Benarkah Minyak Masak Paket Adalah Minyak Masak Yang Dikitar Semula?

Salah
Benarkah Minyak Masak Paket Adalah Minyak Masak Yang Dikitar Semula?

Kerajaan telah menghentikan subsidi minyak masak botol pada 1 Julai baru-baru ini

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 11/07/2022 - Disunting : 11/07/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Benarkah Minyak Masak Paket Adalah Minyak Masak Yang Dikitar Semula?

Pada 1 Julai 2022, kerajaan telah menghentikan subsidi ke atas minyak masak botol. Berikutan kenaikan harga mendadak, orang ramai dinasihati untuk membeli minyak masak paket yang jauh lebih murah. Tetapi adakah minyak masak paket berkualiti? Desas-desus mengatakan minyak masak paket dapat dijual dengan harga murah kerana ia merupakan minyak masak yang telah dikitar semula.

Minyak masak paket 1kg boleh didapati dengan harga RM2.50 sahaja. Harga ini rendah kerana kerajaan memberikan lebih banyak subsidi terhadap minyak masak paket. Sebanyak RM400 juta subsidi telah diperuntukkan oleh kerajaan setiap tahun bagi 720 juta minyak masak paket 1kg di bawah Program Skim Rasionalisasi Minyak Masak. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) meyakinkan pengguna bahawa minyak masak paket bukan minyak kitar semula dan merupakan minyak masak yang telah diproses daripada minyak sawit mentah

Pelbagai pilihan minyak masak paket 1kg. Kredit gambar: @zzdnrj/ Twitter

Berkenaan kualiti minyak masak paket pula, Malaysian Palm Oil Board (MPOB) mengawasi dan menguji minyak masak paket yang dijual dan mendapati kesemuanya mematuhi kualiti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Standard Malaysia. Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pernah menjelaskan bahawa mana-mana minyak masak yang dijual tidak boleh melebihi tahap kekeruhan (CP) 8. Minyak masak yang kelihatan sedikit keruh adalah minyak yang mempunyai CP yang lebih tinggi. Minyak masak yang banyak terdapat di pasaran negara ialah minyak masak berkualiti CP6 dan CP8

Benar bahawa terdapat minyak masak yang diserahkan kepada pihak tertentu seperti Alam Flora Sdn Bhd untuk dikitar semula. Namun begitu, minyak ini dikitar semula untuk dijadikan biodiesel, bukan untuk dijadikan sebagai minyak masak semula. MPOB sentiasa memantau pemprosesan minyak terpakai dan memastikan ia tidak dikitar semula menjadi minyak masak. Malahan, sekiranya minyak masak ini dikitar semula ia akan dijual dengan harga yang lebih mahal memandangkan kos kitar semula minyak masak terpakai adalah sangat tinggi

 

Minyak masak paket bukan minyak masak yang dikitar semula mahupun minyak masak berkualiti rendah

Ianya jelas bahawa minyak masak paket 1kg yang boleh dibeli dengan harga RM2.50 sepaket bukanlah minyak masak dikitar semula. Minyak masak paket juga mempunyai kualiti yang sama dengan minyak masak botol. Orang ramai harus mengambil kesempatan terhadap subsidi yang diberikan oleh kerajaan dalam bentuk minyak masak paket. 

Kredit gambar: @tekong/ Twitter

Sehubungan dengan itu, orang ramai juga digalakkan untuk menghantar minyak masak terpakai ke pusat kitar semula. Minyak masak tidak seharusnya dibuang ke dalam lubang sinki kerana ia boleh menyebabkan sinki tersumbat dan mencemarkan alam sekitar. Pembuangan sisa minyak yang tidak diuruskan dengan baik akan mengakibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi.  


Rujukan:

1. https://www.therakyatpost.com/news/2022/06/22/govt-maintains-subsidy-for-polybag-packet-cooking-oil/
2. https://www.facebook.com/kpdnhep/posts/rakyat-boleh-pilih-untuk-membeli-minyak-masak-bersubsidi-dengan-harga-yang-lebih/1444563005886557/
3. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/06/19/only-quality-cooking-oil-in-polybags-not-recycled-says-mpob/
4. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/11/210983/kualiti-minyak-masak-dalam-beg-plastik-terjamin-hamzah
5. https://www.konfiden.com/minyak-masak-paket-plastik-bukan-minyak-masak-terpakai-4791/
6. https://www.drcheputeh.com/post/siri-48-benarkah-minyak-masak-murah-adalah-minyak-kitar-semula
7. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/11/210983/kualiti-minyak-masak-dalam-beg-plastik-terjamin-hamzah
8. https://www.buzzkini.com/tips/2020/08/24/ini-cara-kaedah-buang-minyak-masak-yang-patut-korang-tahu/
9. https://www.sinarharian.com.my/article/166288/BERITA/Nasional/Perbanyak-kempen-kitar-semula-minyak-masak

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago