Benarkah Jus Buah Tidak Elok Bagi Kesihatan?

Salah
Benarkah Jus Buah Tidak Elok Bagi Kesihatan?

Buah-buahan boleh diperah dan diambil dalam bentuk jus

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 03/07/2022 - Disunting : 03/07/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Benarkah Jus Buah Tidak Elok Bagi Kesihatan?

Buah-buahan merupakan makanan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Ia mengandungi vitamin, mineral dan serat yang boleh mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Kini, orang ramai boleh memilih untuk membeli jus buah yang turut banyak dijual di kebanyakan pasar raya. Walau bagaimanapun, terdapat kepercayaan bahawa jus buah adalah kurang elok berbanding buah-buahan itu sendiri. Rentetan Twitter di bawah berkongsi ulasan tentang kebaikan jus buah.

Jus buah mengandungi gula terkumpul dan kalori yang banyak jika dibandingkan dengan buah-buahan. 8 auns, atau 236 ml, jus buah mempunyai lebih kurang lapan sudu besar gula, iaitu jumlah gula yang sama didapati dalam 8 auns air soda. Walaupun ia adalah gula asli, Persatuan Kesihatan Dunia (WHO) menetapkan bahawa gula di dalam jus buah adalah sama dengan gula yang terdapat di dalam air soda.

Walau bagaimanapun, kajian ke atas jus buah mendapati bahawa ia boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes jenis II sekiranya diminum dalam kuantiti kurang dari 5 auns sehari. Jumlah ini adalah bersamaan dengan kapasiti satu gelas kecil sahaja. Pada masa yang sama, sebuah lagi kajian mendapati 120ml jus buah mengandungi kandungan vitamin dan mineral sama banyak dengan yang terdapat di dalam buah-buahan.

Buah-buahan mempunyai serat yang kebiasaannya hilang apabila ia diperah menjadi jus. Serat adalah salah satu komponen penting di dalam buah yang dapat mengurangkan risiko kanser kolon dan mengawal tekanan darah. Seseorang itu akan mengambil masa yang lebih lama untuk memakan sebiji buah, dibandingkan jika mereka mengambil satu cawan jus buah untuk diminum. Oleh itu, perkara ini dapat mengurangkan kadar kalori seterusnya mengurangkan risiko obesiti.

Kredit gambar: Trang Doan/ Pexels

 

Jus Buah Sihat Jika Diminum Dalam Kuantiti Yang Berpatutan

Jelas di sini bahawa jus buah mempunyai khasiat yang hampir sama seperti buah-buahan itu sendiri. Namun begitu, serat yang terkandung di dalam buah-buahan tidak akan didapati di dalam jus yang diperah. Terdapat cadangan supaya buah-buahan dikisar supaya seratnya dapat dihancurkan sekali dan bukannya diasingkan.

Perlu diingatkan juga bahawa satu hidangan jus buah mengandungi kadar gula yang lebih tinggi berbanding satu hidangan buah-buahan itu sendiri. Menurut garis panduan pemakanan Amerika Syarikat, kanak-kanak di bawah 7 tahun hanya digalakkan untuk minum sehingga 6 auns (177ml) jus buah sehari, manakala yang lain seharusnya mengehadkannya ke 8 auns (236ml). Satu kajian mendapati bahawa pengambilan jus dalam kuantiti yang berlebihan boleh meningkatkan risiko kematian awal di antara 9% dan 42%. Oleh itu, ia harus diminum dalam kuantiti yang berpatutan untuk mendapatkan kebaikan daripadanya.


Rujukan:

1. http://www.myhealth.gov.my/buah-buahan-dan-sayur-sayuran-kenapa-perlu/
2. https://health.ucdavis.edu/blog/good-food/is-fruit-juice-bad-for-you-and-your-children/2019/07
3. https://www.healthline.com/nutrition/fruit-juice-vs-soda#nutrition
4. https://thewholeu.uw.edu/2015/03/11/juicing-vs-blending/#:~:text=Juicing%20provides%20a%20very%20nutrient,in%20that%20cup%20of%20juice.
5. https://edition.cnn.com/2019/05/17/health/fruit-juice-sugary-drink-early-death-study/index.html

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago