Benarkah Lambat Isi Minyak Sehingga Lampu Minyak Berkelip Boleh Merosakkan Pam Minyak?

Benar
Benarkah Lambat Isi Minyak Sehingga Lampu Minyak Berkelip Boleh Merosakkan Pam Minyak?

Lampu tangki minyak akan berkelip apabila minyak di dalam tangki berkurangan

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 06/03/2023 - Disunting : 06/03/2023

Keputusan:Benar

Petition to

Benarkah Lambat Isi Minyak Sehingga Lampu Minyak Berkelip Boleh Merosakkan Pam Minyak?

Mungkin ada di antara kita yang biasa membiarkan lampu tangki minyak berkelip terlebih dahulu sebelum mengisi minyak. Namun begitu, Raafik Aziz menyatakan bahawa fuel pump atau pam minyak boleh rosak jika biasa mengisi minyak pada saat-saat akhir. Mari kita semak lebih lanjut mengenai perkara ini.

 

 

Lampu minyak berkelip

Lampu minyak yang telah berkelip bukanlah menandakan bahawa minyak di dalam tangki telah habis sama sekali. Setiap kenderaan tidak kira jenis enjin atau kuasa kuda mempunyai rizab minyak sekurang-kurangnya 4.5 liter di dalam tangki walaupun setelah lampu minyak berkelip dan boleh berjalan sejauh 40 hingga 60 kilometer lagi. 

Lampu minyak berkelip pada setiap kenderaan moden menunjukkan bahawa kereta telah mula menggunakan rizab minyak. Ia merupakan satu indikasi bahawa kereta perlu diisi minyak dengan segera. 

 

Pam minyak

Pam minyak merupakan salah satu komponen kereta terpenting yang berfungsi untuk menghantar minyak dari tangki ke enjin kereta. Ia mempunyai sebuah unit yang menghantar isyarat kepada tolok aras minyak di dashboard kereta untuk menunjukkan kuantiti minyak di dalam tangki.  

Kredit gambar: Jorge César/ Unsplash

Salah satu masalah yang sering menyebabkan kerosakan kepada pam minyak adalah kekurangan minyak. Minyak harus sentiasa mengalir melalui pam minyak untuk mengawal haba dan melincirkan komponen dalaman kereta. Tahap minyak terlalu rendah boleh menyebabkan pam minyak perlu mengepam dengan lebih kuat untuk menghasilkan tahap tekanan yang sama.

 

Risiko lampu minyak berkelip terhadap pam minyak

Menunggu sehingga lampu minyak berkelip sebelum mengisi minyak sebenarnya boleh merosakkan kereta. Tangki minyak mungkin mengandungi keladak atau kotoran yang wujud akibat panas, penggunaan minyak berkualiti rendah atau hakisan. Kotoran ini akan berkumpul di bahagian bawah tangki minyak, iaitu di mana rizab minyak terletak. Oleh itu, menggunakan kereta sewaktu lampu minyak telah berkelip boleh menyebabkan risiko pam minyak menyedut kotoran tersebut, seterusnya merosakkan enjin kereta.

Honda telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan bagaimana lambat mengisi minyak boleh merosakkan kereta. Selain itu, kekurangan minyak yang turut berfungsi sebagai pelincir boleh menyebabkan pam minyak menjadi haus dan merosot lebih cepat akibat geseran. Pam minyak juga mungkin akan mengepam angin di dalam tangki minyak yang hampir kosong. Menurut Honda, pendedahan jangka panjang terhadap angin boleh menyebabkan masalah kepada pam minyak dan komponen lain yang memerlukan minyak. 

Lambat mengisi minyak boleh merosakkan pam minyak

Pam minyak sememangnya memerlukan kuantiti minyak yang berpatutan untuk berfungsi dengan optimum. Oleh itu, lebih bagus jika minyak diisi sebelum kereta menggunakan rizab minyak ataupun secepat mungkin apabila lampu minyak telah mula berkelip. 

Menunggu untuk isi minyak pada saat-saat akhir bukan sahaja boleh merosakkan kereta, tetapi boleh membawa risiko kemalangan sekiranya kereta yang dipandu berhenti secara tiba-tiba. Pada masa yang sama, disarankan juga supaya terdapat sekurang-kurangnya suku minyak di dalam tangki kereta untuk memastikan pam minyak kekal sejuk. 


Rujukan:

1. https://says.com/my/seismik/ramai-pemandu-anggap-simbol-e-berkelip-tanda-minyak-kereta-dah-habis
2. https://www.startmycar.co.za/blogs/technical-articles/common-causes-of-fuel-pump-failure
3. https://knowhow.napaonline.com/gas-light-goes-many-miles-empty/
4. https://www.facebook.com/watch/?v=887209918476843
5. https://www.yourmechanic.com/article/why-you-should-always-keep-a-1-4-tank-of-gas-in-your-car-by-cheryl-knight

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 1 year ago