Benarkah Nyamuk Lebih Tertarik Dengan Individu yang Tertentu?

Benar
Benarkah Nyamuk Lebih Tertarik Dengan Individu yang Tertentu?

Nyamuk betina menghisap darah manusia untuk menghasilkan telur

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 26/07/2022 - Disunting : 26/07/2022

Keputusan:Benar

Petition to

Benarkah Nyamuk Lebih Tertarik Dengan Individu yang Tertentu?

Nyamuk betina adalah sejenis serangga yang menghisap darah manusia. Gigitan nyamuk bukan sahaja boleh menyebabkan kegatalan, tetapi boleh menyebabkan penyakit seperti demam denggi, malaria dan zika jika digigit nyamuk jenis tertentu. Jika kita perasan, sesetengah orang lebih kerap diserang nyamuk berbanding orang lain. Profesor Emeritus di University of Florida, Jerrry Butler, berkata nyamuk amat tertarik kepada 1 daripada 10 orang individu. Adakah terdapat sebarang penjelasan saintifik di sebalik perkara ini? 

 

Daya tarikan manusia ke atas nyamuk

Sebuah kajian ke atas kumpulan darah manusia telah dijalankan untuk mengenal pasti kumpulan darah yang lebih digemari nyamuk. Nyamuk ujikaji telah didedahkan kepada keempat-empat kumpulan darah dan didapati paling menggemari darah jenis O. Walau bagaimanapun, kesemua kumpulan darah memberikan tahap kesuburan yang sama. Kajian yang lain turut mendapati nyamuk lebih berminat dengan kumpulan darah O (83.3%) berbanding A (46.5%), tetapi tiada perbandingan yang ketara dengan kumpulan darah lain (B dan AB).

Nyamuk menggunakan organ palpa maksilar yang mempunyai neuron penerima olfaktori, atau olfactory receptor neuron (ORN), untuk mengesan karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia. Melalui kaedah ini, seekor nyamuk boleh mengenal pasti mangsa menerusi jarak 164 jauhnya. ORN tersebut amat sensitif terhadap karbon dioksida dengan ambang tindak balas sehingga 300 ppm (bahagian per juta atau parts per million). Perkara ini juga boleh dikaitkan dengan tarikan nyamuk terhadap wanita mengandung yang kebiasaannya menghasilkan karbon dioksida lebih banyak berbanding individu lain.

Bahagian badan nyamuk. Palpa terletak di bahagian tepi belalai nyamuk.  Kredit: Centers for Disease Control and Prevention (CDC)

 

Perkara lain yang mempengaruhi tarikan nyamuk terhadap seseorang adalah mikrobiota pada kulit manusia. Kajian ke atas nyamuk malaria mendapati seseorang yang mempunyai lebih banyak jenis mikrobiota di kulitnya kurang digemari oleh nyamuk. Beberapa genus bakteria telah dikenal pasti mempunyai hubung kait dengan tarikan nyamuk terhadap manusia. 

Kajian pada Februari 2022 mendapati bahawa nyamuk tertarik dengan warna merah. Kulit manusia, walaupun dengan warna yang berbeza, memancarkan warna jingga kemerahan kepada nyamuk. Jeffrey Riffell, seorang profesor biologi, menjelaskan bahawa karbon dioksida merangsang mata nyamuk untuk mencari warna merah yang dikaitkan dengan mangsa. 

 

Nyamuk lebih tertarik kepada individu tertentu

Menurut kajian-kajian yang telah dijalankan, jelas bahawa manusia menghasilkan daya tarikan yang berbeza bagi nyamuk. Boleh disimpulkan secara umumnya bahawa nyamuk lebih tertarik kepada individu dengan kumpulan darah O dan individu yang mempunyai kadar pelepasan karbon dioksida tinggi, seperti wanita mengandung. Penting untuk elak daripada menjadi mangsa gigitan nyamuk supaya dihindari daripada penyakit yang berbahaya yang dibawa oleh nyamuk. Pelbagai perkara boleh dilakukan seperti memakai penghalau serangga, menggunakan kelambu dan menghentikan pembiakan nyamuk melalui persekitaran yang bersih.

 


Rujukan:

1. https://www.healthline.com/health/mosquito-bites#what-are-mosquito-bites
2. https://www.sciencepublishinggroup.com/journal/paperinfo?journalid=547&doi=10.11648/j.aje.20190302.13
3. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15311477/
4. https://academic.oup.com/chemse/article/32/8/727/582788
5. https://www.webmd.com/allergies/features/are-you-mosquito-magnet
6. https://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0028991
7. https://www.washington.edu/news/2022/02/04/mosquitoes-red/

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago