Adakah Wasiat Lebih Berkuasa Berbanding Faraid?

Salah
Adakah Wasiat Lebih Berkuasa Berbanding Faraid?

Wasiat dilakukan oleh seseorang untuk membahagikan harta kepada pewaris pilihannya

Oleh : Sharifah Nur Syafiqah

Diterbitkan : 18/04/2023 - Disunting : 18/04/2023

Keputusan:Salah

Petition to

Adakah Wasiat Lebih Berkuasa Berbanding Faraid?

Seorang pengguna Twitter, Fadzil Noir, mendakwa bahawa pembahagian harta pusaka melalui wasiat yang dilakukan oleh seseorang kepada warisnya mengatasi hak asal waris-waris lain. Dengan kata lain, wasiat tersebut tidak boleh dicabar oleh waris-waris lain yang tidak disebut di dalam wasiat. Mari kita semak mengenai perkara ini dalam konteks negara Malaysia.

 

Maksud wasiat

Pertama sekali, penting untuk kita fahami tentang wasiat. Laman web e-Faraid Majlis Agama Islam Selangor menjelaskan wasiat sebagai iqrar yang dilakukan oleh seseorang ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak, selepas dia mati.

 

Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al-Nisaโ€™ ayat 11

ู…ูู†ู’ ุจูŽุนู’ุฏู ูˆูŽุตููŠูŽู‘ุฉู ูŠููˆุตููŠ ุจูู‡ูŽุง ุฃูŽูˆู’ ุฏูŽูŠู’ู†ู

Maksudnya: โ€œ(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya.โ€

 

Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ู…ุง ุญูŽู‚ูู‘ ุงู…ู’ุฑูุฆู ู…ูุณู’ู„ูู…ูุŒ ู„ู‡ ุดูŠุกูŒ ูŠูุฑููŠุฏู ุฃูŽู†ู’ ูŠููˆุตููŠูŽ ูููŠู‡ูุŒ ูŠูŽุจููŠุชู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุชูŽูŠู’ู†ูุŒ ุฅูู„ูŽู‘ุง ูˆูŽูˆูŽุตููŠูŽู‘ุชูู‡ู ู…ูŽูƒู’ุชููˆุจูŽุฉูŒ ุนูู†ู’ุฏูŽู‡ู

Maksudnya: โ€œTidak sepatutnya seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu ingin diwasiatkan tidur dua malam melainkan dia menulis wasiat di sisinya.โ€ (Riwayat Muslim)

Terdapat empat rukun wasiat iaitu pewasiat, penerima wasiat, harta yang diwasiatkan dan sighah iaitu lafaz wasiat.

 

Hukum wasiat

Pada mulanya, hukum mewasiatkan harta kepada ibu bapa dan sanak saudara adalah wajib berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah ayat 180.ย 

Maksudnya: โ€œDiwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia meninggalkan harta, hendaklah dia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik, sebagai suatu kewajipan ke atas orang-orang yang bertakwa.โ€

 

Namun begitu, Surah al-Nisaโ€™ ayat 11, 12 dan 176 telah menyebabkan kewajiban ini gugur. Akan tetapi, amalan berwasiat masih digalakkan bagi bukan waris faraid seperti anak angkat, keluarga bukan Islam dan institusi kebajikan. Rasulullah SAW bersabda:

ุฅู†ูŽู‘ ุงู„ู„ู‡ูŽ ู‚ุฏ ุฃุนุทู‰ ูƒู„ูŽู‘ ุฐูŠ ุญู‚ูู‘ ุญู‚ูŽู‘ู‡ูุ› ูู„ุง ูˆุตูŠูŽู‘ุฉูŽ ู„ูˆุงุฑุซู

Maksudnya: โ€œSesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak akan hak masing-masing. Maka, tiada wasiat untuk waris.โ€ (Riwayat Abu Daud)

 

Berdasarkan hadis itu, wasiat kepada waris tertentu tanpa mengikut kadar faraid tidak boleh dilaksanakan melainkan mendapat persetujuan daripada waris lain yang layak mendapat sebahagian daripada harta pewaris. Tanpa persetujuan, wasiat yang dibuat terbatal dan pewaris akan menerima harta mengikut kaedah faraid.

 

Kadar wasiat

Bagi setiap wasiat yang dilakukan ke atas seorang pewaris, pewasiat tidak digalakkan untuk mewasiatkan lebih daripada satu pertiga jumlah hartanya. Ketetapan ini adalah berdasarkan sebuah hadis daripada Saad bin Abi Waqqas RA ketika Rasulullah SAW melawat beliau yang sedang sakit:ย 

Maksudnya: โ€œYa Rasulullah, bolehkah aku ingin berwasiat semua hartaku? Jawab baginda: โ€œtidakโ€, Aku berkata: โ€œsetengah?โ€ Jawab baginda: โ€œtidakโ€, aku berkata lagi: โ€œSatu pertigaโ€ Jawab baginda: โ€œSatu pertiga dan satu pertiga itu banyakโ€, โ€œsesungguhnya engkau meninggalkan waris itu kaya lebih baik daripada dia meminta-minta daripada manusia dengan tangan mereka.โ€ (Riwayat al-Bukhari)

 

Kos urusan pengebumian akan dibayar dan segala hutang pewasiat akan dilangsaikan terlebih dahulu daripada jumlah harta pusaka pewasiat. Satu pertiga harta yang diwasiatkan tadi akan dikira daripada harta bersih ini. Memandangkan hutang harus dilangsaikan terlebih dahulu, maka jika tiada baki harta yang tinggal, wasiatnya tidak perlu dilaksanakan.ย 

Kadar maksimum berwasiat yang ditetapkan adalah perbezaan antara sistem wasiat Islam dengan sistem wasiat lain. Ia dilakukan bagi menjaga kepentingan waris pewasiat yang berhak ke atas harta pusaka yang ditinggalkan. Walaupun begitu, kadar wasiat melebihi satu pertiga harta dibenarkan jika mendapat kebenaran daripada semua waris yang layak.ย 

Bagi waris faraid, wasiat yang dilakukan ke atasnya akan terbatal jika tidak mendapat persetujuan kesemua waris faraid yang berhak, dan pembagian harta akan dilakukan menurut kaedah faraid. Namun begitu, harta yang diwasiatkan kepada bukan waris wajib dilaksanakan. Sekiranya diwasiatkan lebih daripada satu pertiga harta, wasiat perlu mendapat persetujuan daripada waris-waris lain. Jika tidak dipersetujui kesemua waris, penerima wasiat masih wajib diberikan kadar maksimum satu pertiga harta.ย 

 

Wasiat kepada waris faraid

Secara amnya, jumhur fuqaha berpendapat hanya sah wasiat dilakukan kepada bukan waris dan tidak harus dilakukan terhadap waris di bawah hukum faraid. Walau bagaimanapun, wasiat kepada waris faraid boleh dijalankan sekiranya waris-waris lain bersetuju dengan wasiat yang dibuat setelah pewasiat meninggal dunia. Rasulullah SAW bersabda:

ู„ุง ูˆุตูŠุฉูŽ ู„ูˆุงุฑุซู ุฅู„ุง ุฃู† ูŠุดุงุกูŽ ุงู„ูˆุฑุซุฉู

Maksudnya: โ€œTidak boleh berwasiat kepada waris melainkan jika diizinkan oleh warisnya yang lain.โ€ (Riwayat Abu Daud)

 

Di samping itu, waris-waris yang tidak tertakluk di bawah wasiat perlu diberitahu tentang jumlah harta yang terlibat dan bahagian faraid masing-masing terlebih dahulu. Wasiat tidak sah jika waris-waris tidak mengetahui tentang hak mereka yang selayaknya.ย 

 

Wasiat tidak mengatasi hukum faraid

Walaupun wasiat boleh dilakukan oleh seorang pewasiat ke atas pewaris yang tertentu, namun hukum faraid lebih berkuasa dalam soal pembahagian harta kepada waris. Pada masa yang sama, wasiat ke atas bukan waris wajib dilaksanakan jika jumlahnya tidak lebih satu per tiga daripada jumlah harta pewasiat.ย 

Suraya, penulis blog RinggitOhRinggit, telah berkongsi kaedah lain yang membolehkan seseorang mewariskan hartanya kepada individu pilihannya seperti melalui hibah dan harta sepencarian. Selain itu, wasiat juga boleh dilakukan mengikut hukum faraid. Hal ini adalah kerana tanpa wasiat, proses pembahagian harta di bawah hukum faraid boleh mengambil masa bertahun-tahun.

Baca lebih lanjut mengenai hukum faraid DI SINI.


Rujukan:

1. https://efaraid.mais.gov.my/wasiat/
2. https://as-salihin.com/mengapa-anda-perlukan-wasiat-sedangkan-ada-hukum-faraid/
3. https://www.hmetro.com.my/addin/2018/05/338379/beri-harta-melalui-wasiat
4. https://as-salihin.com/bolehkah-wasiat-kepada-waris-faraid-tanpa-ikut-hukum-faraid/
5. https://www.facebook.com/229642547070382/photos/apa-yang-perlu-isteri-tahu-berkenaan-wasiat1-jika-suami-tidak-membuat-wasiat-sem/2966431203391489/
6. https://www.facebook.com/229642547070382/photos/apa-yang-perlu-isteri-tahu-berkenaan-wasiat1-jika-suami-tidak-membuat-wasiat-sem/2966431203391489/
7. https://malaysiabersuara.com/artikel/pembahagian-harta-pusaka-mengikut-hukum-faraid/

Updates

More updates...
Sharifah Nur Syafiqah
Sharifah Nur Syafiqah
Mengemukakan petisyen ini 1 year ago