Benarkah Subsidi Petrol Lebih Banyak Dinikmati Oleh Golongan T20?

Benar
Benarkah Subsidi Petrol Lebih Banyak Dinikmati Oleh Golongan T20?

Kerajaan sedang mengusahakan subsidi petrol secara tersasar

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 27/12/2022 - Disunting : 27/12/2022

Keputusan:Benar

Petition to

Benarkah Subsidi Petrol Lebih Banyak Dinikmati Oleh Golongan T20?

Seorang pengguna Twitter, Najib Fazail, telah mendakwa bahawa 53% subsidi petrol diterima oleh golongan T20 dengan subsidi sebanyak RM19.8 bilion daripada RM37.3 bilion. Hantaran kali ini akan menyemak sama ada subsidi petrol lebih dinikmati oleh golongan T20.

 

Cadangan subsidi petrol bersasar

Perang antara Ukraine dan Rusia menyebabkan harga minyak mentah Brent naik melebihi RM585 satu tong pada awal Mac. Harga ini merupakan harga tertinggi dalam tempoh 14 tahun. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan sedang meneliti semula sistem subsidi yang digunakan bagi pembelian petrol dan bercadang untuk memberikan subsidi bersasar kepada golongan B40

 

Subsidi petrol 2022

Pada Mei 2022, Menteri Kewangan pada ketika itu, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata jumlah subsidi oleh kerajaan bagi petrol RON 95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) boleh mencecah RM28 bilion bagi tahun 2022.

Memandangkan subsidi petrol yang diberikan oleh kerajaan adalah menyeluruh dan memanfaatkan semua tahap masyarakat, sebahagian besar subsidi ini sebenarnya dinikmati oleh golongan T20. Tengku Zafrul menganggarkan bahawa lebih RM15 bilion (50%) daripada RM30 bilion subsidi petrol akan diterima oleh golongan T20 bagi tahun 2022. Hal ini bermakna, bagi setiap RM1 subsidi petrol, 53 sen diperolehi oleh golongan T20 manakala hanya 15 sen yang diterima oleh golongan B40

Anggaran ini bertepatan dengan dakwaan yang dibuat oleh Najib Fazail di akaun Twitternya. Najib memetik data yang dilaporkan oleh The Edge Weekly, dengan T20 menerima RM19.8 bilion (53%) subsidi, M40 Rm11.9 bilion (32%) dan B40 RM5.6 bilion (15%).

 

Masalah sistem subsidi petrol sedia ada

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata sistem subsidi petrol yang digunapakai sekarang tidak cukup bagus kerana memberi lebih banyak faedah kepada golongan kaya berbanding golongan miskin. Katanya, kebanyakan kereta, termasuk kereta-kereta mahal boleh menggunakan petrol RON 95 yang disubsidi oleh kerajaan. Individu yang berpendapatan rendah akan menerima faedah yang sedikit kerana mempunyai kurang kenderaan dan kenderaan dengan kapasiti enjin rendah. Malah, petrol bersubsidi juga sering diseludup ke negara jiran.

 

Petrol bersubsidi lebih banyak dinikmati oleh golongan T20

Jelas bahawa golongan T20 yang lebih banyak menerima manfaat melalui pelaksanaan subsidi petrol secara menyeluruh. Sehubungan dengan itu, Mohideen meminta kerajaan supaya segera melaksanakan subsidi petrol bersasar kerana perang di Ukraine kelihatan akan masih berterusan. 


Rujukan:

1. https://www.nst.com.my/news/nation/2022/12/856948/speed-implementation-targeted-fuel-subsidy-cap
2. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/05/18/large-chunk-of-govt-subsidies-enjoyed-by-the-rich-says-tengku-zafrul/
3. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/05/23/speed-up-implementation-of-targeted-fuel-subsidies-govt-urged/
4. https://www.tnb.com.my/assets/newsclip/26122022a.pdf

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 1 year ago