Benarkah Negeri-Negeri Di Bawah Pemerintahan Pakatan Harapan Mempunyai Paras Gaji Lebih Tinggi?

Benar
Benarkah Negeri-Negeri Di Bawah Pemerintahan Pakatan Harapan Mempunyai Paras Gaji Lebih Tinggi?

Ada pihak yang mendakwa gaji di negeri-negeri Pakatan Harapan lebih tinggi berbanding negeri lain

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 19/10/2022 - Disunting : 19/10/2022

Keputusan:Benar

Petition to

Benarkah Negeri-Negeri Di Bawah Pemerintahan Pakatan Harapan Mempunyai Paras Gaji Lebih Tinggi?

Seorang pengguna Twitter, Khalid Karim, telah membuat sebuah ciapan yang mengatakan 50% pekerja di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu menerima pendapatan bulanan kurang dari RM1,750 bagi tahun 2021. Sebaliknya, pekerja di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mempunyai gaji yang lebih tinggi. 

 

Negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan

Sebelum kita lihat pada statistik dan data yang berkaitan, penting untuk kita ketahui dahulu parti politik yang memerintah setiap negeri. Selepas kerajaan PH dijatuhkan pada Februari 2020, tampuk pemerintahan negara telah diambil alih oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN). Perubahan tampuk pimpinan kerajaan di peringkat persekutuan turut mengakibatkan perubahan di beberapa negeri.

Jadual di bawah menunjukkan parti pemerintah di setiap negeri selepas perubahan tampuk pemerintahan, dengan PH hanya memerintah di tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.

Parti pemerintah di setiap negeri setakat Oktober 2022

Berdasarkan data dari Jabatan Perangkaan Malaysia, ketiga-tiga negeri di bawah pemerintahan PH ini bersama-sama tiga wilayah persekutuan mempunyai gaji penengah yang lebih tinggi berbanding paras kebangsaan RM2,250. Perkara ini dilihat sebagai rentetan daripada gaji penengah bagi tahun 2020. Bagi tahun 2020, kesemua negeri dan wilayah ini turut mempunyai purata gaji melebihi paras kebangsaan RM2,062, walaupun purata gaji telah menurun berbanding tahun sebelumnya.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Purata dan penengah gaji & upah kebangsaan

Selain daripada purata gaji yang lebih tinggi bagi negeri-negeri PH, paras purata dan penengah gaji kebangsaan turut menunjukkan peningkatan ketika tempoh pemerintahan PH sebagai Kerajaan Persekutuan. Kedua-dua purata dan penengah gaji menunjukkan peningkatan pada tahun 2018 dan 2019 , iaitu ketika kerajaan dipegang PH, tetapi pada kadar pertumbuhan yang semakin rendah.

Namun begitu, jelas kadar pertumbuhan menurun mendadak sehingga mencecah kadar negatif pada tahun 2020 selepas kerajaan PH diganti oleh PN, beberapa bulan sebelum COVID-19 melanda negara. Walaupun peningkatan dapat dilihat pada tahun 2021, ia hanyalah pada kadar 3.55% bagi purata gaji dan 9.12% bagi penengah gaji dan belum cukup tinggi berbanding kejatuhan pada tahun 2020.

Jadual dan graf dihasilkan menggunakan data dari Laporan Survei Gaji & Upah Malaysia bagi tahun 2017-2021 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Negeri-negeri Pakatan Harapan Mempunyai Gaji Lebih Tinggi

Berdasarkan data oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jelas bahawa tiga negeri PH iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor mempunyai tahap gaji yang lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain, malah lebih tinggi berbanding paras kebangsaan. Pada masa yang sama, data juga menunjukkan purata dan penengah gaji dalam masa 5 tahun lepas adalah tertinggi pada tahun 2019, iaitu ketika PH memerintah. 

Walaupun gaji minimum RM1,200 telah ditetapkan pada Februari 2020, purata dan penengah gaji tetap menunjukkan penurunan yang signifikan. Namun begitu, Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan ini adalah kali pertama sejak data dilaporkan pada 2010 dan disebabkan oleh krisis COVID-19 dan kesannya terhadap ekonomi. Dengan kenaikan gaji minuman kepada RM1,500 pada Mei 2022, mungkin purata dan penengah gaji akan melihat kenaikan berbanding tahun sebelum ini. 


Rujukan:

1. https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/5_Gallery/2_Media/4_Stats%40media/4-Press_Statement/2021/7.%20Julai/GAJI%20%26%20UPAH%202020-combine.pdf
2. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649598/perintah-gaji-minimum-berkuat-kuasa-1-februari
3. https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=dnk2U285NjVCTHdWMU94UHZ4YVhLUT09
4. https://dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=NVhjaWRWamRzczRNUWxaUEpWaEdRZz09
5. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/888734/purata-gaji-upah-pekerja-di-malaysia-meningkat
6. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/947210/gaji-minimum-rm1500-tetap-dilaksanakan-1-mei

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 1 year ago