Benarkah Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia?

Benar
Benarkah Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia?

Rakyat Malaysia boleh memasuki sehingga 180 buah negara tanpa mengemukakan permohonan visa terlebih dahulu

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 14/06/2023 - Disunting : 14/06/2023

Keputusan:Benar

Petition to

Benarkah Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia?

Seorang pengguna Twitter, Melati, membuat ciapan yang menyatakan bahawa pasport Malaysia kuat di peringkat antarabangsa. Ramai pengguna Twitter lain membalas ciapannya dan berkongsi pengalaman menggunakan pasport Malaysia. Mari kita semak jika benar pasport Malaysia kuat.

Pasport Antarabangsa Malaysia berwarna merah digunakan oleh rakyat Malaysia untuk memasuki sebuah negara luar. Menurut Jabatan Imigresen Malaysia, pasport boleh dipohon dari mana-mana Pejabat Imigresen dan dikenakan bayaran RM200 untuk tempoh lima tahun.

 

Kekuatan pasport Malaysia – Passport Index

Menurut Passport Index bagi tahun 2023, pasport Malaysia berada di tangga kesembilan pasport paling kuat di peringkat global berdasarkan jumlah skor mobiliti. Ia membolehkan rakyat Malaysia untuk masuk ke 166 buah negara tanpa perlu membuat permohonan visa. Perkara ini menunjukkan peningkatan daripada 134 buah negara pada tahun 2021, ketika mana pasport Malaysia berada di kedudukan ke-15.

Daripada 166 buah negara, 45 negara akan menyediakan visa (visa on arrival) buat pelancong dari Malaysia apabila tiba di negara tersebut. Di samping itu, hanya 32 negara yang memerlukan permohonan visa untuk dilawat menggunakan pasport Malaysia. Antara negara tersebut adalah Amerika Syarikat, Kanada dan China.

Pemegang pasport Malaysia perlu memohon visa untuk memasuki Amerika Syarikat, Kanada dan China.
Kredit gambar: Nik Shuliahin/ Unsplash, JP Valery/ Unsplash, Zhang Kaiyv/ Pexels

Pada masa yang sama, walaupun pasport Malaysia berada di tangga kesembilan, terdapat beberapa negara lain di kedudukan lebih tinggi iaitu Bulgaria dan Romania (8), Australia, Amerika Syarikat dan Kanada (4), serta New Zealand (3) di mana pemegang pasport mereka perlu memohon visa dari lebih banyak negara berbanding pemegang pasport Malaysia.

Singapura, di kedudukan kelima, merupakan negara Asia Tenggara dengan pasport paling kuat. Pemegang pasport Singapura boleh melawat 133 buah negara tanpa visa, manakala 37 negara akan menyediakan visa on arrival. Pasport paling kuat pula dimiliki oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) menurut Passport Index, dengan akses kepada 180 buah negara tanpa permohonan visa.

 Peta menunjukkan negara-negara dari pasport paling kuat (cerah) hingga paling lemah (gelap). Malaysia antara negara dengan pasport paling kuat. Sumber: Passport Index

 

Kekuatan pasport Malaysia – The Henley Passport Index 

The Henley Passport Index menggunakan data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sebuah pangkalan data perjalanan paling tepat. Berbanding Passport Index yang hanya merangkumi 198 buah negara tujuan, Henley Passport Index merangkumi 227 buah negara.

Di bawah indeks ini, pasport Malaysia berada di kedudukan ke-13 pada tahun 2023 dengan akses kepada 180 buah negara tanpa visa. Hal ini bermakna 47 buah negara lain memerlukan visa untuk dilawat. Malaysia juga menjadi negara keempat di Asia dengan kekuatan pasport tertinggi selepas Singapura (1), Jepun (2) dan Korea Selatan (3). Malaysia sebelum itu berada di kedudukan ke-14 pada tahun 2020. 

Di samping itu, walaupun UAE berada di tempat pertama Passport Index, Malaysia berada di dua kedudukan lebih tinggi berbanding UAE pada Henley Passport Index. Berdasarkan Henley Passport Index juga, Singapura merupakan negara dengan pasport paling kuat di seluruh dunia dengan kebebasan untuk mengunjung ke 194 buah negara tanpa permohonan visa.

 

Pasport Malaysia ke Korea Utara

Pada tahun 2009, Malaysia menjadi negara pertama boleh memasuki Korea Utara tanpa menggunakan visa. Namun begitu, perkara ini terhenti pada tahun 2017 apabila hubungan diplomatik antara kedua-dua negara ini goyah akibat insiden pembunuhan Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

 

Malaysia mempunyai antara pasport paling kuat di dunia

Walaupun mempunyai perbezaan kedudukan antara kedua-dua Passport Index dan Henley Passport Index yang mengukur kekuatan pasport di peringkat antarabangsa, pasport Malaysia antara terkuat di dunia. Pasport Malaysia boleh digunakan untuk memasuki 166 hingga 180 buah negara tanpa mengemukakan permohonan visa terlebih dahulu. 


Rujukan:

1. https://www.passportindex.org/byRank.php
2. https://www.henleyglobal.com/passport-index/ranking
3. https://www.thestar.com.my/news/community/2009/03/09/only-malaysians-can-visit-north-korea-without-a-visa/
4. https://time.com/4688132/malaysia-cancels-visa-free-north-korean-access/

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 11 months ago