Benarkah Wanita Tidak Boleh Disabitkan Kesalahan Merogol Di Malaysia?

Benar
Benarkah Wanita Tidak Boleh Disabitkan Kesalahan Merogol Di Malaysia?

Jenayah merogol rata-rata dilakukan oleh lelaki terhadap wanita, tetapi terdapat juga kejadian yang sebaliknya

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 23/12/2022 - Disunting : 23/12/2022

Keputusan:Benar

Petition to

Benarkah Wanita Tidak Boleh Disabitkan Kesalahan Merogol Di Malaysia?

Sebuah hantaran TikTok oleh peguambela dan peguamcara Lawyer Gandhi menyatakan bahawa wanita di Malaysia tidak boleh disabitkan kesalahan merogol. Mari kita semak jika kenyataan ini benar.

@lawyergandhi Bolehkah seorang perempuan disabitkan kesalahan merogol? #tiktokguru #lawyer #tahukahanda ♬ original sound – heyy

Kesalahan merogol di Malaysia

Menurut Gandhi, elemen utama untuk disabitkan kesalahan merogol adalah kemasukan zakar secara paksaan. Seksyen 375 Kanun Keseksaan menggariskan mengenai kesalahan rogol. Menurut undang-undang tersebut, rogol hanya boleh dilakukan oleh seorang lelaki terhadap seorang wanita. Terdapat 7 perihal yang menjadikan persetubuhan sebuah kesalahan merogol

Perihal-perihal tersebut termasuk persetubuhan yang bertentangan dengan kemahuan wanita atau dilakukan tanpa kerelaannya. Persetubuhan juga boleh disabitkan kesalahan merogol jika dilakukan dengan kerelaan wanita yang didapati melalui ugutan atau salah tanggapan fakta, dalam keadaan wanita tidak memahami akibat tindak tanduknya dan apabila lelaki menggunakan kedudukannya

Selain itu, rogol boleh disabit jika seorang wanita rela kerana mempercayai bahawa seseorang itu suami atau lelaki yang rela disetubuhi. Bagi perempuan berusia di bawah 16 tahun pula, persetubuhan menjadi jenayah rogol walaupun direlainya, yang dikenali sebagai statutory rape.

Dalam sebuah sidang Parlimen pada tahun 2013, Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said berkata rogol dimaksudkan sebagai kemasukan atau penetration. Dia ketika itu mempersoalkan sama ada seorang lelaki boleh dirogol.

Menurut Alif Tarmizi, seorang peguam jenayah, dalam perbicaraan kes rogol, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa kemaluan tertuduh telah memasuki kemaluan mangsa.

 

Kesalahan merogol di United Kingdom

Salah satu negara lain yang tidak mensabitkan kesalahan merogol ke atas wanita adalah United Kingdom. Kesalahan rogol diletakkan di bawah Seksyen 1 Akta Kesalahan Seksual 2003. Akta tersebut mendefinisikan rogol sebagai kemasukan zakar ke dalam vagina, dubur atau mulut. Hal ini bermakna hanya lelaki yang boleh disabitkan di bawah jenayah rogol. Jika disabit dengan kesalahan rogol, penjenayah boleh dihukum penjara seumur hidup. 

Berbeza dengan Malaysia, United Kingdom mempunyai kesalahan menyebabkan aktiviti seksual tanpa persetujuan di bawah Seksyen 4 Akta Kesalahan Seksual. Salah satu keadaan yang boleh disabit di bawah seksyen ini adalah seorang wanita yang memaksa seorang lelaki bersetubuh dengannya. Namun begitu, pesalah mungkin hanya menerima hukuman denda 10 tahun berbanding seumur hidup jika disabit bersalah atas merogol.

 

Tiada kesalahan merogol bagi wanita di Malaysia

Berdasarkan kandungan di dalam Seksyen 375, jelas bahawa kesalahan rogol hanya boleh disabitkan terhadap lelaki. Malah, lelaki yang merogol seorang lelaki lain tidak akan disabitkan kesalahan di bawah seksyen ini. Walau bagaimanapun, Gandhi berkata wanita boleh disabitkan dengan kesalahan gangguan atau serangan seksual.


Rujukan:

1. https://www.wccpenang.org/01important/laws/KANUN_KESEKSAAN-Seksyen-375376.pdf
2. https://www.buletinfm.audio/koolinspirasi-7-jenis-kesalahan-boleh-sabitkan-kes-rogol-anda-perlu-tahu/
3. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2013/10/22/azalinas-stand-on-rape-of-men-in-parliament/547561
4. https://peguamjenayah.com/kesalahan-merogol-seksyen-3761-apa-yang-perlu-dibuktikan-di-mahkamah/
5. https://www.cps.gov.uk/legal-guidance/rape-and-sexual-offences-chapter-7-key-legislation-and-offences

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 1 year ago