Perlukah Wanita Menggunakan Pencuci Feminin Untuk Membasuh Bahagian Intim?

Salah
Perlukah Wanita Menggunakan Pencuci Feminin Untuk Membasuh Bahagian Intim?

Pencuci feminin adalah sebuah produk untuk membersihkan bahagian intim wanita

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 14/07/2022 - Disunting : 14/07/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Perlukah Wanita Menggunakan Pencuci Feminin Untuk Membasuh Bahagian Intim?

Baru-baru ini tular sebuah video TikTok yang seolah-olah memberi saranan kepada kaum wanita supaya menggunakan pencuci feminin bagi membasuh bahagian intim. Namun video tersebut telah dibalas dengan sebuah video lain oleh Dr Irma Izzati Abd Malek, seorang doktor yang berpengalaman dalam bidang perbidanan dan sakit puan, yang menyatakan pencuci feminin adalah sebuah scam dan penggunaannya akan memudahkan jangkitan pada bahagian intim.

Bahagian intim wanita secara amnya boleh dibahagikan kepada bahagian vulva dan faraj. Vulva adalah bahagian di luar tubuh badan, manakala faraj, atau lebih dikenali sebagai vagina, merupakan liang peranakan yang menyambungkan bukaan faraj dengan pangkal rahim. Untuk menjaga kesihatan bahagian intim, seorang wanita harus memastikan keseimbangan pH dan bakteria di kawasan tersebut

 

Mencuci bahagian intim menggunakan pencuci feminin 

Faraj adalah organ yang boleh melakukan pembersihan sendiri melalui cairan yang dihasilkan. Ia mempunyai flora faraj, iaitu campuran pelbagai jenis flora bakteria yang baik dan penting untuk kesihatan faraj. Penggunaan sabun atau produk lain yang mengandungi sabun boleh membunuh flora bakteria baik di faraj dan menyebabkan bakteria berbahaya membiak

Dr Irma berkata bahagian intim hanya perlu dicuci menggunakan air mengalir yang bersih. Pencuci feminin tidak perlu digunakan kerana ia boleh mengganggu keharmonian dan keseimbangan pH vagina. Dia juga berkata perineum wanita adalah sangat sensitif dan penggunaan pencuci feminin boleh menyebabkan radang dan iritasi yang meningkatkan risiko jangkitan. Sebelum ini, pakar perubatan terkenal, Dr Amalina Bakri pernah menjelaskan bahawa sabun mahupun pencuci feminin tidak patut digunakan pada bahagian intim kerana memudaratkan. 

Kenyataan di atas boleh dibuktikan dengan kajian oleh University of Guelph, Kanada, yang mendapati bahawa penggunaan pencuci feminin meningkatkan risiko jangkitan bakteria sebanyak 3.5 kali ganda dan jangkitan saluran kencing (UTI) melebih 2 kali ganda. Dr Muhammad Izzat, seorang doktor pakar puan turut berkata lebih ramai wanita yang datang mendapatkan rawatan berkenaan masalah lelehan faraj selepas menggunakan pencuci feminin. 

Pencuci feminin tidak diperlukan untuk membersihkan bahagian intim wanita

Jelas bahawa pencuci feminin tidak sepatutnya digunakan, malah boleh mendatangkan kemudaratan kepada bahagian sulit pengguna. Keputihan dan bau faraj adalah perkara yang normal bagi seorang wanita dan tidak perlu dirisaukan. Namun begitu, jika seseorang mendapati keputihan berubah ke warna yang lain seperti kuning dan hijau, bau faraj tidak menyenangkan atau faraj terasa gatal, penting untuk dia mendapatkan khidmat doktor dan bukannya menggunakan produk pencuci feminin.

 


Rujukan:

1. https://www.medicalnewstoday.com/articles/325360#Vulva-and-vagina-basics
2. https://www.theguardian.com/society/2018/sep/04/the-vagina-is-self-cleaning-so-why-does-the-feminine-hygiene-industry-exist
3. https://indianexpress.com/article/lifestyle/health/intimate-wash-personal-hygiene-cleanliness-7407861/
4. https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2022/07/09/pencuci-wanita-adalah-scam---doktor-tegur-influencer-pertahan-produk-miss-v
5. https://www.medicalnewstoday.com/articles/325360#Which-products-are-unsafe?
6. https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/wanita-lain/cara-membersihkan-miss-v/

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago