Benarkah Minum Air Dari Pangsa Durian Dapat Mengurangkan Suhu Badan?

Benar
Benarkah Minum Air Dari Pangsa Durian Dapat Mengurangkan Suhu Badan?

Suhu badan seseorang kebiasaannya akan meningkat selepas makan durian

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 05/07/2022 - Disunting : 05/07/2022

Keputusan:Benar

Petition to

Benarkah Minum Air Dari Pangsa Durian Dapat Mengurangkan Suhu Badan?

Selepas makan durian, kebiasaannya seseorang akan mengalami sedikit peningkatan suhu badan. Perkara ini terjadi kerana durian mempunyai kandungan kalori yang tinggi, dan metabolisme badan akan meningkat untuk mencerna buah tersebut. Sejak turun-temurun, orang ramai mempercayai bahawa suhu badan ini boleh dikurangkan dengan cara meneguk air masak yang diisi di dalam pangsa durian. Sesetengah orang pula akan mencampurkan garam di dalam air tersebut.

Menurut kepercayaan Perubatan Tradisional Cina, kulit durian sememangnya boleh menghilangkan panas dan melembapkan sebarang kekeringan. Walau bagaimanapun, pakar Perubatan Tradisional Cina dari Raffles Medical Group, Chew Hong Gian berkata bahawa air garam yang sebenarnya banyak mengurangkan rasa panas badan akibat makan durian berbanding daripada air yang diminum dari pangsanya.

 

Kredit gambar: Fernando Fong/ Facebook

Sebuah kajian telah dilakukan oleh para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkenaan dakwaan ini. Kajian ke atas 5 orang peserta mendapati suhu badan mereka naik sedikit selepas makan durian. Ia bagaimanapun mula berkurangan atau tidak lagi meningkat setelah mereka mengambil air dari pangsa durian setiap 30 minit selama tiga kali. Suhu badan berkurang lebih banyak apabila mereka minum air dari pangsa durian berbanding minum air biasa. Menurut kajian tersebut, perkara ini mungkin terjadi akibat kewujudan pektin, sejenis serat yang terkandung di dalam buah-buahan, di dalam pangsa durian yang membantu untuk mempercepatkan proses homeostasis semulajadi. Namun begitu, penyelidik sendiri menyatakan bahawa kajian yang lebih efisyen perlu dilakukan.

Minum Air Dari Pangsa Durian Dapat Mengurangkan Suhu Badan Sedikit

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, benarlah bahawa minum air menggunakan pangsa durian dapat mengurangkan suhu badan. Adalah lebih elok jika ditambah sedikit garam untuk membantu proses pengurangan suhu tersebut. Selain itu, air dari pangsa durian juga dipercayai dapat mengurangkan bau durian di mulut.


Rujukan:

1. https://www.asiaone.com/health/are-durians-heaty-or-healthy
2. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1674638421001076
3. https://worldofbuzz.com/feeling-heaty-after-eating-durian-netizen-shows-an-easy-scientific-way-to-cool-down/
4. https://dx.doi.org/10.12944/CRNFSJ.9.3.14

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago