Benarkah Bola Sepak Wujud Daripada Peristiwa Karbala?

Salah
Benarkah Bola Sepak Wujud Daripada Peristiwa Karbala?

Ada pihak yang mendakwa bola sepak wujud daripada Peristiwa Karbala

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 06/10/2022 - Disunting : 06/10/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Benarkah Bola Sepak Wujud Daripada Peristiwa Karbala?

Sebuah ciapan Twitter seperti berikut telah tular di media sosial. Ada pihak yang mengatakan asal-usul bola sepak adalah daripada kejadian pemenggalan Saidina Hussein, cucu kepada Rasulullah SAW, di Karbala. Mari kita semak jika dakwaan ini benar.

 

Sejarah pembunuhan Saidina Hussein

Kematian Saidina Hussein berlaku ketika peperangan yang digelar sebagai Peristiwa Karbala pada 10 Muharam 61 Hijrah, bersamaan dengan 10 Oktober 680 Masihi. Ia merupakan pertempuran antara tentera Bani Ummaiyyah dan keluarga keturunan Saidina Ali bin Abu Thalib yang berlaku akibat Muawiyyah yang tidak memegang kepada janjinya dengan Saidina Hassan, abang kepada Saidina Hussein. Kepala Saidina Hussein kemudiannya diserahkan kepada gabenor Basrah Ubaidillah bin Ziyad. Tiada disebut tentang ia dijadikan sebagai bola sepak. 

 

Sejarah bola sepak dunia

Permainan bola sepak telah dikenal pasti lebih awal lagi iaitu sekitar dua dan tiga abad sebelum masihi di China. Digelar sebagai cuju (disebut tsu-chu), ia menggunakan sebuah bola di atas kawasan segi empat. Ia kemudian telah dibawa ke Jepun dan dikenali sebagai kemari yang dimainkan sebahagian daripada bentuk istiadat ketika zaman pemerintahan Asuka. Lebih 3,000 tahun dahulu, permainan bola ōllamalitzli atau tlachtli (merujuk kepada gelanggang bola) juga telah dimainkan oleh masyarakat Aztec menggunakan batu. 

Gambar permainan kemari di Jepun. Kredit gambar: Akisato Rito

Bola sepak moden yang dimainkan pada masa kini berasal dari Britain sekitar kurun ke-19. Ia telah diperkenalkan ke Mesir pada hujung kurun ke-19 oleh masyarakat British yang berhijrah ke sana. Pada tahun 1920, kumpulan bola sepak Mesir telah menyertai sukan Olimpik sebagai negara Timur Tengah pertama. Permainan menendang bola juga popular pada zaman kuno Rome dan telah dibawa oleh tentera Legions di kawasan-kawasan Timur Tengah ketika penaklukannya. 

 

Asal-usul bola sepak bukan dari Peristiwa Karbala

Dakwaan yang dibuat oleh sesetengah pihak berkenaan asal-usul bola sepak adalah salah sama sekali. Bola sepak moden hanya wujud pada kurun ke-19 dan tiada kaitan dengan mana-mana negara Arab, apatah lagi dengan Peristiwa Karbala. Penerangan lebih lanjut mengenai Peristiwa Karbala oleh Datuk Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin (Dr MAZA) boleh dilihat melalui video di sini. Dr MAZA turut berkata, “Wallahualam, rasanya tak sampai macam tu,” berkenaan kepala Saidina Hussein diperbuat seperti yang didakwa. 


Rujukan:

1. https://www.thepatriots.asia/kisah-kepala-saidina-hussien-dipenggal-apa-yang-berlaku-di-karbala/
2. https://www.footballhistory.org/
3. https://www.britannica.com/sports/football-soccer
4. https://www.researchgate.net/publication/262898876_Soccer_in_the_Middle_East_An_introduction
5. https://bleacherreport.com/articles/117189-history-of-football-part-2-the-aztec-and-the-oriental-version-of-the-game
6. https://www.facebook.com/promediatajdid/videos/758359902045133/

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 months ago