Benarkah Boleh Park Kereta di Petak Khas Pada Waktu Tertentu?

Benar
Benarkah Boleh Park Kereta di Petak Khas Pada Waktu Tertentu?

Petak meletak kenderaan berwarna merah adalah petak yang disewakan kepada pemilik perniagaan

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 02/02/2023 - Disunting : 02/02/2023

Keputusan:Benar

Petition to

Benarkah Boleh Park Kereta di Petak Khas Pada Waktu Tertentu?

Sudah tentu ramai orang pernah menghadapi situasi di mana petak letak kenderaan rata-rata penuh, tetapi apabila anda ternampak petak yang kosong rupa-rupanya ia adalah Petak Khas (petak berwarna merah). Pernahkah anda terfikir jika and boleh meletak kenderaan di Petak Khas ataupun tidak?

Contoh Petak Khas letak kenderaan yang disewakan kepada pemilik perniagaan. Kredit gambar: MBSJ MPP ZON 3/ Facebook

 

Petak Khas atau Sewaan Khas

Tempat meletak kenderaan yang dicat warna merah sebenarnya adalah Petak Khas yang telah disewakan kepada pemilik perniagaan, kebiasaannya bagi petak yang terletak di hadapan kedainya. Secara umumnya, Petak Khas tersebut hanya boleh digunakan oleh penyewa dan boleh menjadi kesalahan jika orang lain menggunakannya. 

Memandangkan penyewaan bagi Petak Khas terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kadar sewaannya berbeza mengikut setiap PBT. Sebagai contoh, di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kadar sewa bagi sebulan adalah RM400 bagi premis makanan dan RM200 bagi bengkel, manakala di Ipoh kadar sewa hanyalah RM150 sebulan.

Peruntukan Petak Khas yang terletak di bawah bidang kuasa PBT juga menjadikan setiap kawasan mempunyai waktu operasi, iaitu waktu yang dibenarkan untuk penyewa meletakkan kenderaan, yang berbeza. Berikut merupakan antara waktu operasi Petak Khas seperti yang tertera di dalam borang permohonan:

 

Kesalahan berkenaan Petak Khas

Kini, sudah jelas bahawa Petak Khas boleh digunakan oleh orang awam di luar waktu operasi mengikut PBT. Jika penyewa menghalang orang awam daripada menggunakan tempat letak kenderaan tersebut di luar waktu operasi, laporan boleh dibuat kepada PBT. Penyewa boleh dikenakan saman kompaun mengikut kadar PBT, contohnya sebanyak RM80 di Subang Jaya, dan RM100 atau RM4,000 di Kuala Lumpur. 

Meletakkan sesuatu benda untuk menghalang orang awam daripada menggunakan tempat letak kenderaan juga menjadi satu kesalahan. Di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Seksyen 46, sesiapa yang menyebabkan suatu halangan boleh ditangkap tanpa waran dan boleh didenda tidak melebihi RM500 bagi kesalahan pertama, dan tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan kedua. 

Azmi Abdul Hamid, dahulunya pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan di DBKL, berkata DBKL telah menerima banyak aduan tentang Petak Khas yang diletakkan penghadang pada luar waktu operasi. Bagi kesalahan ini, DBKL akan mengeluarkan notis amaran, sebelum menghalang penyewa daripada memperbaharui sewa Petak Khas. Menurutnya lagi, orang awam yang meletakkan kenderaan ketika waktu operasi akan ditunda kenderaannya. 

Ketika lawatan ke SS21 Damansara Uptown pada 2019, pihak MBPJ telah mendapati sebuah kedai yang memalsukan tempat letak kereta khas. Pemilik perniagaan diminta untuk membayar sewaan atau akan dikenakan tindakan serius seperti pembatalan lesen perniagaan. Penolong Perbendaharaan Harta MBPJ ketika itu, Zay Iskandar berkata PBT mempunyai rekod setiap tempat letak kenderaan yang disewa sebagai Petak Khas. 

 

Orang awam boleh menggunakan Petak Khas selepas waktu operasi

Kini, anda sudah tahu bahawa Petak Khas tidaklah menjadi hak mutlak penyewa. Polis DiRaja Malaysia juga pernah menyatakan di Facebook bahawa lot Petak Khas hanya sah sepanjang tempoh perniagaan sahaja. Tidak perlu risau lagi dikenakan tindakan jika ingin meletak kenderaan di Petak Khas di luar waktu operasi. Namun begitu, memandangkan waktu operasi berbeza-beza mengikut PBT, pastikan anda menyemak terlebih dahulu. Penulis juga merasakan adalah lebih baik jika setiap PBT meletakkan notis berkenaan Petak Khas di setiap tempat letak kenderaan. 


Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 1 year ago