Benarkah Pendapatan Wanita Akan Menurun Setelah Mempunyai Anak?

Benar
Benarkah Pendapatan Wanita Akan Menurun Setelah Mempunyai Anak?

Pada masa kini, ramai wanita memilih untuk bekerja walaupun setelah mempunyai anak

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 17/10/2022 - Disunting : 17/10/2022

Keputusan:Benar

Petition to

Benarkah Pendapatan Wanita Akan Menurun Setelah Mempunyai Anak?

Menurut Suraya, seorang aktivis kewangan, data menunjukkan bahawa rata-rata wanita akan mengalami penurunan pendapatan dengan mendadak setelah mempunyai anak. Malahan, situasi ini dilihat kekal dan tidak akan pulih. Keadaan ini dikenali sebagai motherhood penalty atau penalti keibuan. Persoalannya, adakah benar pendapatan wanita menurun setelah mempunyai anak?

Banyak kajian membuktikan bahawa penalti keibuan didapati mempunyai kaitan dengan jurang gaji antara jantina. Suraya turut berkongsi data oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan wanita mempunyai purata dan penengah gaji dan upah bulanan lebih rendah berbanding lelaki. 

 

Diskriminasi tempat kerja ke atas wanita

Women’s Aid Organisation (WAO), sebuah organisasi bukan kerajaan, telah menjalankan sebuah tinjauan berkenaan diskriminasi di tempat kerja. Ia melibatkan 222 orang wanita dari serata Malaysia dan mendapati lebih 40% daripada mereka telah menghadapi diskriminasi kerja akibat mengandung. Di samping itu, hampir 40% wanita ditanya tentang status kehamilan dan rancangan kehamilan ketika sesi temu bual. Malah, 20% wanita mengalami keadaan yang mana permohonan kerja ditolak atau tawaran pekerjaan dibatalkan apabila mereka melaporkan kehamilan kepada bakal majikan.

Di Amerika Syarikat, Modern Family Index oleh Bright Horizons menyatakan bahawa 60% peluang kerjaya diberikan kepada pekerja dengan kelayakan lebih rendah berbanding ibu yang ingin bekerja. Pada masa yang sama, 84% pekerja AS percaya ibu bekerja yang memegang peranan kepemimpinan dapat membantu perniagaan lebih berjaya. 

Kredit gambar: Ketut Subiyanto/ Pexels

Jurang gaji antara jantina turut berlaku di AS. Berdasarkan sebuah analisa oleh National Women’s Law Center, ibu bekerja hanya dibayar 71 sen bagi setiap $1 yang dibayar kepada bapa, menjadikan kerugian sebanyak $18,000 bagi tempoh masa setahun. Ia juga mendapati jurang gaji terhadap ibu bekerja wujud tidak kira tahap pendidikan ibu. Sebagai contoh, pendapatan ibu bekerja dengan ijazah sarjana atau PhD adalah tidak lebih $90,000 setahun berbanding bapa dengan tahap pendidikan sama yang mendapat gaji $100,000 atau $115,000. 

Di Denmark pula, sebuah kajian oleh National Bureau of Economic Research mendapati kelahiran anak pertama menyebabkan pendapatan kasar wanita menurun hampir 30%. Ia turut mewujudkan jurang gaji sekitar 20% dalam jangka masa panjang. Malah, ketidaksamaan jantina yang wujud oleh penalti keibuan telah meningkat dari 40% pada tahun 1980 kepada 80% pada tahun 2013. 

 

Pendapatan Wanita Menurun Setelah Mempunyai Anak

Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa ibu bekerja menghadapi diskriminasi dan jurang gaji antara jantina wujud bagi mereka. Walaupun tiada data yang spesifik berkenaan perkara ini di Malaysia, diskriminasi yang dihadapi wanita menyebabkan wanita mengandung gagal mendapatkan pekerjaan seterusnya mengurangkan pendapatan mereka. Malah, terdapat juga wanita yang terpaksa berhenti bekerja untuk menjadi ibu sepenuh masa selepas melahirkan anak. 

Pengarah Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh berkata negara rugi jika modal pendidikan yang dilaburkan kepada wanita tidak disalurkan melalui penglibatan mereka ke dalam kerjaya. Di samping itu, pindaan terhadap Akta Kerja 1955 akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2023 bagi menjamin hak ibu bapa. Antara kandungan pindaan adalah menaikkan hari cuti bersalin ke 98 hari berbanding 60 hari sebelum ini, mewujudkan cuti paterniti selama 7 hari dan memberi pekerja aturan kerja fleksibel.


Rujukan:

1. https://www.weforum.org/agenda/2022/05/reduce-motherhood-penalty-gender-pay-gap/
2. https://wao.org.my/discrimination-towards-women-remains-prevalant-in-the-malaysian-workplace/
3. https://www.brighthorizons.com/-/media/BH-New/Newsroom/Media-Kit/MFI_2018_Report_FINAL.ashx
4. https://nwlc.org/wp-content/uploads/2020/05/Moms-EPD-2020-v2.pdf 5. 5. https://www.cnbc.com/2019/03/25/the-motherhood-penalty-costs-women-16000-a-year-in-lost-wages.html
6. https://nwlc.org/press-release/mothers-lose-16000-annually-to-the-wage-gap-nwlc-analysis-shows/
7. https://www.nber.org/papers/w24219
8. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/diskriminasi-tempat-kerja-komitmen-keluarga-cabaran-utama-wanita-kekal-dalam-kerjaya-381949
9. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/993065/kuat-kuasa-pindaan-akta-kerja-1955-ditangguhkan-ke-1-januari-2023

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 months ago