Benarkah Malaysia Mempunyai Kualiti Jalan Raya ke-12 Terteruk Di Dunia?

Salah
Benarkah Malaysia Mempunyai Kualiti Jalan Raya ke-12 Terteruk Di Dunia?

Sebuah analisa mendapati bahawa Malaysia mempunyai jalan raya antara terteruk di dunia

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 04/10/2022 - Disunting : 04/10/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Benarkah Malaysia Mempunyai Kualiti Jalan Raya ke-12 Terteruk Di Dunia?

Baru-baru ini, kecoh dikatakan bahawa Malaysia mempunyai kualiti jalan raya yang ke-12 terteruk di dunia. Selain itu, Malaysia juga dikatakan mempunyai kadar kematian jalan raya kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi. Hantaran kali ini akan melihat jika dakwaan tersebut benar.

 

Analisa ke atas kualiti jalan raya

Zutobi telah melakukan sebuah analisa mengenai kualiti jalan raya di negara-negara tertentu. 59 negara yang terlibat dalam analisa tersebut adalah negara-negara ahli Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) serta negara-negara yang mempunyai Indeks Pembangunan Manusia (HDI) lapan ke atas. Skor kualiti jalan raya dinilai melalui kualiti jalan raya, kemajuan kualiti jalan raya, kematian jalan raya dan saiz relatif rangkaian jalan raya. 

Kedudukan penuh bagi kesemua 59 negara boleh dilihat di laman web Zutobi. Malaysia yang berada di kedudukan ke-48 menunjukkan bahawa Malaysia berada di 12 tangga terbawah dalam senarai tersebut dengan skor 3.32. Data juga menunjukkan Malaysia mempunyai kadar kematian jalan raya kedua tertinggi dunia iaitu 22.76 bagi setiap 100,000 orang. Pembangunan jalan raya di Malaysia pula menurun melebihi 5% dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Kredit gambar: Aniq Danial/ Unsplash

Sebuah analisa lain telah dilakukan oleh Confused.com ke atas 48 buah negara pula mendapati Malaysia merupakan negara ke-8 paling tertekan ketika memandu kereta. Namun begitu, data turut menunjukkan bahawa Malaysia bukan antara negara dengan kadar kematian jalan raya sepuluh tertinggi di dunia. Analisa juga mendapati banyak negara lain mempunyai kualiti jalan raya lebih teruk yang tiada di dalam senarai Zutobi seperti Filipina, Iran dan Romania. 

 

Kualiti jalan raya Malaysia bukan ke-12 terteruk di dunia

Malaysia sebenarnya tidak mempunyai kualiti jalan raya ke-12 terteruk di dunia, tetapi di antara negara-negara OECD dan HDI tinggi. Jika dibandingkan dengan jalan raya di negara-negara dengan tahap ekonomi atau HDI rendah, sudah tentu kedudukan Malaysia akan berubah. Data oleh TheGlobalEconomy.com bagi tahun 2006 hingga 2019 yang merangkumi 141 buah negara menunjukkan bahawa Malaysia berada di kedudukan ke-21 bagi kualiti jalan raya semata-mata. Di antara negara-negara Asia Tenggara, Malaysia adalah negara kedua terbagus dari segi kualiti jalan raya selepas Singapura.

Kredit gambar: Qaz Farid/ Unsplash

Di samping itu, Malaysia juga bukanlah negara dengan kadar kematian jalan raya kedua tertinggi di dunia. Data yang dikongsi oleh Confused.com meletakkan UAE sebagai negara dengan kadar kematian jalan raya tertinggi diikuti dengan India. Perkara ini menunjukkan data yang tidak konsisten berkenaan kadar tersebut. 

Pada tahun 2021, Zutobi mengatakan bahawa Afrika Selatan mempunyai jalan raya paling bahaya di dunia. Justice Project SA (JPSA) mempersoalkan dapatan Zutobi dan merasakan ia tidak adil kerana hanya merangkumi Afrika Selatan sebagai satu-satunya negara Afrika di dalam analisanya. 

 


Rujukan:

1. https://www.therakyatpost.com/trpbm/berita/2022/10/03/kualiti-jalan-raya-di-malaysia-ke-12-terburuk-di-dunia-kedua-risiko-kemalangan-kajian/
2. https://zutobi.com/us/driver-guides/worst-and-best-roads-us-and-international-ranking
3. https://www.confused.com/car-insurance/hellish-highways
4. https://www.theglobaleconomy.com/rankings/roads_quality/South-East-Asia/
5. https://www.business-standard.com/article/current-affairs/south-africa-has-world-s-most-dangerous-roads-india-in-fourth-place-study-121031900099_1.html

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago