Benarkah Penggunaan Pelindung Matahari Boleh Menyebabkan Kanser Kulit?

Salah
Benarkah Penggunaan Pelindung Matahari Boleh Menyebabkan Kanser Kulit?

Seorang pengguna Twitter mendakwa bahawa krim pelindung matahari atau sunscreen boleh menyebabkan kanser kulit

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 14/06/2022 - Disunting : 14/06/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Benarkah Penggunaan Pelindung Matahari Boleh Menyebabkan Kanser Kulit?

 

Seorang pengguna Twitter mendakwa bahawa krim pelindung matahari atau sunscreen boleh merosakkan muka dan kadar kanser kulit dunia meningkat sejajar dengan peningkatan penggunaannya. Dia berkongsikan gambar di bawah di untaiannya.

 

 

Selepas carian dilakukan, kami mendapati ‘fakta’ tersebut telah dipetik menerusi laman web The Defender. Menurut laporan tersebut, fakta menunjukkan terdapat 78 pelindung matahari yang mempunyai benzena yang diketahui boleh mengakibatkan kanser. 14 daripada 78 pelindung matahari yang dikenal pasti mengandungi benzena melebihi 2 ppm (“parts per million” atau bahagian/juta), iaitu tahap yang dibenarkan oleh FDA dengan syarat yang ketat. Majoriti produk pelindung matahari yang mempunyai benzena ini merupakan produk jenis aerosol. Namun begitu, penyelidik Valisure iaitu sebuah syarikat penyelidik persendirian, telah mengkaji 294 pelindung matahari dengan yang lainnya didapati bebas daripada benzena.

 

Benzena merupakan salah satu blok binaan dalam banyak bahan kimia dan boleh ditemui dalam petrol, ketika pembakaran, malah di dalam ubat-ubatan. Martyn Smith, seorang profesor toksikologi, turut membandingkan satu kali penggunaan pelindung matahari yang didapati mempunyai tahap pencemaran benzena tertinggi dengan udara di bandar selama 24 jam. Kajiannya mendapati jumlah benzena yang diserap daripada penggunaan pelindung matahari hanyalah lebih kurang separuh daripada jumlah benzena yang disedut melalui udara di bandar. Profesor kimia Joe Schwarcz turut menyatakan bahawa kehadiran suatu bahan kimia tidak sepatutnya disamakan dengan kehadiran risiko.

Sehubungan dengan itu, Johnson & Johnson (J&J) menyatakan bahawa benzena bukanlah bahan asal di dalam produk yang terbabit. Keputusan J&J menarik balik 5 produknya daripada pasaran adalah bertujuan untuk mengkaji semula proses pembuatan dan bahan mentah bagi menyelidiki punca produk-produk tersebut tercemar dengan benzena. Melalui carian yang dilakukan, tidak ada bukti yang mencukupi untuk mengatakan penggunaan mana-mana pelindung matahari boleh menyebabkan kanser, terutamanya kanser kulit.

 

Maklumat tentang Penulis Artikel

Terdapat juga kesangsian terhadap penulis artikel tersebut, Dr. Joseph Mercola, seorang pakar perubatan osteopati. Pakar osteopati menggunakan teknik-teknik osteopati dalam perubatan, seperti urutan dan regangan, dan bukanlah pakar yang mengkaji perubatan atau toksik. Joseph turut digelar oleh The New York Times sebagai ‘penyebar maklumat salah mengenai coronavirus yang paling berpengaruh’. Dia mendakwa bahawa vaksin COVID-19 adalah “suatu penipuan kesihatan” dan boleh mengubah kod genetik seseorang. Pada masa yang sama, Joseph turut mempunyai perniagaan perubatan alternatif dan mengaut keuntungan melalui artikel-artikel anti-vaksinnya. Oleh disebabkan itu, ramai juga yang turut mempersoalkan kesahihan tentang penulisannya.

 

Penggunaan Pelindung Matahari Tidak Menyebabkan Kanser Kulit

Sehinggi kini, tiada sebarang bukti yang dapat menyokong dakwaan ini. Terdapat ramai yang menentang kenyataan yang dibuat oleh pengguna Twitter tersebut, serta beberapa pihak yang menyokong dan turut berkongsi kenyataan dan kajian lain berkenaan keburukan penggunaan pelindung matahari. Namun begitu, kajian oleh pakar harus diambil secara menyeluruh dan bukanlah dipetik pada bahagian yang tertentu sahaja. Profesor Dr. Wan Azman Wan Sulaiman, seorang pakar perunding bedah plastik dan rekonstruktif di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) meminta orang ramai untuk menggunakan krim pelindung matahari dengan Sun Protection Factor (SPF) 30 ke atas untuk mengelak dan mengurangkan risiko kanser kulit.


Rujukan:

1. https://childrenshealthdefense.org/defender/78-sunscreens-cancer-causing-ingredients/
2. https://www.washingtonpost.com/health/2021/07/15/johnson-johnson-sunscreen-recall-benzene/
3. https://www.nhs.uk/conditions/osteopathy/what-happens/
4. https://www.nytimes.com/2021/07/24/technology/joseph-mercola-coronavirus-misinformation-online.html
5. https://hospital.usm.my/index.php/arkib-berita/134-berita-2021/1311-kanser-kulit-pencegahan-awal-elak-komplikasi-lebih-teruk

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago