Adakah Sabah dan Sarawak Merdeka Pada Tanggal 31 Ogos?

Salah
Adakah Sabah dan Sarawak Merdeka Pada Tanggal 31 Ogos?

Persekutuan Tanah Melayu telah mendapatkan kemerdekaan daripada jajahan British pada 31 Ogos 1957

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 30/08/2022 - Disunting : 30/08/2022

Keputusan:Salah

Petition to

Adakah Sabah dan Sarawak Merdeka Pada Tanggal 31 Ogos?

Umum tahu bahawa Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya bebas daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1957. Selepas penubuhannya pada tahun 1963, Malaysia menyambut hari kemerdekaannya pada 31 Ogos setiap tahun. Persoalannya adalah sama ada Sabah dan Sarawak turut sama mengecapi kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos.

 

Sejarah pembentukan Malaysia

Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah terbentuk hasil gabungan Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya telah mendapatkan kemerdekaan daripada kerajaan British pada 31 Ogos 1957. Pada 27 Mei 1961, Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman membuat kenyataan berkenaan pembentukan Gagasan Malaysia, sebuah konsep yang telah diperjuangkan oleh Sir Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara, sejak tahun 1951. Malaysia kemudiannya terbentuk pada 16 Mei 1963 hasil gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Singapura telah keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

 

Hari Pemerintahan Sendiri

Sebelum bergabung untuk membentuk Malaysia, Sabah dan Sarawak telah diberikan status self-goverment atau pemerintahan sendiri oleh pihak British. Kini, hari Sabah disambut pada 31 Ogos 1963, manakala Hari Sarawak jatuh pada 22 Julai 1963. Namun begitu, untuk mengatakan kedua-dua negeri itu merdeka pada tarikh-tarikh tersebut adalah tidak tepat. 

Kredit gambar: Leonid Altman/ Pexels

Bagi kes Sarawak, seorang profesor sejarah Michael Leigh menyatakan bahawa tarikh 22 Julai 1963 tersebut merupakan tarikh pembentukan kabinet perikatan di Sarawak. Sarawak tidak memperoleh kemerdekaan pada tarikh itu, sebaliknya ia kekal dipegang oleh gabenor British sehingga ia menyertai pembentukan Malaysia. Pada masa yang sama, Sarawak sebenarnya turut diisytiharkan sebagai negeri dengan pemerintahan sendiri pada 31 Ogos 1963, sama seperti Sabah. 

Kredit gambar: Leonid Altman/ Pexels

Negeri dengan pemerintahan sendiri masih berada di bawah penjajahan British dan masih belum mendapat kedaulatan, tetapi diberi tanggungjawab untuk mentadbir negeri mereka sendiri. Pembentukan Malaysia sebenarnya dicadangkan untuk berlaku pada 31 Ogos 1963, yang menjelaskan pemberian status pemerintahan sendiri Sabah dan Sarawak pada tarikh itu. Walau bagaimanapun, ia ditangguh kepada 16 September 1963 akibat beberapa isu yang muncul

Menurut sejarah, Gabenor British terakhir Sabah, Sir William Goode meninggalkan Sabah pada 16 September 1963. Jawatan Gabenor British terakhir Sarawak yang dipegang oleh Alexander Waddell pula dimansuhkan pada 15 September 1963. Tambahan lagi, kedua-dua negeri itu tidak mempunyai akta berkaitan pentadbiran sendiri mahupun kemerdekaan seperti yang dimiliki oleh Tanah Melayu iaitu Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

 

Sabah dan Sarawak tidak merdeka pada 31 Ogos 1963

Laporan Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diwartakan pada 14 September 1963 menjelaskan bahawa Sabah dan Sarawak masih belum merdeka ketika itu dan akan mencapai status merdeka setelah penubuhan Malaysia. Sabah dan Sarawak telah mencapai status quo negara merdeka pada 16 September 1963, selari dengan tarikh pembentukan Malaysia

Salah satu tujuan pembentukan Malaysia adalah bagi mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Singapura dan Brunei. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa tanpa penubuhan Malaysia, kesemua negeri itu masih belum mencapai status negara merdeka setakat 16 September 1963. Brunei yang tidak menjadi sebahagian daripada Malaysia hanya merdeka daripada British pada 1 Januari 1984. Di samping itu, Tunku Abdul Rahman juga telah melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali ketika pengisytiharan penubuhan Malaysia yang mungkin menjadi simbolik kepada kemerdekaan semua negeri-negeri Malaysia

BACA JUGA: Benarkah Pergi Ke Sabah Dan Sarawak Perlu Pasport Atau Pas Khas?


Rujukan:

1. https://eprints.um.edu.my/17850/1/DR_JOSEPH_FERNANDO.pdf
2. https://www.theborneopost.com/2015/11/09/july-22-1963-not-the-day-sarawak-gained-independence-prof-leigh/
3. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hari-sarawak-hari-malaysia-hari-kebangsaan-213181
4. https://www.malaysiakini.com/news/492081
5. https://www.dailyexpress.com.my/read/4483/on-what-basis-sarawak-day-and-sabah-day-/
6. https://ejournal.ukm.my/jebat/article/view/19127/6131
7. https://www.utusanborneo.com.my/2019/09/16/16-september-detik-bersejarah-yang-melahirkan-malaysia
8. https://mediapermata.com.bn/33-tahun-negara-nikmati-kemerdekaan/
9. https://library.sabah.gov.my/index.php/ms/pautan/paparan-artikel/hari-malaysia

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 2 years ago