Benarkah Jumlah Undi Popular Dan Jumlah Kerusi Di Parlimen Malaysia Tidak Seimbang?

Benar
Benarkah Jumlah Undi Popular Dan Jumlah Kerusi Di Parlimen Malaysia Tidak Seimbang?

Jumlah undi di kesemua konstituen Parlimen yang diterima oleh sesebuah parti bertanding dikenali sebagai undi popular

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 16/11/2022 - Disunting : 16/11/2022

Keputusan:Benar

Petition to

Benarkah Jumlah Undi Popular Dan Jumlah Kerusi Di Parlimen Malaysia Tidak Seimbang?

Undi popular merupakan jumlah undi Parlimen yang diterima oleh sesebuah parti politik. Ia sering dipelopori oleh parti kerajaan, Barisan Nasional (BN). Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, buat pertama kalinya pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR), telah mendapat undi popular tertinggi. Namun begitu, PR masih tidak berjaya memegang tampuk pemerintahan negara kerana memenangi jumlah kerusi kurang berbanding BN. Pada PRU ke-14, Pakatan Harapan yang berjaya menjadi kerajaan memenangi undi popular tertinggi.

 

Pilihan Raya Umum ke-13

Pada PRU ke-13, walaupun PR menerima jumlah undi popular tertinggi, PR tidak berjaya memenangi jumlah kerusi Parlimen yang mencukupi untuk menjadi kerajaan. Ketika itu, PR memperoleh 50.88% undi popular tetapi hanya memenangi 39.64% kerusi Parlimen. Sebaliknya, BN yang menerima hanya 47.38% undi popular mendapat 59.91% kerusi Parlimen. Perkara ini menunjukkan bahawa undi BN lebih bernilai berbanding undi kepada PR, dengan ratio sebanyak 1.26 undi BN kepada 0.78 undi PR. 

 

Pilihan Raya Umum ke-14

Pakatan Harapan (PH) telah berjaya memenangi PRU ke-14 sekaligus menjadi gabungan parti pembangkang pertama yang pernah mentadbir negara sejak pilihan raya pertama di Malaysia. Ketika itu, PH memperoleh 50.1% (5,685,252) undi popular, kurang sedikit berbanding PR pada PRU ke-13. Jumlah ini adalah jauh lebih tinggi berbanding BN dengan 3,624,921 undi (32%) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) PAS 2,043,159 undi (18%). PH telah memenangi majoriti mudah dengan 113 kerusi, manakala BN dan PAS masing-masing memenangi 79 dan 18 kerusi. Apabila dibandingkan dengan undi popular yang diperoleh tiap-tiap parti utama, PH dan BN memperoleh jumlah kerusi yang hampir seimbang dengan jumlah undi popular, manakala kerusi dimenangi PAS sepatutnya hanya diterjemah menjadi 8.1% undi popular. Perkara ini boleh dilihat tidak adil kerana berdasarkan jumlah undi popular, PAS sepatutnya menerima jumlah kerusi lebih tinggi.

Keputusan Dewan Rakyat PRU ke-14
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya

 

Jumlah undi popular dan kerusi Parlimen tidak seimbang

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata sistem pilihan raya di Malaysia adalah berdasarkan majoriti mudah dan sistem perwakilan kawasan. Perkara ini telah dipraktikkan sejak sejak pilihan raya pertama pada tahun 1959 dan dikenali sebagai sistem First Past The Post (FPTP). Parti yang mendapat jumlah perwakilan atau kerusi yang terbanyak akan berhak memegang tampuk pemerintahan kerajaan mahupun negeri.

Ketidakseimbangan undi popular boleh dilihat dalam Pilihan Raya Negeri juga. Pada PRN Johor baru-baru ini, BN telah memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. Meskipun memenangi lebih 71% kerusi DUN, BN hanya memperoleh 43.11% undi popular

Menurut Parti Sosialis Malaysia (PSM), ketidakseimbangan antara pengagihan kerusi dan jumlah undi popular adalah kelemahan yang ketara dalam sistem pengundian FPTP atau “pemenang undi terbanyak”. Walaupun undi popular tidak semestinya menentukan bilangan kerusi Parlimen dan parti yang memerintah kerajaan, namun ia menunjukkan sokongan kuat pengundi kepada parti yang memperoleh undi popular tertinggi


Rujukan:

1. https://www.malaysiakini.com/columns/408218
2. https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/424075/undi-popular-bn-merosot-kepada-32-peratus
3. https://dashboard.spr.gov.my/pru14/#!/home
4. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/spr-undi-popular-tinggi-tidak-maksud-boleh-bentuk-kerajaan-13823
5. https://sosialis.net/2022/03/13/prn-johor-bn-menang-besar-tanpa-majoriti-undi-popular/
6. https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/424075/undi-popular-bn-merosot-kepada-32-peratus

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 1 year ago