungkin memberi penyelesaian yang berat sebelah terutamanya kepada pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan tinggi. Penyelidik UUM telah mencadangkan supaya pelajar diukur dari segi kecemerlangan serta tahap sosio-ekonomi mereka untuk menentukan kemasukannya ke IPTA. Malah, ketika sistem meritokrasi mula-mula diperkenalkan, Kit Siang telah mencadangkan supaya kemasukan ke pra-universiti dikategorikan berdasarkan 75% merit dan 25% pelajar dengan tahap sosio-ekonomi rendah.


Rujukan:

1. https://afterschool.my/bm/berita/kaedah-meritokrasi-tentukan-nasib-pemohon-upu
2. https://www.malaysiakini.com/opinions/22225
3. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/08/369612/kerajaan-tolak-sistem-meritokrasi-sepenuhnya
4. https://ekonomirakyat.com.my/meritokrasi-menghukum-kanak-kanak-dari-keluarga-susah/
5. https://www.researchgate.net/publication/327435662_Meritokrasi_Faktor_sosio_ekonomi_dan_peluang_pendidikan_tinggi
6. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mic-mahu-sistem-kuota-diadakan-semula-19277
7. https://www.roketkini.com/2013/07/24/rupa-rupanya-meritokrasi-kerajaan-bn-kurangkan-kuota-bukan-melayu/

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago