Benarkah Tutup Aircond Kereta Boleh Jimat Minyak?

Benar
Benarkah Tutup Aircond Kereta Boleh Jimat Minyak?

Aircond atau penyaman udara kereta menggunakan kuasa daripada bateri kereta untuk berfungsi

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 08/03/2023 - Disunting : 08/03/2023

Keputusan:Benar

Petition to

Benarkah Tutup Aircond Kereta Boleh Jimat Minyak?

Apabila lampu minyak kereta telah mula berkelip, sudah tentu kita akan cuba menjimat minyak seboleh mungkin sebelum tiba ke stesen petrol untuk membuat isian semula. Mungkin ramai yang pernah mendengar tips bahawa minyak kereta boleh dijimatkan sekiranya penyaman udara tidak dipasang. Mari kita semak jika perkara ini benar.

 

Penyaman udara kereta

Sebelum itu, penting untuk faham bagaimana penyaman udara kereta berfungsi. Ia berfungsi dengan mengubah bahan penyejuk atau refrigerant dari bentuk cecair ke bentuk gas. Proses perubahan ini menyebabkan bahan penyejuk menyerap haba dan kelembapan dari dalam kereta, kemudian membolehkan ia untuk menghasilkan udara sejuk. 

Penyaman udara mendapatkan kuasa daripada bateri kereta untuk berfungsi. Bateri kemudiannya akan dicaj semula oleh pengulang-alik atau alternator menggunakan kuasa enjin kereta yang berfungsi dengan penggunaan minyak petrol. 

 

Kesan penggunaan penyaman udara terhadap minyak

Secara ringkasnya, penyaman udara kereta menggunakan minyak petrol untuk berfungsi. Apabila penyaman udara dipasang, enjin kereta perlu bekerja dengan lebih keras, sekaligus meningkatkan penggunaan minyak. 

Secara purata, pengurangan minyak akibat memasang penyaman udara boleh mengurangkan 10% daripada purata kilometer per liter yang boleh dicapai kenderaan. Pada masa yang sama, kesan penggunaan penyaman udara terhadap minyak adalah lebih ketara pada kelajuan rendah.

Mungkin ada individu yang memilih untuk membuka tingkap berbanding memasang penyaman udara untuk menjimatkan minyak. Namun begitu, ada pihak yang mendakwa jika kereta dipandu laju sambil membuka tingkap, ia sebenarnya akan lebih meningkatkan penggunaan minyak berbanding apabila menggunakan penyaman udara. Hal ini adalah kerana kereta akan menghadapi aerodynamic drag yang akan memperlahankan kereta, sekaligus memaksa enjin untuk bekerja lebih keras untuk mencapai kelajuan yang sama.

Kredit gambar: Craig Adderley/ Pexels

Society of Automobile Engineers (SAE) telah menjalankan sebuah uji kaji untuk mengenal pasti kaedah penyejukan yang lebih banyak menggunakan minyak. Didapati bahawa pada had laju 63 km/j dan 113 km/j, kedua-dua kenderaan yang diiuji menggunakan minyak petrol lebih banyak apabila memasang penyejuk udara berbanding dengan membuka tingkap. Malah, menurut kerajaan Kanada, memasang penyaman udara kereta akan meningkatkan penggunaan minyak petrol sehingga 20%, iaitu lebih tinggi berbanding menggunakan lain-lain fungsi kereta.

Uji kaji juga telah dijalankan oleh Idaho National Laboratory ke atas kenderaan elektrik (EV). Penggunaan penyejuk udara dalam EV menggunakan kuasa pada kadar lebih tinggi berbanding kereta biasa dan boleh mengurangkan julat jarak EV sehingga 30%.

 

Menutup penyaman udara boleh menjimatkan minyak

Ternyata bahawa penyaman udara kereta berfungsi dengan menggunakan minyak. Oleh itu, minyak dapat dijimat jika penyaman udara tidak dipasang. Namun begitu, David Bennett, pengurus sistem pembaikan di American Automobile Association (AAA), berkata walaupun penyaman udara menggunakan minyak petrol, tetapi tidaklah pada kadar yang terlalu tinggi. Mungkin terdapat sedikit penjimatan minyak jika tidak menggunakan penyaman udara, tetapi penjimatan itu tidak akan disedari oleh kebanyakan orang. 


Rujukan:

1. https://www.uti.edu/blog/automotive/air-conditioning
2. https://iluminasi.com/bm/aircond-vs-buka-tingkap-mana-lebih-jimat.html
3. https://www.mycar.com.au/car-advice/does-car-aircon-use-petrol
4. https://www.sae.org/publications/technical-papers/content/2013-01-0551/
5. https://natural-resources.canada.ca/energy-efficiency/transportation-alternative-fuels/personal-vehicles/choosing-right-vehicle/tips-buying-fuel-efficient-vehicle/factors-affect-fuel-efficiency/vehicle-air-conditioning/21030
6. https://www.thestar.com.my/news/true-or-not/2022/08/31/quickcheck-does-driving-with-the-039air-cond039-off-and-windows-down-save-fuel
7. https://www.familyhandyman.com/article/does-car-air-conditioner-save-gas-fact-or-fiction/

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 1 year ago