Benarkah Tidak Elok Minum Air Sewaktu Makan?

Salah
Benarkah Tidak Elok Minum Air Sewaktu Makan?

Kita sering diberitahu bahawa minum air sewaktu makan boleh mengakibatkan perut buncit dan menyebabkan masalah pencernaan

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 04/08/2022 - Disunting : 04/08/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Benarkah Tidak Elok Minum Air Sewaktu Makan?

Air adalah bahan kedua terpenting bagi badan manusia memandangkan lebih 60% tubuh badan terdiri daripada air. Seseorang disarankan meminum antara 10 hingga 12 gelas air untuk mengganti semula air yang telah kehilangan dari tubuh badan. Namun begitu, kita selalu diberitahu bahawa minum air sewaktu makan adalah tidak elok kerana ia akan mengganggu sistem penghadaman. Malahan, kita digalakkan untuk tunggu 30 hingga 40 minit selepas makan sebelum meminum air. Persoalannya, adakah perkara ini benar dari segi saintifik?

 

Minum air sewaktu makan

Seorang pensyarah di College of Medicine, Mayo Clinic berkata air tidak akan mencairkan atau melemahkan jus penghadaman yang terdapat di dalam perut dan mengganggu penghadaman. Malah, minum air sewaktu atau selepas makan dapat membantu dalam pencernaan dan penghadaman makanan. Apabila seseorang minum air sewaktu makan, dia akan berhenti seketika dan memberikan ruang untuk otak menerima isyarat sama ada perut masih lapar atau tidak. Perkara ini bukan sahaja dapat mengelak makan berlebihan, tetapi boleh membantu dalam menurunkan berat badan. Makanan besar juga dapat ditelan dengan lebih senang apabila air diambil bersama-sama makanan.

Kredit gambar: Elle Hughes/ Pexels

Beberapa kajian telah dijalankan terhadap hubung kait antara minum air dan penghadaman. Satu kajian menunjukkan bahawa meminum dua gelas air sewaktu makan dapat mempengaruhi perasaan lapar dan rasa kenyang ketika makan. Walau bagaimanapun, perasaan ini tidak akan kekal sehingga selepas makan. Sebuah kajian lain telah dijalankan ke atas pengambilan makanan pepejal dan minuman pada waktu yang sama. Dapatannya membuktikan bahawa meminum air tidak akan mempengaruhi penghadaman makanan, tetapi memakan makanan pepejal akan memperlahankan proses pencernaan minuman.

Seorang pakar pemakanan, Ilana Muhlstein berkata minum air ketika makan dapat memuaskan hormon lapar dan memberikan “rasa tenang dan kenyang”, sekaligus mengurangkan pengambilan makanan. Walaupun begitu, jika seseorang benar-benar ingin mengurangkan pengambilan kalori, lebih elok jika dia memakan makanan dengan kandungan air yang lebih tinggi, berbanding meminum air sewaktu makan.

 

Minum air sebelum makan

Selain daripada kita dilarang minum sewaktu makan, kita juga sering disyorkan supaya meminum air sebelum mula makan. Ternyata bahawa minum air sebelum makan dapat mengurangkan pengambilan kalori, sekaligus mengurangkan berat badan. Perkara ini dibuktikan oleh sebuah kajian ke atas golongan dewasa pertengahan umur dan yang lebih tua. Peserta kajian yang meminum 500ml air sebelum makan, dapat mengurangkan berat badan sebanyak 2kg lebih berbanding mereka yang tidak minum air dahulu. Malah, berat badan mereka turun lebih banyak dengan pengambilan air sebelum makan berbanding pengambilan diet rendah kalori.

Pengkaji mencadangkan perkara ini terjadi kerana terdapat penurunan pengambilan tenaga makanan yang mendadak selepas meminum air. Walau bagaimanapun, ini hanya terjadi jika meminum air kosong dan bukan air yang mengandungi kalori. Pengambilan kalori adalah 8-15% lebih tinggi jika air berkalori diminum ketika makan

 

Boleh minum air sewaktu makan

Setakat ini, tiada sebarang kajian yang mengesahkan bahawa meminum air sewaktu makan boleh menyebabkan masalah pencernaan dan mengganggu proses penghadaman seseorang. Sebaliknya, pengambilan air sewaktu makan boleh membantu proses pencernaan dan penurunan berat badan. Seseorang boleh meminum air pada bila-bila masa yang diperlukannya. Sebagai contoh, jika kita memakan makanan pedas, sudah tentu kita perlu meminum air untuk mengurangkan kepedasan tersebut.

 


Rujukan:

1. https://www.aia.com.my/ms/what-matters/health-wellness/kepentingan-minum-air-secukupnya.html
2. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/digestion/faq-20058348
3. https://www.healthline.com/nutrition/drinking-with-meals#appetite-and-calorie-intake
4. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/8287852/
5. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/7083695/
6. https://www.usatoday.com/story/news/factcheck/2020/08/19/fact-check-drinking-water-while-eating-doesnt-cause-digestive-issues/3375622001/
7. https://academic.oup.com/ajcn/article/70/4/448/4729058
8. https://www.self.com/story/3-reasons-to-drink-water-before-each-meal#:~:text=Lose%20Weight%3A%20Numerous%20studies%20have,reach%20the%20point%20of%20satiety
9. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19661958/
10. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20796216/

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago